Assalamu'alaikum wm wbr
Mari kita perbanyakkan beristighfar dalam bulan Rejab ini. Janganlah hendaknya kita rasakan kita tidak ada dosa kepada Allah SWT. Bulan Rejab sudah menghampiri ke penghujungnya. Jangan dah jadi rangka macam dalam gambar di bawah baru nak beristighfar itu dah terlewat dah. Sorry gurau jer.
Showing posts with label Istighfar. Show all posts

Saturday, July 3, 2010
Tuesday, June 15, 2010
Amalan Bulan Rejab
Assalamu'alaikum wm wbr.
Hari ini 2hb Rejab. Bermakna kita telah memasuki salah satu daripada bulan-bulan haram. Ia dikatakan bulan Allah, manakala bulan hadapan iaitu Sya'aban dikatakan bulan Rasulullah, dan bulan Ramadhan ialah bulan ummat Muhammad s.a.w.
Sempena dengan itu marilah kita berlumba-lumba untuk mencari maghfirah Allah s.w.t. dengan memperbanyakkan istighfar, taubat, solat sunat taubat, berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, bersedekah, dan amalan-amalan sunat yang lain. Sebaik-baik istighfar ialah apa yang dipanggil sebagai penghulu istighfar iaitu:
Kalau tidak hafal, bacalah apa-apa istighfar yang anda ketahui. Sekurang-kurangnya baca istighfar sebanyak 70x sehari semalam sebab Rasulullah s.a.w. yang maksum (tidak ada dosa) pun beristighfar sebanyak 70x sehari semalam. Apatah lagi kita yang memang tidak sunyi dari melakukan dosa, seharusnya beristigfar dan bertaubat lebih dari 70x sehari semalam. Sebaik-baiknya (jika mampu), bacalah istighfar tersebut pada waktu sahur dengan sepenuh hati dan menghadap kiblat.
Selepas beristighfar, elok diikuti dengan berdoa sebab apabila hati telah bersih, maka doa adalah maqbul, insyaAllah. Doa yang bagus dibaca ialah doa-doa yang terdapat dalam al-Quran sebab ia adalah kalam Allah s.w.t. yang mencipta kita, dan juga doa-doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w.
Antara doa-doa tersebut ialah:
2. Doa Mohon Keampunan dan Dijauhkan Segala Kejahatan
3. Doa Supaya Terhindar Daripada Riya' dan Sifat-Sifat Keji Yang Lain
Doa-doa di atas adalah dari laman web Darussyifa'. Silalah berkunjung ke sana untuk mendapatkan doa-doa yang lain, atau belilah buku Ihtiar Penyembuhan Penyakit keluaran Darussyifa' harga RM15.00 sahaja untuk mengetahui doa-doa yang mustajab, insyaAllah.
Sebagai penutup diharapkan amalan-amalan yang dilakukan dalam bulan Rejab ini dapat diteruskan pada bulan-bulan yang lain.
Wasalam.
Hari ini 2hb Rejab. Bermakna kita telah memasuki salah satu daripada bulan-bulan haram. Ia dikatakan bulan Allah, manakala bulan hadapan iaitu Sya'aban dikatakan bulan Rasulullah, dan bulan Ramadhan ialah bulan ummat Muhammad s.a.w.
Sempena dengan itu marilah kita berlumba-lumba untuk mencari maghfirah Allah s.w.t. dengan memperbanyakkan istighfar, taubat, solat sunat taubat, berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, bersedekah, dan amalan-amalan sunat yang lain. Sebaik-baik istighfar ialah apa yang dipanggil sebagai penghulu istighfar iaitu:
Selepas beristighfar, elok diikuti dengan berdoa sebab apabila hati telah bersih, maka doa adalah maqbul, insyaAllah. Doa yang bagus dibaca ialah doa-doa yang terdapat dalam al-Quran sebab ia adalah kalam Allah s.w.t. yang mencipta kita, dan juga doa-doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w.
Antara doa-doa tersebut ialah:
1. Doa Mohon Keampunan dan Kesayangan
2. Doa Mohon Keampunan dan Dijauhkan Segala Kejahatan
3. Doa Supaya Terhindar Daripada Riya' dan Sifat-Sifat Keji Yang Lain
Sebagai penutup diharapkan amalan-amalan yang dilakukan dalam bulan Rejab ini dapat diteruskan pada bulan-bulan yang lain.
Wasalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)