Saturday, September 25, 2010

Haji Dulu-Dulu

Assalamu'alaikum wm wbr.

Alhamdulillah, musim haji 1431H semakin menghampiri dan penerbangan yang pertama ialah pada 9 Oktober, 2010. Kelmarin, usai solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Melaka saya telah bertemu dengan seorang sahabat lama yang akan berangkat menunaikan haji pada 11 Oktober 2010, insyaAllah. Saya turut berasa gembira di atas nikmat yang dikurniakan Allah SWT ke atas sahabat saya tersebut dan sebelum berpisah sempat bermaaf-maafan dan mendoakan semoga beliau mendapat haji mabrur.

Teringat masa saya kecil-kecil dulu, jika ada orang kampung hendak menunaikan haji, maka penduduk kampung akan sewa bas dan ramai-ramai hantar ke Pelabuhan Kelang. Pada masa tersebut jemaah kena naik kapal laut untuk ke Makkah. Saya dengar cerita, saat yang paling sedih / sayu ialah ketika azan dilaungkan beberapa saat sebelum kapal bergerak. Perlahan-lahan kapal meninggalkan pelabuhan dan sanak saudara akan bertangisan sambil berdoa agar jemaah selamat dalam pelayaran.  

Perkhidmaan "kapal haji" sebenarnya dikendalikan oleh syarikat swasta yang menawarkan perkhidmatan mengangkut bakal-bakal haji dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Di samping itu terdapat juga beberapa syarikat menawarkan perkhidmatan "kapal haji" bagi jemaah dari India, Pakistan, Afrika Timur, Filifina, dan Suez. Antara syarikat yang terawal menyediakan perkhidmatan kapal haji ialah Blue Funnel pada 1875. Selepas Perang Dunia II (awal 1950an), muncul beberapa syarikat baru yang menawarkan perkhidmatan kapal haji seperti China Navigation Co., British India, dan Pan-Islamic Shipping Co of Karachi. 

Antara cendikiawan yang pernah menulis mengenai kapal haji ialah Harun Aminurashid yang menunaikan haji pada tahun 1960.




 Harun Aminurashid di atas Kapal Anshun



Kapal Anshun di Singapura


4 comments:

  1. salam tn hj.

    ummi plak join rombongan menghantar jemaah haji ke jeti di Pulau Pinang ...

    kenangan manis bila mhantar tok/tok wan masa tu baru darjah 2...dlm bulan Ramadhan , puasa hanya separuh jalan jer...

    ReplyDelete
  2. Salam UH

    Singapura, Port Klang dan Pulau Pinang merupakan 3 pelabuhan utama bagi kapal haji. Orang-orang yang menghantar berkampung di sana, bawa makanan macam berkelah.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum

    kami dari Hijrah TV telah membaca kisah-kisah yang ditulis dari tuan tentang pengalaman jemaah haji pada zaman dahulu. jika tidak keberatan, saya ingin bekerjasama dengan tuan untuk menghubungi mereka yang berpengalaman mengerjakan haji pada zaman dahulu, atau waris mereka, untuk mengadakan satu sesi temuramah program terbaru kami iaitu "Hijrah" yang bakal ditayangkan bulan november 2010. tuan boleh mengubungi saya di email ini>>

    tiramizsu@yahoo.com

    terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan Tn Hj,

    Ambo bila terbaca kisah haji zaman dulu2 ni terbayang macamana susahnya orang mak & ayah ambo buat Haji...mak ambo pegi haji mengandungkan ambo...masa perjalanan balik...ditengah2 laut ceylon atas kapal haji Malaysia Kita...ambo pun dilahirkan...mak ambo cerita satu kapal gembira sambut kelahiran anak kapal Haji Malaysia Kita...masyaallah...t kasih Tn Hj kongsi maklumat pasal haji zaman dulu...wassalam

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.