Tuesday, October 8, 2013

Petugas Haji Indonesia Dikeroyok Oleh Joki (Sindiket) Hajar Aswad

Assalamu'alaikum wbt

Berikut ialah video daripada TVONE Indonesia dan juga petikan daripada portal haji Indonesia http://haji.okezone.com mengenai penangkapan salah seorang anggota sindiket atau joki hajar aswad di Makkah. Jemaah haji dan juga umrah dinasihatkan agar berwaspada supaya tidak tertipu dengan pujukan sekumpulan sindiket yang menawarkan diri membantu para jemaah untuk mencium hajar aswad sebab selepas berjaya mencium hajar aswad mereka akan dikenakan bayaran yang mahal.



MAKKAH- Dua petugas Panitia Penyelenggara Ibadah Haji (PPIH) Indonesia dikeroyok oleh 10 orang ketika menangkap joki Hajar Aswad pada Kamis 3 Oktober.

Kepala Daerah Kerja Makkah, Arsyad Hidayat, mengatakan, 

“Satu orang ini melakukan modus menawarkan pertolongan untuk mencium hajar aswad dan diujungnya memaksa jamaah membayar dengan harga tinggi. Ini sangat meresahkan jamaah yang ada di Masjidil Haram,” kata Arsyad kepada Media Centre Haji.

Saat melakukan penangkapan, kedua petugas tersebut sempat dikeroyok oleh joki lainnya yang berjumlah sekira 10 orang.  Seorang petugas matanya bengkak karena dihajar komplotan joki itu dengan kursi.

Dalam pemeriksaan yang dilakukan Sektor Keamanan Daerah Kerja Makkah di Markas Kepolisian Masjidilharam, AS mengaku sebagai Warga Negara Indonesia yang berasal dari Kalimantan.

"Dia sudah beroperasi selama tiga tahun dan mengaku kerap memaksa atau membawa jamaah untuk bisa mencium Hajar Aswad," kata Kasi Pengamanan Daker Makkah, Asep Abdullah, kepada Media Centre Haji.

AS, lanjut Asep, biasa beroperasi dengan sejumlah rekannya. "Timnya itu rata-rata kecil, tiga orang begitu. Ongkosnya paling besar 500 riyal (sekira Rp1,5 juta), ada juga yang diperas sampai 2.000 riyal," ungkapnya.

3 comments:

  1. Sebenarnya telah lama kerja-kerja jemaah Indon yg buat begitu. Masa kakak pergi umrah bulah March lepas pun ada kes sampai gaduh-gaduh mungkin jemaah tersebut tak nak bayar selepas dapat lolos mencium hajar aswad. Yg hairan perempuan pulak tu yg buat kerja tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Ada joki lelaki dan ada joki perempuan.

      Mereka juga akan sabotaj jemaah yg nak cuba lakukan sendiri dgn cara menghalang laluan dsb.

      Delete
    2. Dorang bukan sahaja menghalang laluan, bahkan menyebabkan jemaah lemas sehingga tidak dapat bernafas, menyiku tulang rusuk kiri atau kanan jemaah menyebabkan jemaah berundur dan memberikan ruang kepada mangsa joki, selain itu, joki dan beberapa ahli kumpulannya yang mengawal kawasan hajar aswad berkomplot bersama sehingga sanggup menarik kain ihram jemaah sehingga ada yang tertanggal dan jemaah telanjang. Astaghfirullah...diharap kumpulan ini bertaubat dan menghentikan perbuatan tersebut.

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.