Ahad: 13 Oktober 2013 / 8 Zulhijjah ialah hari tarwiyah - hari mengumpul air.
Pada hari ini jemaah haji mula meninggalkan Makkah menuju Mina. Di sini mereka akan bermalam dan berzikir. Mereka akan berangkat ke Arafah pada 9 Zulhijjah pada waktu pagi dan dijangka akan sampai di Arafah sebelum waktu Zuhur untuk berwukuf. Inilah salah satu manasik haji yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
Bagi jemaah haji Malaysia dan Asia Tenggara, mereka akan dibawa terus ke Arafah. Ini disebabkan untuk mengelakkan terkandas dalam kesesakan jalan menuju Arafah pada 9 Zulhijjah.
Sebahagian Jemaah Indonesia Juga Melakukan Tarwiyah
Jamrah masih kosong sebab jemaah hanya mula melontar pada 10 Zulhijjah
Jemaah haji sedang solat di Masjid Al-Qaif, Mina pada Ahad 13 Oktober 2013
Jemaah yang tidak ada permit haji
Sumber: okazalyoum.com
Polis sedang memeriksa kenderaan untuk memastikan tidak membawa jemaah tanpa permit.
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.