Tuesday, March 9, 2010

Panduan Umrah – 04 – Syarat-Syarat Wajib Mengerjakan Umrah

Syarat-syarat wajib menunaikan umrah adalah sama dengan syarat wajib menunaikan haji iaitu:

1. Islam – tidak wajib bagi yang bukan Islam.
2. Berakal – tidak wajib bagi yang tidak siuman, gila, atau hilang akal – malah tidak sah umrahnya bagi yang tidak berakal.
3. Akil Baligh – tidak wajib bagi yang belum baligh.
4. Merdeka – tidak wajib bagi seorang hamba abdi.
5. Berkuasa untuk sampai ke Mekah sama ada dengan sendiri atau dengan bantuan orang lain.

Syarat tambahan bagi perempuan:

6. Dengan izin suami atau wali
7. Ditemani oleh suami/mahram/perempuan-perempuan yang thiqah (dipercayai).

Penerangan Ringkas Berkuasa Dengan Sendiri

1. Ada bekalan dan perbelanjaan yang halal, walaupun dengan pemberian orang, tanpa menjual harta atau berhutang.

Saya dapati jemaah daripada Indonesia ramai yang membuat pinjaman bank untuk melaksanakan haji. Dr. Marsitah Ibrahim pun berpendapat, jemaah boleh hutang bank untuk melaksanakan haji. Pendapat sebegini adalah tidak tepat kerana jika seseorang itu tidak berkeupayaan untuk menunaikan haji, maka kewajipan berhaji tersebut gugur dengan sendirinya. Islam itu mudah, kalau tidak mampu maka tidak perlulah menunaikan haji / umrah. Sepatutnya kita bersyukur kerana terlepas daripada tuntutan tersebut.

2. Ada kenderaan pergi dan balik (termasuk tambang yang mencukupi).

Abang ipar saya sangat teringin untuk menunaikan haji. Dia mampu dari segi kewangan dan fizikal. Tetapi dia mengidap sejenis penyakit yang ganjil iaitu takut tempat tinggi – Altophobia. Dia boleh pitam jika menaiki lif, apatah lagi jika naik kapalterbang. Suatu masa dahulu, jemaah boleh menaiki kapal haji, tetapi perkhidmatan kapal haji telah lama ditamatkan, iaitu di sekitar pertengahan tahun 1970an. Salah satu alternatif yang ada baginya ialah dengan melalui jalan darat – tetapi itu pun kurang selamat sebab banyak keganasan di laluan menuju Makkah. Maka tuntutan menunaikan haji / umrah bagai ipar saya ini adalah terangkat.

3. Ada bekalan atau nafkah untuk keluarga dan tanggungan yang ditinggalkan.

4. Aman perjalanan.

5. Sihat tubuh badan.

6. Berkesempatan masa, tanpa bertangguh kecuali bersebab.


Berkuasa Dengan Pertolongan Orang Lain (Badal Haji)

1. Uzur tidak dapat mengerjakan haji / umrah

2. Sakit yang tiada harapan sembuh – contohnya mengidap Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang mana pesakit ini tidak boleh berada dalam cuaca yang panas atau terlalu sejuk.

3. Terlalu tua.

4. Telah meninggal dunia yang mana si mati mampu menunaikan haji / umrah semasa hidupnya tetapi tidak sempat menunaikan umrah / haji. Oleh yang demikian, warisnya atau orang lain boleh menunaikan ‘umrah ganti’ atau badal umrah bagi pihaknya sama ada dengan upah atau sukarela.

Berkuasa Dengan Pertolongan Orang Lain (Bagi Wanita)

1. Hendaklah dengan izin suami atau wali.

2. Hendaklah ditemani suami, atau mahram (lelaki yang haram kahwin dengannya) atau ditemani tiga orang perempuan yang thiqah (dapat dipercayai dan ahli ibadah), sebagai ganti mahram.

30 comments:

  1. salam tn hj,

    terima kasih...

    rujukan yang berguna..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam tuan saifudin.

    Alhamdulillah. Semoga sama-sama kita dapat manfaat. Yang baik itu dari Allah s.w.t., dan yang serba kekurangan itu adalah dari saya sendiri.

    Tuan, pinjam kuda boleh? :D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tn Hj.

    InsyaAllah sy akan mngerjakan umrah bt p'tma kalinya pd bln Mei nnt. Sy akan bwa skali anak lelaki sy yg b'usia 10thn. Umrah tidak wajib bagi yang belum baligh. So sy nk tnya, klau anak sy tu melanggar kesalahan2 semasa mlakukan umrah adakh dia wajib juga membyr dam? terima kasih....

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam anonymous

    Ya benar, umrah dan haji tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh.

    Jika kanak-kanak yang muamaiyiz (yang tahu membezakan antara kotor dan bersih), tahu kerja-kerja haji atau umrah, dan membuatnya sendiri, maka hajinya atau umrahnya sah tetapi tidak menggugurkan fardhu haji/umrah bagi dirinya.

    Ia boleh berniat haji atau umrah bagi dirinya dengan syarat diizin oleh bapa atau walinya.

    Berbalik kepada persoalan anynomous, bagi kanak-kanak berumur 10 tahun (muamaiyiz) - tetapi belum baligh, sekiranya ia berniat ihram umrah dan melanggar pantang-larang umrah, maka tanggungjawab ibubapa atau penjaganya membayar dam.

    - Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak dikenakan apa-apa dam bagi kesalahan melanggar larangan ihram.

    Jawapan dipetik daripada sumber ini.

    http://www.jawhar.gov.my/i-umrah/index.php/persediaan-para-jemaah/51-larangan-ihram

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Tn Hj,

    Terima kasih Tn Hj. sedikit sebanyak dapat menbantu saya dlm mbuat persediaan umrah. InsyaAllah Mac 2013 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan semua uruan tuan/puan. Amin.

      Delete
  6. sy masih dalam eddah...sy dan ayah akan pergi mengerjakan umrah...ada yang gtau x boleh pergi...tpi bekas suami sy mengizinkan sy pergi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum wbt

      Apakah puan bercerai mati atau bercerai hidup?

      Bagi kes wanita bercerai hidup yang masih dalam iddah talak raj'e (yg boleh dirujuk), wanita tersebut perlu meminta izin dari bekas suaminya. Jika bekas suami telah izinkan, maka tidak ada masalah bagi puan untuk melakukan umrah kerana akan ditemani oleh ayah puan.

      Jika puan bercerai mati dan masih dalam iddah, sedangkan terdahulu dari itu suami telah mengizinkan puan melakukan umrah, maka puan tidak dibenarkan membuat umrah sebelum iddah tamat sebab syara' menegah isteri yang dalam iddah (suami meninggal) meniggalkan rumah.

      Delete
  7. saya nak copy sebab nak buat folio syariah . bukan untuk niat mencuri . dekat bahagian rujukan nanti saya letakklah url blog ni =='

    ReplyDelete
  8. saya mahu bertanya.... bolehkah kita mlakukan umrah dalam masa dua hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum wbt

      Maksud saudari kita ambil masa 2 hari untuk lakukan 1 pekerjaan umrah iaitu dari niat ihram ---> tawaf ---> saie ---> gunting rambut kita ambil masa 2 hari? Jawapannya, Ya boleh tidak ada masalah sebab tidak ada had tempoh masa untuk menyiapkkan ibadat umrah. Ia tidak seperti solat yang ada had waktu tertentu seperti waktu zohor sekian-sekian dsb.

      Lagi pun umrah ni boleh dilakukan sama ada berturut-turut atau secara sambung-sambung. Contohnya ketika baru habis 4 kali tawaf rasa nak buang air maka kita balik ke hotel buang air kecil/besar. Lepas tu kerana penat kita rehat sekejap dan tertidur. Selepas terjaga, kita ambil wudhuk (sebab tawaf perlu ada wudhuk) dan pergi ke masjid haram dan sambung tawaf sebanyak 3 kali pusingan supaya lengkap 7 kali tawaf. Then selepas solat sunat tawaf, kita pergi lakukan saie 7x, dan bergunting. Selepas bergunting itu baru selesai ibadah umrah kita dan barulah terlepas daripada pantang larang ihram.

      Delete
    2. Kalau kita ambil masa 3-4 hari atau 1 minggu dsb untuk lengkapkan / selesaikan 1 ibadah umrah pun tak mengapa. Tetapi yang afdalnya ialah kita lakukan berturut-turut iatu niat --> tawaf --> saie --> bergunting dilakukan berturut-turut - itu lagi afdal.

      Wasalam

      Delete
  9. Assalamualikum,saya merupakan seorang saudara baru,dan saya teringin ke tanah suci,adakah saya boleh melakukan umrah?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      InsyaAllah, sudah tentu boleh. Cuma kalau perempuan yang single dan berumur di bawah 45 tahun - ini ada sedikit masalah teknikal - perlu diiringi oleh mahram iaitu bapa atau saudara lelaki. Itu adalah peraturan Arab Saudi.

      Delete
  10. ya ustaz,
    saya bercadang utk tunaikan umrah, tetapi masih ada hutangrumah, AKPK dan kereta ygberbayar secara ansuran.
    pohon ulasan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum wbt

      Seseorang yang membayar hutang melalui pendapatan bulanan secara beransur-ansur seperti yang telah dipersetujui di antaranya dan pihak yang dihutanginya, dan dia mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk menunaikan haji atau umrah termasuk perbelanjaan orang yang dalam tanggungannya yang ditinggalkan, maka adalah wajib baginya melakukan haji atau umrah.

      Jawapan dipetik daripada buku: Soaljawab haji dan umrah oleh Tabung Haji.

      Delete
  11. minta penjelasan panjang tentangsaudara baru wanita yg ingin berumarah, bagaiman dapatkan muhrin sebab saudara baru tunggal, yg lain belum masuk islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum wbt

      Ya memang ada sedikit masalah teknikal bagi saudara baru wanita yang ingin melakukan umrah tetapi tiada mahram dan berumur di bawah 45 tahun. Ini adalah peraturan kerajaan Arab Saudi yang mengeluarkan visa kepada sesiapa yang ingin masuk ke negara mereka.

      Saya cadangkan agar saudari berbincang dan dapatkan nasihat daripada PERKIM - mungkin mereka ada jalan penyelesaiannya. Atau saudari bertanyakan kepada Travel Agensi yang mana mereka mungkin berpengalaman mengendalikan hal-hal sebegini.

      Di samping itu berdoalah bersungguh-sungguh agar Allah SWT menjemput saudari menjadi tetamuNya. Sekiranya Allah SWT mengizinkan dan menjemput saudari menjadi tetamuNya dan tetamu Rasulullah SAW maka tidak ada sesiapa yang dapat menghalangnya, walupun oleh peraturan yang ketat daripada kerajaan Arab Saudi.

      Semoga saudari dapat bersabar dan sentiasa mendapat rahmat kasih sayang Allah. Azam yang kuat untuk menunaikan umrah atau haji adalah perkara baik dan sudah mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Sekiranya saudari dapat melaksanakan azam tsbt maka saudari mendapat ganjaran yang berganda.

      Delete
  12. Assalamualaikum ustaz.sy ingin menunaikan umrah..tapi sy ada masalah sakit telinga yang teramat sangat ketika berada di udara (dlm kpl terbang) kerana tekanan yg sgt kuat....apa lagi utk pergi umrah ia memakan masa yg lama....mohon pdgn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Untuk mengatasi masalah yang saudari orkid hadapi, tutuplah telinga dengan jari atau alat penyumbat telinga yang khas semasa kapal terbang takeoff atau ketika kapal terbang hendak landing sambil menelan air liur atau makan gula-gula dsb.

      Di samping itu jangan lupa untuk berdoa kepada Allah SWT akan diberikan kesihatan yang baik dan terhindar dari sakit telinga - Lakukan ini beberapa bulan sebelum berangkat dan juga semasa dalam kapalterbang. InsyaAllah, Allah Maha Mendengar doa hambaNya.

      Delete
    2. Terima kasih ustaz...

      Delete
  13. Ustaz bgmn sekiranya wanita period ketika umrah n bgmana dgn rukun- rukun yang perlu dilaksanakan...apa yg perlu wanita tersebut lakukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum wbt.

      Peringatan bagi jemaah wanita yang sedang period - pastikan anda berniat ihram bersyarat di miqat (walaupun sedang period).

      Jika sampai di Makkah anda masih period, maka tunggulah sehingga suci, kemudian mandi wajib, ambil wuduk dan lakukan tawaf, saie, dan bergunting.

      Jika haid masih belum kering semasa hendak pulang ke Malaysia maka anda perlu bengunting untuk bertahallul supaya terlepas daripada larangan ihram - ini adalah bagi wanita yang berniat ihram bersyarat.

      Bagi wanita yang tidak berniat ihram bersyarat semasa di miqat dan masih period atau period semasa tawaf atau saie, maka apabila hendak balik ke Malaysia masih lagi dalam keadaan haid, maka perlu sembelih seekor kambing terlebih dahulu dan kemudian bergunting untuk membolehkan anda bertahallul - dan terlepas daripada larangan ihram.

      Sila lihat entri saya "Masalah Tawaf Bagi Wanita Haid/Nifas" http://msaadhamid.blogspot.com/2010/04/panduan-umrah-22-masalah-tawaf-bagi.html

      Juga entri saya: "Lagi Masalah Haid Bagi Jemaah Wanita Yang Sedang Berihram."
      http://msaadhamid.blogspot.com/2013/06/assalamualaikum-wbt-baru-baru-ni-saya.html

      Juga sila rujuk: "Dam Ihsar" oleh Tabung Haji
      http://www.tabunghaji.gov.my/documents/13909/0/DAM+IHSAR.pdf/99e00409-140e-41c7-ac0a-7fe4a77c9403

      Delete
    2. Maaf.

      Bagi wanita yang haid tetapi tidak berniat ihram bersyarat (dia melafazkan niat ihram biasa) semasa di miqat maka selepas haidnya kering maka dia perlu menunggu sehingga 24 jam,untuk memastikan darah haid benar-benar telah berhenti, kemudian mandi wajib, ambil wudhuk dan seterusnya melakukan tawaf, saie, dan bergunting.

      Tetapi, sekiranya haidnya berterusan sehinggalah tarikh penerbangan balik maka DIA PERLU KELUAR DARIPADA MAKKAH SEJAUH 2 MARHALAH (91KM) ATAU LEBIH DAN SEMBELIH SEEKOR KAMBING DAN BERGUNTING UNTUK BERTAHALLUL. INI DINAMAKAN TAHALLUL IHSAR. Perkara ini boleh dilakukan di Malaysia.

      Delete
  14. Terima kasih ustaz atas penjelasannya....

    ReplyDelete
  15. Assalamualiakum ustaz. Kebelakangan ni saya di timpa pelbagai ujian & musibah. Namun saya redha melaluinya. Saya ada berhutang tapi saya tidak dapat melaksanakan hitang tersebut buat masa ini kerana saya juga tidak mendapt bayaran saya sehingga sekarang. Ada seorang hamba allah dengan iklasnya menyuruh saya mengerja kan umrah berdoa disana semoga segala musibah ini dia permudahkan. Bagaimana ye ustaz jika saya ke umrah tapi hutangbsaya belum langsai. Say tidak berniat untuk tudak membayar. Tapi keadaaan saya juga teraniya akibat tidak mendapat bayaran.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum tuan,
    Saya bercadang membawa ibu dan bapa saya menunaikan umrah dalam masa terdekat. Tetapi baru baru ini bapa saya ditimpa mild stroke. Tidak boleh berdiri dan berjalan sendiri. Harus menggunakan wheelchair. Lagi parah, ingatan dia sudah kureng. Kekadang dia lupa nama anak2 dia. Dia juga Tidak mampu bersolat lagi kerana sudah lupa rukun sembahyang dan bacaan dalam solat. Disebabkan itu saya agak keberatan utk membawa dia ke Mekah kerana risau akan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Tapi dalam masa yang sama saya kasihan kan dia. Apa nasihat tuan dalam hal ini?

    ReplyDelete
  17. Salam, suami ingin menghantar mak, kakak dan mak mertua melakukan umrah.. Perlukah tambahan peneman jika pergi bertiga perempuan?

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.