Monday, October 31, 2011

Anda Mampu Meraih RM1,600,000 Dalam Masa 5 Minit

Assalamu'alaikum wbt.
...
Aksi unta di ladang unta Hudaibiyyah..
Memerah susu unta di ladang unta Hudaibiyah
Ini bukan perniagaan MLM atau perniagaan ala 'Labu Peram'. InsyaAllah saya yakin anda mampu untuk menjana RM1.6 juta dalam masa 5 minit sahaja setiap hari! Nilai RM1.6 juta ini berasaskan kepada pemilikan empat ratus ekor unta yang anda perolehi hasil anugerah Allah SWT iaitu Tuhan Yang Sangat Pemurah. Masih tidak percaya? Baiklah saya akan perincikan bagaimana untuk menjadi seorang jutawan dalam masa 5 minit sahaja.
...
Nabi S.A.W. telah bersabda:
...
عن أبي أيوب الأنصاري رضي اللّه عنه، عن النبيّ صلى اللّه عليه وسلم قال‏ من قال: ‏ ‏لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير عشر مرار كان كمن أعتق أربعة أنفس من ولد ‏إسمعيل (صحيح البخاري، صحيح مسلم
...
Diriwayatkan daripada Abu Aiyub al-Ansariy RA, daripada Nabi SAW bahawa sabda baginda: Sesiapa yang membaca ‏لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير “Lailahaillah wahdahu la syarikalah….”; sepuluh kali maka ia seolah-olah memerdekakan empat orang hamba dari keturunan Nabi Ismail.” - Sahih Bukhari dan Muslim)
...
Sekarang mari kira nilai (dalam ringgit) bagi membebaskan empat orang hamba.
...
1 orang hamba perlu ditebus dengan 100 ekor unta.
4 orang hamba perlu ditebus dengan 400 ekor unta.
Harga seekor unta ialah RM4000
400 ekor unta, harganya ialah RM4000 x 400 = RM1,600,000
...
Berapakah modal anda untuk mengucapkan
لا إله إلا الله وحده لا شريك له،له الملك، وله الحمد، وهو على كل شيء قدير sebanyak 10 kali?
...
Cuma 5 minit selepas Solat Subuh. Mudah kan?


Selamat Menjadi Jutawan Segera Setiap Hari

Saturday, October 29, 2011

Hutan Botanikal Air Keroh - bahagian 1


Assalamu’alaikum wbt
...
Hari ini (29 Oktober 2011) tergerak hati untuk berlibur di Hutan Botanikal, Air Keroh. Kali terakhir saya ke sini ialah pada tahun 2004 kalau saya tak silap.  Semestinya, dalam jangka masa yang begitu lama banyak penambahbaikan telah dilakukan oleh pihak pengurusan. Paling ketara ialah membina laluan-laluan pejalan kaki yang mana di kiri kanan jalan ditanam dengan pokok-pokok palma, keladi dan, dan berbagai-bagai pokok hiasan yang lain.
...
Berhampiran pintu masuk, terdapat air terjun buatan bagai menyambut kehadiran para pengunjung.

...

Trek jogging yang bersih
Di kiri kanan trek jogging, terdapat pelbagai spesis pokok
Sayangnya hanya 1 atau 2 spesis sahaja yang saya kenal.
Ada yang jenis melilit, dan ada yang berbanir
Sang gayut - iaitu antara fauna yang terdapat di sini.
Ada banyak pokok herba seperti pokok resdung dalam gambar di atas
Awas ada dinasour di sini

Pokok palma seakan lambang DBP
Bergambar Di Taman Herba

Wednesday, October 12, 2011

Sayangi Bahasa Melayu

Assalamu'alaikum wbt
...
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
...
Alangkah indahnya pantun di atas yang menggambarkan betapa nenek moyang kita sangat mementingkan aspek menjaga kesantunan berbahasa.
...
Bahasa Jiwa Bangsa. Begitulah slogan yang sering diutarakan oleh para pencinta bahasa Melayu. Namun setelah 54 tahun negara kita merdeka, kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu masih lagi berlaku terutama pada papan-papan tanda dan kain-kain rentang yang dipasang oleh para peniaga di tempat-tempat awam.

Kain-kain rentang yang ditulis dalam berbagai-bagai bahasa
Pusat Roda Kasut atau Pusat Kasut Roda?
Menjual dan Memberi Kereta!
Bahasa Jiwa Bangsa - suatu slogan yang gah melekat ditiang-tiang letrik
Bahasa jiwa bangsa, punah bahasa punahlah bangsa. Oleh itu sayangilah bahasa kebangsaan kita.

Tuesday, October 11, 2011

Halalkah Ayam Yang Kita Makan?

Assalamu'alaikum wbt.
...
Ayam-Ayam Sedang Melintas Jalan
Sumber: Internet
Hari ini saya hendak berkongsi cerita pasal ayam yang saya kutip daripada email pagi tadi. Gambar di atas hanyalah sekadar hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan tajuk N3 kali ini.
...
Di bawah ini saya tampalkan cebisan daripada email yang panjang lebar yang menyatakan bahawa seorang profesor iaitu Dr. Mohamad Zainol Abdul Haja telah membuat kajian ke atas ayam dan beliau mendapati bahawa terdapat enzim khinzir dalam ayam. Enzim ini mungkin digunakan oleh para penternak untuk menggemukkan ayam-ayam mereka secepat mungkin bagi mengurangkan kos operasi. Oleh itu dalam jangka masa kurang daripada 30 hari ayam-ayam sudah boleh dipasarkan.
" Wujud enzim khinzir dlm ayam diperakui setelah bbrp tahun buat research, malah byk website yg ade maklumat ini, sy akan beri add nnt.   Enzim khinzir mungkin tidak terlabel secara individual dlm proses menggemukkan ayam (M'sia tidak akan buat label ) , tp hasil dari kajian, protein dari khinzir, antibiotik, dan pelbagai lagi mampu   menyuburkan ayam, cepat gemuk, lg berat lagi cepat boleh jual, cepat dpt hasil., maka suntikan, makanan ayam ade campuran pelbagai yg sumbernya diragui.  Thats y, dari telur hungga ia menjadi hidangan anda, ayam tidak perlu mengambil masa berbulan bulan..ayam KFC cuma 28 hari, ayam daging mungkin 40 hari...sy tidak pasti. "
 "Lately sibuk harga ayam naik, sy come across pulak seorang pengusaha   ayam berbangsa cina di Buletin Utama 2 mlm yg lalu, "harga ayam mesti mau naik sikit, makanan ayam pun sulah naik  halgaitu UBAT ayam pun   sudah naik halga "...ubat ???..tapi tiada apa lagi yg memeranjatkan saya....anda fikirkan, anda nilailah. Ayam kat Malaysia ni sampai dah macam tak cukup supply, hg semakin lama semakin naik, yg gemuknye pengusaha ayam cina inilah.  Halal ke ayam daging?  Tidak mengapa   jika anda pasti dan yakin ttg kehalalannye, tambahan di Malaysia ade sykt besar yg melabelkan halal utk ape pun jua produk ayamnye tetapi Taraf Halal itu, saya anggap ia hanye di kategorikan utk PROSES PENYEMBELIHAN cara islam yg diutamakan di sykt itu..even pernah masuk TV, tetapi cara ayam dibesarkan, diberi mkn makanan yg bagaimana tidak mungkin termasuk dlm HALAL yg dimaksudkan. ...anda fikir bagaimana? 
Jika begitu patutlah banyak sangat penyakit yang melanda umat pada masa sekarang, sama ada penyakit jasmani, mahupun penyakit rohani seperti tidak solat, rogol, bersekedudukan, samun, buang bayi, bunuh, tipu, judi haram (judi yang tidak berlesen), judi halal (dibenarkan dan diberi lesen oleh pihak berkuasa tempatan), dan sebagainya - semoga Allah lindungi kita dari semua perkara tersebut sebab jika kita makan benda-benda yang haram maka doa akan tertolak, dan nur pada hati nurani akan hilang.
...
Kalau sudah termakan apa nak buat? Guru saya pernah berpesan agar kita perbanyakkan istighfar dan zikirullah agar hati nurani kita dapat digilap semula kembali menjadi bersih.

Sunday, October 9, 2011

Malaysia Tidak Pernah Dijajah?

Assalamu’alaikum wbt
...
Sebenarnya telah lama saya ingin menulis tentang isu ini tetapi oleh sebab banyak perkara lain yang perlu saya selesaikan maka saya tangguhkan dulu hasrat untuk mengulas kemelut di atas.
...
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj Dengan laungan "Merdeka!" 
Umum mengetahui negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Ketika itu umur saya baru mencecah tiga tahun. Saya lahir di Kampung Gadek, Alor Gajah, Melaka iaitu sekampung dengan Datuk Profesor Dr. Zainal Kling, Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya  Majlis Profesor Negara (MPN). Ini bermakna saya juga berkongsi negeri kelahiran dengan Datuk Profesor Dr. Ramlah Adam iaitu salah seorang anggota MPN.

Mat Indera
Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Mat Indera yang mana saudara Mohammad Sabu (Mat Sabu) menganggap beliau sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan menentang British. Berikut dengan itu maka tampillah Datuk Profesor Dr. Zainal Kling dan Datuk Profesor Dr. Ramlah Adam cuba menafikan dakwaan Mat Sabu tersebut. Datuk Profesor Dr. Zainal bertindak sebagai Hang Tuah dan Datuk Profesor Dr. Ramlah Adam bertindak sebagai Tun Fatimah, iaitu seorang serikandi Melaka anak kepada Bendahara Tun Ali. ...
Kedua-dua orang profesor yang berasal dari negeri Hang Tuah ini mengatakan bahawa mana mungkin Mat Indera seorang pejuang kemerdekaan yang perlu mendapat sanjungan dan pujian sebab negara Malaysia sebenarnya tidak pernah dijajah! Dalam satu sidang akhbar di 
Dr. Zainal Kling
Putrajaya pada 9 September 2011 lalu Dr. Zainal telah mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah sebaliknya hanya dinaungi oleh British. Beliau mengatakan lagi, "Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar". 
Berikut dengan itu maka timbullah istilah “Profesor Kangkung” yang merujuk kepada para ilmuan yang mendabik dada dan berbangga dengan status dan kedudukan akademik mereka tetapi sebenarnya tidak mempunyai ilmu yang mantap. Dalam kata lain, dada mereka tidak berisi – tidak berilmu seumpama sayur kangkung yang gah menjalar ke sana ke sini tetapi kalau kita patah-patahkan batangnya maka terbukti batang kangkung kosong tidak berisi.
...
Kelmarin ketika saya membelek-belek akhbar Sinar Harian keluaran 6 Oktober 2011, terjumpa kenyataan Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, iaitu Tan Sri Mahyuddin Yassin yang mengatakan bahawa Malaysia sebenarnya memang pernah dijajah.
“Ya, negara pernah dijajah, walaupun ada pandangan kata negara ada raja dan sultan ketika itu tetapi jika kita kaji kita tahu hal itu, saya juga ambil sejarah sampai tingkatan enam. Dahulu British beri nasihat kepada raja, dalam konteks ini the advise of commisioner must be accepted maknanya walaupun raja ada tapi tidak bebas dan terpaksa ikut nasihat British.”
Maknanya negara Malaysia memang pernah dijajah. Ini adalah fakta. Bukti yang mudah boleh diberikan oleh murid darjah enam sekolah rendah iaitu setiap tahun kita menghebohkan diri menyambut hari kemerdekaan yang dibuat secara besar-besaran.
...
Sebagai rekod, Datuk Profesor Dr. Zainal Kling dan Datuk Profesor Dr. Ramlah Adam adalah bekas profesor di Universiti Malaya (UM). Manakala Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah bekas mahasiswa UM. Adakah ini yang dinamakan murid melawan mahaguru?

Friday, October 7, 2011

Senja Di Kuala Lumpur

Assalamu'alaikum wbt.
...
Alhamdulillah, segala pujian dipanjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan nikmat yang tidak terhingga dan tidak terhitung kepada kita sejak kita dilahirkan hinggalah ke hari ini. Selawat dan salam diucapkan kepada insan yang mulia, Nabi Muhammad SAW, yang merupakan sebaik-baik makhluk sejak azali hingga ke hari akhirat. Ucapan yang sama juga ditujukan kepada ahli keluarga baginda yang mulia dan kepada para sahabat yang agung.
...
Syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah sekali lagi kerana dengan limpah kurnia dan ihsan-Nya, cucu saya telah selamat menjalani pembedahan jantung pada 30 September 2011 yang lepas. Kini cucu saya telahpun keluar dari wad ICU dan berada di wad biasa. InsyaAllah mudah-mudahan pada minggu hadapan cucu saya boleh dibawa pulang ke rumah.
"Ya Allah! Tuhan yang menggerakkan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Sesungguhnya Engkau telah berlemah lembut ke atas kejadian langit dan bumi. Dan Engkau telah berlemah lembut ke atas janin yang berada dalam perut ibu-ibu mereka. Aku bermohon agar Engkau berlembut ke atas qada' dan qadar yang telah Engkau tetapkan kepadaku, keluargaku, dan kepada cucu-cucuku. Amiin, ya Rab al-'Alamiin."
Di bawah ini saya sisipkan gambar pemandangan Kuala Lumpur yang diambil dari surau utama IJN pada Sabtu, 1 Oktober 2011 yang lepas iaitu selepas solat maghrib.  Panorama Kuala Lumpur yang indah di waktu senja dan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan hati saya sungguh tenang ketika itu. Ya Allah! Tiada satupun nikmatMu yang aku dustakan.
...
Menara kembar Petronas dilihat dari surau utama IJN

Pemandangan Kuala Lumpur di waktu senja pada 30 Sep 2011

Suarau Utama IJN selepas solat maghrib


Saturday, October 1, 2011

Solat Jumaat Atas Bumbung Di Surau IJN

Assalamu'alaikum wbt.
...
Khatib sedang memberi khutbah di Surau IJN pada 30/9/2011

Surau IJN berkonsepkan tingkap terbuka
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kami sekeluarga dan juga kepada seluruh umat Islam - sama ada nikmat tersebut disedari ataupun tidak disedari.
...
Rasa kesyukuran yang teramat sangat hanya dapat dilafazkan dalam hati apabila menerima perkhabaran yang cucu saya selamat menjalani pembedahan jantung di IJN. Sebaik menerima berita tersebut dengan air mata yang sempat disembunyikan, ingin rasanya saya sujud di Bilik Menunggu sebagai menyatakan kesyukuran kepada Ilahi, namun demi mengelakkan syak wasangka orang ramai, keinginan tersebut terpaksa saya pendamkan.
...
Kesyukuran kedua menyusul apabila saya dapat menyempatkan diri menunaikan solat Jumaat di Surau IJN. Surau ini baru sahaja mendapat keizinan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebagai surau jumaat dan buat pertama kalinya telah mengadakan solat jumaat di situ pada 5 Ogos yang lepas. Surau ini terletak di atas bumbung tingkat 7 blok C, IJN. Ketika duduk di Bilik Menunggu berhampiran Bilik Bedah di tingkat satu, kedengaran pengumuman dilaungkan melalui pembesar suara menjemput para muslimin menunaikan solat jumaat di tingkat tujuh. Alhamdulillah, keperihatinan dan inisiatif IJN sangat-sangat dihargai.
...
Surau IJN terletak di atas bumbung dan boleh memuatkan seramai 400 orang jemaah. Surau ini dibuat daripada kayu berkonsepkan tingkap terbuka bagi meningkatkan ventilasi. Walaupun kipas ligat berpusing, namun udara panas Kuala Lumpur masih menerjah para jemaah. Namun khutbah yang mantap dan dibaca dengan penuh tenaga dapat mengabaikan sapaan udara panas tersebut. Cuaca sebegini sama seperti suasana panas jika kita duduk di bahagian yang tidak berhawa dingin di Masjidil Haram, seperti di kawasan bertutup binaan Turki yang menghadap Hijir Ismail.
...
Antara pesanan imam yang berkhutbah ialah: "Roh ketenangan yang abadi ialah al-Quran." Marilah kita hayati nasihat tersebut.
...
Jemaah sedang menunggu waktu maghrib di kawasan binaan Turki
yang menghadap Hijir Ismail, Masjidil Haram