Thursday, October 31, 2013

Monday, October 21, 2013

HAJI TAHUN 1434H/2013:HARI TASYRIK KEDUA - 12 ZULHIJJAH (17 OKTOBER 2013)

Assalamu'alaikum wbt

12 Zulhijjah 1434H/17 Oktober 2013 - Hari ini jemaah haji melontar lagi ketiga-tiga jamrah (Ula, Wusta, Aqabah) sebanyak 7 kali dengan anak batu di setiap jamrah.

Selepas melontar ketiga-tiga jamrah, jemaah haji ada 2 pilihan iaitu:

1. Terus tinggal di Mina dan bermalam di situ untuk malam yang ketiga dan seterusnya melontar lagi ketiga-tiga jamrah pada keesokannya (hari tasyrik ketiga) - ini dinamakan nafar thani atau,

2. Terus pulang ke Makkah sebelum waktu asar (tidak perlu lagi melontar jamrah pada hari tasyrik ketiga) - ini dinamakan nafar aqal.














































__________________




Friday, October 18, 2013

HAJI TAHUN 1434H/2013:HARI TASYRIK PERTAMA - 11 ZULHIJJAH

Assalamu'alaikum wbt

Hari Tasyrik Pertama - 11 Zulhijjah 1434/2013 (16 Oktober 2013).

Hari ini jemaah melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wustha, dan Jamratul Kubra/Aqabah. Setiap jamrah dilontar dengan 7 biji anak batu.




























HAJI TAHUN 1434H/2013: MELONTAR JAMRAH AQABAH - EIDUL ADHA 10 ZULHIJJAH

10 ZULHIJJAH 1434H (15 OKTOBER 2013) - Hari Raya Haji - Jemaah Melontar Jamrah Aqabah dengan 7 biji batu kecil.