السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه
Persoalannya,
betulkah haram? Pening, pening.
D
|
ialog ini terjadi antara penjual kambing (PK) dengan saya
(S) ketika saya ingin menyembelih kambing yang dibeli daripada PK.
Dialognya lebih kurang macam ni …
PK: “Saya boleh sembelihkan, tapi kalau awak nak sembelih
pun boleh juga.”
S: “Biar saya sembelih, tapi saya nak guna parang saya
sendiri.”
PK: “Ok, lagi afdal!”
S: “Ini dia parangnya, ok tak parang ni?”
PK: “Haram!”
S: “Kenapa pula haram?”
PK: “Itulah, ada ustaz beritahu saya, kalau kita sembelih
guna parang yang hulunya dibuat daripada kayu maka hukumnya haram sebab darah
binatang itu akan masuk ke dalam celah antara kayu dan besi dan dia akan
tertinggal di situ – kita tak dapat bersihkan darah tu. Jadi hukumnya najis.
Maka parang itu jika digunakan untuk sembelih bintang yang lain hukumnya haram.”
S: Malas hendak berhujuh, lantas saya minta pisau yang
selalu digunakan oleh PK dan terus sembelih kambing tersebut. Alhamdulillah,
selesai urusan.
Ini dia gambar parang yang saya hendak gunakan untuk sembelih kambing tersebut.
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.