Sunday, February 12, 2012

Harap Pembaca Yang Budiman Membuat Penilaian Sendiri

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan. Selawat dan salam diucapkan kepada Nabi Muhammad SAW yang mana baginda merupakan sebesar-besar rahmat yang Allah kurniakan kepada sekelian alam.

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai 
rahmat untuk sekelian alam' (al-Anbiya':107)
...
Nikamat yang dibawa oleh baginda terkandung dalam ajaran, suruhan dan larangan dalam satu pakej yang tidak boleh dipisahkan atau diasingkan.

Manakala nikmat yang paling besar ialah nikmat iman dan Islam. Justeru sebagai seorang muslim, kita perlu sedaya upaya menjaga agar aqidah kita tidak tergelincir daripada landasan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Berbalik kepada tajuk entri kali ini, di bawah ini saya paparkan beberapa gambar yang diambil daripada Internet untuk dinilai oleh para pembaca.

Musim Haji tahun 2011
Sambutan Maulidur Rasul 5 Feb 2012
Thaipusam, 7 Feb 2012. Sumber gambar NST
Thaipusam 2010
A giant-size cardboard cut-out of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was put up at the entrance to Sri Subramaniar Swamy temple complex at Batu Caves - Thaipusam 2011:
Sumber: 
http://1mytomyam.blogspot.com/2011/01/pm-najibs-second-visit-to-batu-caves.html

Apa kata Mufti Perak?
Menurut laporan media semalam, Harussani  melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves. Najib juga pernah hadir sambutan Thaipusam sebelum ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun, namun Perdana Menteri seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/majlis-fatwa-diminta-respons-fatwa-harussani-1.23266

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum wbt Mila@Rimbun

    Terima kasih kerana sudi beri komen. Pembaca lain ambil sikap berkecuali.

    Emmmm mungkin betul juga tu. TK

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.