Assalamu'alaikum wm wbr.
.
Madinah, 3 Mei 2011:
.
Melihat program yang diatur oleh mutawif Andalusia, hari ini mereka akan membawa jemaah untuk ziarah dalaman iaitu menziarahi Rasulullah, solat di Raudhah dan ke Jannatul Baqi'.
.
Saya bercadang melakukan aktiviti peribadi, menelusuri tempat-tempat bersejarah yang pernah menyaksikan keberadaan Rasulullah S.A.W. di tempat-tempat tersebut 1432 tahun yang lepas. Mengunjungi tempat-tempat tersebut meningkatkan lagi kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W. dan juga hormat kita kepada para sahabat beliau yang sangat banyak berkorban (nyawa, harta, dan masa) untuk menegakkan syiar Islam di bumi Madinah dan di seluruh dunia.
.
Program peribadi dimulakan dengan mengunjungi Rasulullah, berselawat dan mengucapkan salam kepada Junjungan S.A.W, dan juga tidak dilupakan menziarahi Abu Bakr as-Siddiq dan Umar Ibn Khattab. Setelah solat tahiyyatul masjid dan solat dhuha di Raudah, saya keluar melalui pintu Baqi', membuat u-turn (melalui bahagian hadapan masjid) menuju pintu Babusalam yang terletak di sebelah kanan masjid.
.
Dari Babusalam, saya terus bergerak ke penjuru masjid di kawasan barat daya. Dari kejauhan kelihatan kubah masjid al-Ghamaamah (Masjid Awan). Kawasan tersebut dahulunya dikenali sebagai al-Manaakhah atau pasar Madinah. Tempat ini juga dikenali sebagai musholla iaitu suatu kawasan lapang yang mana Rasullulah S.A.W. melakukan solat Idul Fitri dan Idul Adha di beberpa tempat di lapangan tersebut. Selain daripada itu, Rasulullah S.A.W. juga pernah melakukan solat istisqa' (solat meminta hujan), dan solat jenazah ghaib ke atas Raja Najasyi.
.
Dari Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a katanya Rasulullah s.a.w telah keluar menuju ke tempat sembahyang (Musalla) untuk mengerjakan sembahyang Istisqa’ (sembahyang minta hujan) dan bahawa baginda apabila hendak berdoa (dalam khutbahnya sesudah sembahyang), baginda menghadap kiblat dan mengalihkan kain selendangnya yang atas ke bawah (Hadis riwayat Muslim).
.
Pada masa itu orang Badwi mengalami musim kemarau dan rumput telah menjadi kering dan binatang mereka tiada makanan. Mereka meminta Nabi berdoa minta turun hujan. Lalu Nabi berdoa menghadap kiblat dan belum sempat Nabi bergerak keluar dari tempat sembahyang, datang tompok awan hitam dan hujan turun dengan lebatnya untuk beberapa hari sehingga banjir (jalan tertutup, binatang lemas, rumah runtuh). Kemudian orang Badwi sekali lagi meminta pertolongan Nabi supaya berdoa untuk mengalihkan hujan. Lalu Nabi berdoa dan minta hujan dialihkan ke kawasan gunung-ganang, bukit-bukau, laut-laut dan tempat tiada manusia.
..
Jesteru diingat bahawa pada zaman Rasulullah S.A.W. kawasan ini merupakan kawasan lapang sahaja. Masjid-masjid yang ada sekarang mula dibangunkan buat pertama kalinya oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz persis ditempat-tempat yang pernah digunakan oleh Nabi untuk solat. Seterusnya masjid-masjid tersebut mengalami beberapa renovasi, dan kali terakhir direnovasi ialah pada tahun 1411H oleh King Fahd ibn Abdul Aziz.
|
Bab as-Salam |
|
Masjid al-Ghamamah DiLihat Dari Babusalam |
|
Masjid al-Ghamamah.
Nabi S.A.W.Solat Istisqa' dan Solat Eid di sini |
|
Pintu Masuk Masjid Ghamamah |
|
Perkarangan Masjid Ghamamah |
|
Masjid Abu Bakr - Pandangan Hadapan
Nabi S.A.W. Solat Eid di sini dan diikuti oleh Saidina Abu Bakr |
|
Jemaah Iran di hadapan Masjid Abu Bakr |