Monday, December 24, 2012

Trip Ke Bandung - Hari Pertama - Sambungan daripada post yang terdahulu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه


P
enasaran mencari sebuah toko membuat jeans yang terkenal, iaitu ARIA JEANS, membawa saya menelusuri Jalan Merdeka bermula daripada Hotel Panghegar hingga ke persimpangan Jalan Riau.

Namun, atas kehendak Allah, saya tidak ternampak kedai Aria Jeans tersebut walhal ia terletak bersetentangan dengan Hotel Panghager. Ketika sampai di Bandung Indah Plaza (BIP), kami terus mencari restoran D’Cost sebab restoran ini mendapat sijil halal daripada Majlis Ulama Indonesia. Kami saja nak cuba restoran ini sebab tertarik dengan logonya “Mutu Bintang 5 – Harga Kaki 5”.


Selepas makan dan melepaskan lelah, kami bergerak ke Jalan Riau yang berjarak lebih kurang 100 meter daripada BIP. Di sepanjang Jalan Riau ini terdapat banyak Factory Outlets (FO) seperti The Secret, The Oasis, The Summit, Terminal Tas, Heritage dsb. 



Kami singgah di FO Oasis sebab di situ terdapat tailor yang mengambil tempahan membuat seluar jeans. Tetapi malangnya saya diberitahu bahawa tempahan hanya siap dalam masa 3 hari, iaitu paling cepat pukul 9.00 pagi 1 Nov 2012. Saya tidak jadi tempah seluar jeans di situ sebab tidak berani ambil risiko. Flight kami pukul 12.15 tgh dan kami mesti berada sekurang-kurangnya satu jam sebelum take off.


Semasa nak keluar daripada Oasis, hujan mula turun tetapi nasib baik hanya sekejap sahaja.  Beberapa orang kanak-kanak mundar mandir membawa payung. Rupa-rupanya mereka menawarkan perkhidmatan memayungkan orang hendak menyeberang jalan atau untuk ke FO yang lain.

Di bahagian hadapan FO Oasis ini terdapat Collector Parfum yang diwar-warkan sebagai sangat bagus oleh sesetengah bloggers dan forumers  All About Bandung, Indonesia. Kita boleh memilih pelbagai jenis minyak wangi dari berbagai-bagai jenama dengan harga yang murah. Harga minyak wangi adalah mengikut saiz botol yang digunakan. Saya diberitahu oleh si penjual bahawa walaupun minyak wangi tersebut tidak mengandungi alkohol, tetapi jika pelanggan ingin meletakkannya ke dalam botol jenis spray, maka mereka akan campurkan sedikit alkohol supaya minyak wangi itu mudah disembur keluar.



Setelah hujan berhenti, kami menyebarang jalan menuju FO Terminal Tas. Di sini terdapat berbagai-bagai jenis bag tangan yang semestinya menjadi kegilaan kaum wanita. Saya membiarkan isteri saya masuk ke dalam kedai untuk memilih sendiri bag-bag kegemarannya. Saya hanya duduk berhampiran dengan pintu besar sambil menikmati aiskrim durian dan berbual-bual dengan seorang pengawal dan orang tempatan. 

Terminal Tas. Van hijau itu ialah Angkot iaitu
singkatan kepada Angkotan Kota.
Hampir satu jam berlalu, barulah isteri saya keluar dengan membawa 3 buah bag tangan setelah membayar hampir 1,000,000 Rupiah! Berbelanja sakan macam seorang juwatan isteri aku ni, he he he.

Penjual Aiskrim Durian
Di bawah ini saya selitkan video bagaimana aiskrim durian dibuat. 



Kami menapak balik ke BIP sebab saya nak cari toilet yang agak bersih dan selesa. Selepas itu terus survey kedai-kedai di BIP. Tidak ada apa yang menarik di situ sebab barang jualannya sama sahaja seperti yang terdapat di Malaysia. Sebaik kami keluar daripada BIP hujan turun dengan lebatnya. Terdapat sebuah teksi sedang menurunkan penumpang, dan kebetulan pula ia dari syarikat Gemah Ripah (GR). Lantas kami menaiki teksi tersebut untuk ke hotel. Saya tidak ragu-ragu menaiki teksi GR ini sebab telah diberitahu di dalam forum yang ia menggunakan meter atau argo. Pemandunya berumur sekitar 30an dan sangat peramah. Kami di hantar sehingga ke pintu hotel sebab hujan masih belum berhenti. Tambang teksi di argo ialah IDR15,000 tetapi kami diminta bayar tambang minimum iaitu IDR20,000 iaitu lebih kurang RM6.50 - harga yang sangat murah. Jika kami menaiki teksi yang tidak menggunakan meter atau argo, tambangnya boleh mencecah IDR100,000 atau RM32.00.

Setelah solat jamak dan qasar, kami hanya tinggal dibilik sambil menonton TV sebab Bandung masih hujan hingga ke petang. 

5 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj,

    Alhamdullilah nampaknya Tn Hj dah sihat drpd sakit GOUT yang dialami dan boleh melancung ke Bandung..

    Saya masih lagi mengalami sakit di kaki yang disebabkan berlaku "Slip Disk" di tulang belakang akibat terjatuh dan kini menunggu keputusan drpd Dr. untuk tindakan selanjutnya (masih bercuti sakit).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Sakit gout tu dapat selepas balik dari Bandung. Saya masih sakit-sakit lagi tetapi masih pergi pejabat. Yang tak tahan tu ialah jika saya kena naik tingkat 5 untuk mengajar - memang sakit dan ia boleh berulang kembali.

      Anyway, sakit pening ni menyebabkan kita muhasabah diri. Ini mungkin kifarah dosa-dosa saya yang lalu. Wallahu aklam.

      Delete
  2. Assalamualaikum Tuan Haji..
    Best nyer ke Bandung, saya baru nak buat planning bercuti tahun depan ni.. boleh juagk consider ke bandung niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam puan mila.

      Ya di Bandung banyak tempat wisata bersejarah dan juga FO serta kedai-kedai kain di Pasar Baru. Makanan mereka juga berbagai-bagai dan sedap-sedap belaka. Elakkan pergi pada musim cuti umum di Indonesia bagi mengelakkan macet (kesesakan) yang parah.

      Delete
  3. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

    Web: almawaddah.info

    Salam


    Kepada:

     

    Redaksi, rektor dan para akademik


    Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.