Saturday, February 13, 2010

"Siti Rahmah": Sapaan Sinis Warga Kota Makkah dan Madinah Kepada Jamaah Wanita Malaysia dan Indonesia

"Siti Rahmah, Siti Rahmah." Sapaan tersebut sering diucapkan oleh warga kota Makkah sama ada para pedagang, penduduk tempatan, mahupun oleh kanak-kanak seawal usia 9 tahun kepada jemaah wanita daripada sebelah nusantara ini (Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei, dan Singapore). Asalkan jemaah tersebut berkulit sawo matang, maka itulah panggilan yang sering diungkapkan. Di kedai-kedai jualan, di hotel-hotel penginapan, di tepi-tepi jalan. Pagi, petang, siang, malam, itulah ucapan yang dilontarkan oleh mereka kepada jemaah wanita kita.

Bagi sebahagian besar jemaah wanita nusantara, sapaan tersebut dianggap suatu sapaan yang ikhlas dan sopan. Tersenyum simpul dan berasa bangga kerana Pak Arab tegur mereka dengan panggilan "Siti Rahmah". Bukan sahaja Pak Arab yang sapa, Abang Bangla, Abang Paki, Abang Baiee, Abang Kunta Kunte dari Afrika pun menyapa jemaah wanita kita dengan sapaan "Siti Rahmah". Aduhai, bukan main bangga lagi makcik-makcik, dan kakak-kakak kita bila disapa sedemikian. Sesampai dibilik penginapan, cerita dengan kawan-kawan yang Pak Arab tegur dia dengan panggilan "Siti Rahmah". Cerita lagi, yang Pak Arab tersebut bagi diskaun hebat bila makcik-makcik atau kakak-kakak tadi tersenyum simpul apabila disapa dengan panggila "Siti Rahmah".

Jadi apa isunya yang ingin disampaikan di sini? Okey lah tu panggilan tu. Bagus apa, Pak Arab tegur-tegur kita dengan panggilan "Siti Rahmah". Akan tetapi cuba klik link-link di bawah ini. Setelah membacanya, tentu tuan-tuan, puan-puan adik kakak, makcik pakcik termenung. Sebenarnya panggilan "Siti Rahmah" merupakan suatu sindiran, dan penghinaan dan menjatuhkan martabat jemaah wanita kita. Namun sangat ramai jamaah wanita suka / senang dengan panggilan tersebut.

Silalah klik kat sini:


1. http://www.topix.com/forum/world/malaysia/T1H4PTIIN3E6FV0CF/p3
2. http://cordova-travel.com/blog/2008/11/06/jangan-percaya-%e2%80%9csiti-rahmah%e2%80%9d/
3. http://suaramerdeka.com/v1/index.php/read/cetak/2008/05/30/15630/Sedih-Tiap-Kali-Dengar-Sebutan-Siti-Rahmah
4. http://ambupiki.multiply.com/journal/item/73/Siti_Rahmah_7_Milyar_Rupiah
5. http://ceritacaca.blogspot.com/2007/05/orang-indonesia-di-tanah-arabia-siti.html

Rupa-rupanya "Siti Rahmah" bermaksud “Perempuan yang dikasihi”. Meskipun pada awalnya panggilan “Siti Rahmah” itu sangat bagus, namun di tanah Arab, makna dari kalimat itu adalah panggilan untuk –maaf- PSK (Pekerja Seks Komersil). Dalam kata lain - pelacur. Astaghfirullah al 'Azim.

5 comments:

  1. Salam Tn.Aji ...
    Tn.Aji sihat ke? Mudah2an sentiasa dlm lindungan Allah ek... rindu ar kat tn.aji :-)
    terima kasih atas segala nasihat dan ilmu yang pernah tn.aji turunkan ...

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum Salam Miss Zai.

    TK kerana sudi singgah kat kebun baru saya dan tanam komen kat sini.

    Ada rindu kaa? Nyanyilah lagu Rindu Spoon. "Rindu... rindu serindu rindu nyaa...". Layan zai layann. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Hehehe...terima kasih tn.aji...saya layan jek... mudah2an tn.aji sentiasa dlm jagaan Allah ek :-)

    ReplyDelete
  4. Astaghfirullah...Ada gak ke 'Siti Rahmah' d bumi Barakah Mekah tn haji????

    ReplyDelete
  5. Syaitan itu berada di mana-mana. Dalam syurga pun Iblis menyusup masuk melalui mulut ular menghasut Hawa supaya makan buah larangan. Inikan pula di Makkah. So, ambillah iktibar daripada peristiwa ini.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.