Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Assalamu'alaikum wm abr.


Ramadhan sudah hendak mencapai ke penghujung, dan sehari dua lagi kita akan menyambut hari raya.  Oleh itu saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua pengunjung blog di atas segala tulisan yang mungkin menggetuskan hati, memilukan perasaan. 


Di hari baik bulan baik nanti, harapan saya ialah agar kita mengeratkan silatur-rahim sesama saudara mara sama ada yang terdekat mahupun yang jauh. Bermaaf-maafanlah, buang yang keruh dan ambil yang jernih.  Akhir sekali, renungkanlah pesanan Ibu Mas'ud, salah seorang sahabat Nabi yang mulia untuk sama-sama kita mengambil ingatan darinya.


Pesanan dari Ibu Mas'ud


Sebaik-baik kaya ialah kaya hati
Sebaik-baik bekal ialah taqwa
Seburuk-buruk buta ialah buta hati
Sebesar-besar dosa ialah berdusta
Sejelek-jelek usaha ialah memungut riba
Seburuk-buruk makanan ialah memakan harta anak yatim
Sesiapa yang memaafkan orang akan dimaafkan Allah
Sesiapa yang mengampuni orang akan diampuni Allah.

8 comments:

  1. Salam 29 Ramadhan T H M Saad

    SELAMAT HARI RAYA

    moga Allah pelihara kita merayakan Syawal ini dlm keimanan

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tn Hj,

    Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba saya ucapkan kepada Tn Hj.....

    Semalam baru pihak LUTH meminta Pasport saya dan isteri diserahkan kepada LUTH bagi jemaah Hajitahun ini dan gelang tangan & beg drpd LUTH telah saya terima hanya menunggu tarikh penerbangan yang dijangkakan pada 23 Okt 2010 ini.

    ReplyDelete
  3. Salam Haji,

    selamat hari raya

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam Tn Haji Rozali,

    Alhamdulillah, Amin.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikum salam pesona.

    Alhamdulillah, saya doakan tuan suami isteri mendapat haji mabrur, insyaAllah. Yang paling perlu diingat semasa di sana nanti ialah supaya bersabar dalam semua keadaan. Banyakkan beristighfar dari sekarang dan mohon agar Allah mudahkan segala urusan dan sihat tubuh badan.

    ReplyDelete
  6. Salam taj,

    Selamat hari raya, maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Tn Hj,

    Terima kasih atas nasihat dan ingatan Tn Hj.... saya & isteri berdoa agar ALLAH memberikan tubuh badan yang sihat bagi dipermudahkan dalam segala urusan menjalankan ibadah haji dengan sempurna.....dan mendapat haji yang mabrur...

    ReplyDelete
  8. Amiin! Engkau makbulkanlah doa pesona, ya Allah.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.