Monday, January 25, 2016
Selamat Tahun Baru
Assalamu'alaikum wbt
Alhamdulillah, hari ini tergerak hati untuk kembali menjenguk blog picisan ini. Alangkah terperanjatnya bila melihat entry terakhir ialah pada bulan Februari 2015. Jadi bermakna hampir setahun blog ini terbiar begitu sahaja.
In Shaa Allah, sementara motivasi diri mula meningkat, saya akan update perjalanan umrah musim sejuk 2013 yang telah lama tertangguh. Selanjutnya saya akan update perjalanan umrah 2015, dan jika motivasi masih tinggi saya akan muatkan sebuah kisah Umrah Persendirian (tanpa melalui Travel Agent) yang dilakukan oleh seorang kenalan di alam maya yang sungguh menakjubkan.
Ok jumpa lagi dalam entri yang berikutnya.
Wasalam.
Wednesday, February 25, 2015
Tip Untuk Mudah Masuk ke Hiijr Ismail.
Assalamu'alaikum wbt
Bagi jemaah lelaki, untuk mudah masuk ke dalam hijir Ismail, 15-20 minit sebelum solat fardhu, lakukan tawaf sunat. Biasanya saya tawaf semasa azan dikumandangkan, maka sempatlah saya membuat dua atau tiga pusingan tawaf sebelum polis/petugas Masjidil Haram mengarahkan jemaah berhenti tawaf untuk solat.
Semasa kita sedang tawaf, kebiasaannya ketika hampir
solat didirikan akan ada jemaah berdiri/duduk membina saf. Kita teruskan tawaf
dan apabila sampai berhampiran dengan pintu hijir, kita berhenti dan buat saf
di situ - seperti gambar di atas. Selepas habis solat .... apa lagi .... zuuuup
kita menyelitkan diri masuk ke dalam hijir. In shaa Allah, kita akan dapat
ruang untuk solat. Selamat mencuba.
Bagi jemaah lelaki, untuk mudah masuk ke dalam hijir Ismail, 15-20 minit sebelum solat fardhu, lakukan tawaf sunat. Biasanya saya tawaf semasa azan dikumandangkan, maka sempatlah saya membuat dua atau tiga pusingan tawaf sebelum polis/petugas Masjidil Haram mengarahkan jemaah berhenti tawaf untuk solat.
5:34 am 15 Mei 2010 - Tak sabar menunggu solat subuh
Tuesday, February 24, 2015
Cerita Dari Makkah: Solat Bersendirian Di Hijir Ismail
Assalamu’alaikum
wbt
Alhamdulillah,
setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT di atas segala nikmat kurniaan-Nya,
sama ada yang kita sedari mahupun yang tidak kita sedari. Selawat dan salam
diucapkan kepada Rasulullah ﷺ, juga kepada ahli
keluarganya yang mulia serta kepada para sohabatnya yang setia.
Setelah sekian
lama menyepi, pagi ini saya dapat kekuatan untuk meng`update' blog
yang penuh bersawang ini. Entri hari ini ialah berkaitan dengan gambar yang
saya tempelkan di bawah ini.
Sumber gambar: TheDeenShowTV
Bak peribahasa
Melayu yang sering kita dengar: ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa
yang tahu’. Ya, begitulah yang terjadi kepada pekerja pembersihan di kawasan
kaabah, Masjidil Haram seperti yang kita lihat pada gambar di atas. Sungguh bertuah insan tersebut. Dia dapat
bersolat di situ setiap hari semahu-mahunya, sepuas-puasnya – Subhanallah!
Mengikut apa yang ditulis oleh Deen Show dalam facebooknya (kesahihannya tidak diketahui), pekerja tersebut mendapat bonus kerana tugasan hariannya yang cemerlang. Namun pekerja budiman tersebut menolak tawaran tersebut. Sebaliknya beliau
memohon agar dibenarkan untuk solat bersendirian di kawasan hijir Ismail. Permohonannya
diperkenankan dan masyaaAllah para jemaah dapat menyaksikan insan tersebut
melakukan solat sunat di hijr Ismail secara bersendirian sepuas-puasnya. Wallahu aklam.
Ulasan saya:
Beliau tidak berseorangan mendapat keistimewaan tersebut. Saya pernah
menyaksikan seorang pekerja Bangladesh yang mengiringi imam untuk solat fardhu
melakukan solat sunat di hijir Ismail bersama-sama dengan imam sebelum solat
fardhu dimulakan. Subhanallah!
Juga saya pernah melihat para pekerja yang membersihkan kawasan hijr Ismail setelah kawasan itu ditutup, mengambil kesempatan untuk solat di situ selepas tugas pembersihan selesai dilakukan.
Jadi berita oleh Deen Show di atas perlu dipastikan kesahihannya. Walau apa pun saya cemburu dengan keistimewaan mereka dapat solat di hijr Ismail dengan tenang, tanpa berdesak-desakan dsb. Allahu Akbar!
Sumber: https://www.facebook.com/TheDeenShowTV/photos/a.403322546103.185913.207242941103/10152064883486104/
Subscribe to:
Posts (Atom)

