Assalamu'alaikum wm wbr.
Dalam entri yang terdahulu, masjidil-haram-jumaat-1452010-selepas Isya' saya telah memaparkan foto-foto yang merakamkan suasana Jalan Hijrah pada waktu malam. Cahaya dari pada lampu-lampu kalimantang serta lampu-lampu papan iklan kedai di sekitar Jalan Hijrah pada waktu malam memberikan nuansa yang berbeza pada waktu siang. Jadi tujuan utama entri saya pada kali ini adalah untuk menonjolkan perbezaan suasana tersebut.
Wasalam.
Jemaah Berada Di Hujung Kompleks Hilton. Nun Di Belakang Sana, Kelihatan Masjidil Haram
Jemaah Sedang Berada Di Bawah Jambatan Yang Menjadi Access Road Kepada
Sebuah Hotel Yang Sedang Dalam Pembinaan.
Restauran Madinah - Halfway To Abeer Garden
(Dekat Dengan Hijaz Hotel)
Antara Dua Darjat - Penjual Emas dan Penjual Makanan Burung Merpati
Tuan, Beli Ini Jagung - Murah. Warna Pun Kuning Jugak Macam Emas Pe.
Kedai Ice Cream - Tarikan Untuk Beli Sungguh Kuat.
Tengah-Tengah Hari Macam Ini, Jualan Sangat Laris
Kalau Jumpa Kedai Ini, Maknanya Sudah Sampai Simpang
Ke Hotel Abeer Garden di Sebelah Kiri
Penunggu Simpang - Menahan Lukah Di Pergentingan
Anggur, Cherry, Apple, Limau, Mangga - Khamsa Rial (5 Rial)
Di Belakang Sana, Sebelah Kiri Ialah Safa Laundry.
Pusing Kanan Akan Menuju Abeer Garden
Dah Pun Pusing Ke Kanan - Tulisan Yang Berangkai-Rangkai Tu Maknanya 'Dhaka Restaurant'
Sekali Lagi Pusing Ke Kanan, Sampai Lah Ke Abeer Garden Hotel
Haa, Cantik Tak Pemandangan Kat Sini? Bangunan Warna Putih Tu Nak Kena Roboh
Bangunan Sebelah Kanan Ialah Abeer Garden. Dengar Khabar Akan DiRobohkan.
Kalau Buat Hotel Baru Elok Tukar Nama Sebab Ramai Yang Baca 'Abeer Garden' Sebagai 'A Beer Garden'.
Fancy Tailor. Waktu Malam Nampak Bukan Main Canteq Lagi Noo.
Makkah Store - Sejadah, Songkok dsb Boleh DiBeli Kat Sini
Harga Lebih Kurang Sama Saja Kat Mana-Mana
Kedai Gunting Depan Hotel
Baldi Merah Yang Tergantung Tu Untuk Apa? Siapa Tahu Angkat Tangan.
Kalau Jalan Terus, Jumpa Balik Hijrah Street.
Di Situlah Bermulanya Episod DiKejar Pengemis Malam Tadi
Demo Cara Membuat Roti Nan
Sampai Dah Abeer Garden Hotel.
Perhatikan Pak Guard Di Sebelah Kanan Tu - Rileks Saja
Sorry, Mak Guard Rupanya.
Saya Tinggal Di Sini Maa. Perlukah Saya Tunjukkan Kad Pengenalan?
Tunggu Lift Untuk Ke Dewan Makan atau Ke Bilik - Saya Naik Ke Bilik Dulu
Bag-Bag Jemaah Yang Hendak Bertolak Ke Madinah DiAngkat Dan DiSusun Oleh Pekerja Hotel
2 Lelaki Yang Kelihatan Ialah Mutawif Andalusia.
2 Lelaki Yang Kelihatan Ialah Mutawif Andalusia.