Friday, April 6, 2012

Umrah 2011: Madinah - Hari Kedua - Rabu - 4 Mei 11 - Ziarah Luar - Maqam Syuhada' dan Masjid Qiblatain

Assalamu'alaikum wbt

Selanjutnya kami dibawa ke Jabal Uhud untuk menziarahi maqam para syuhada' yang telah gugur di medan perang Uhud yang berlaku pada tahun 3 Hijriah.

Di sini entah kenapa pada lawatan kali ini saya tidak mengambil sebarang gambar untuk dibuat kenang-kenangan. Kami memberi salam serta memanjatkan doa memohon kesejahteraan kepada para syuhada' yang telah berjuang untuk mempertahankan Islam. Antara para syuhada' yang disemadikan di sini ialah Saidina Hamzah, iaitu bapa saudara Nabi S.A.W. Ada antara sahabat yang gugur syahid di sini adalah kerana mereka menjadikan badan mereka sebagai perisai untuk melindungi Rasulullah daripada pedang-pedang kaum musyrikin Quraisy. Allahu Akbar!

Selamat sejahtera wahai para syuhada' Uhud. Sesungguhnya anda sekelian telah redha terhadap Rasulullah S.A.W. dan Islam. Dan Allah telah redha ke atas anda.

Foto-foto di bawah adalah gambar yang diambil semasa Umrah Mei 2010. 
Di belakang sana ialah sebahagian daripada gunung Uhud. Sila klik sini.


Maqam Syuhada' Dilihat dari Jabal Rumat
Jabal Rumat
Program ziarah selepas ini ialah Masjid Qiblatain (kami hanya lalu dan lihat masjid dari atas bas sahaja sebab kami  kesuntukan masa). Sebelum pulang ke hotel penginapan, kami singgah di pasar kurma untuk membeli sedikit buah tangan. Program ziarah luar ini tamat sekitar jam 12.00 tengah hari, dan alhamdulillah kami sempat solat zohor berjemaah di Masjid Nabawi.

Thursday, April 5, 2012

Umrah 2011: Madinah - Hari Kedua - Rabu - 4 Mei 11 - Ziarah Luar - Ladang Kurma

Assalamu'alaikum wbt

Selepas menziarahi Masjid Quba', kami dibawa ke ladang kurma berhampiran dengan Masjid Quba'.  Pohon-pohon kurma di sini ternyata baru mengeluarkan buah yang berwarna hijau seolah-olah seperti permata jade atau zamrud. Buah-buah kurma tersebut dijangka masak pada musim panas iaitu sekitar Ogos atau September.

Di sini terdapat sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis kurma dan coklat. Para jemaah berebut-rebut membeli kurma dan coklat untuk dijadikan buah tangan kepada saudara mara dan sahabat handai di kampung halaman. Harga kurma di sini agak mahal atas alasan kurma tersebut fresh daripada ladang. Tetapi pada kenyataannya, pohon kurma baru berputik / berbuah hijau.

Jadi persoalannya, dari mana datangnya kurma yang dikatakan fresh tadi? Mutawif pengiring memberitahu jika kurma tersebut masih segar, maka ia diimport daripada Iran, India dsb. Sekiranya flesh kurma sudah kering dan kecut maka itu mungkin saki baki kurma pada musim yang lepas. So berhati-hatilah ketika membeli kurma di Madinah di luar musim.

Murawif juga memberitahu bahawa kurma yang terbaik ialah kurma ajwa (kurma Nabi) yang berasal daripada Awali, iaitu suatu kawasan yang berhampiran dengan Quba'. Kurma ajwa Awali ini berasal daripada 3 biji kurma ajwa yang dimakan oleh Rasulullah S.A.W. dan kemudian biji benih tersebut ditanam di kawasan Awali. Biji-biji benih ajwa Awali ini kemudiannya ditanam di tempat-tempat lain di Madinah dan juga di Iraq, Iran, India dan sebagainya. Justeru untuk mendapatkan khasiat kurma yang terbaik, maka usahakan memakan kurma Ajwa yang ditanam di kawasan Awali.




Kurma Ajwa yang fleshnya masih segar. Besar kemungkinan kurma ini dimport daripada luar Madinah.
Harga SR60-90 sekilogram.

Gelagat pembantu kedai yang berasal daripada Indonesia

Monday, April 2, 2012

Umrah 2011: Madinah - Hari Kedua - Rabu - 4 Mei 11 - Ziarah Luar - Masjid Quba'

Assalamu'alaikum wbt

Pada kebiasaannya, jemaah umrah akan berada di Madinah selama tiga hari. Pada hari kedua, kami dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Madinah bagi mengingati kegigihan dan pahit getir perjuangan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat untuk menegakkan syiar Islam di Madinah dan seterusnya berkembang ke seluruh dunia.

Para jemaah diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 6.30 pagi sebab program ziarah luaran ini perlu tamat sebelum pukul 12.00 tengah hari bagi membolehkan jemaah solat zohor berjemaah di Masjid Nabawi.  Para jemaah dinasihatkan agar mandi dan berwudhu' terlebih dahulu sebelum mengikuti program ziarah luaran ini.

Lokasi pertama yang dituju ialah Masjid Quba'. Masjid Quba' merupakan masjid yang pertama dibina di zaman Islam. Quba' merupakan tempat persinggahan Nabi S.A.W. semasa berhijrah ke Madinah. Masjid Quba' menduduki tempat ke-empat dalam senarai masjid yang paling suci dalam Islam,iaitu selepas Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil al-Aqsa.

Rasulullah S.A.W. sangat gemar mengunjungi Masjid Quba' dan solat sunat di situ. Sabda Nabi Saws.jpg: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414)

Masjid Quba'
Foto Credit: mahfuz1961 www.panoramio.com/photo/10561639
Masjid Quba' di waktu malam
Sumber: Internet
Perjalanan menuju Masjid Quba' melintasi perkuburan Baqi'

Juga melalui Masjid Saidina Uthman
Tiba di Masjid Quba'
Kawasan parkir yang luas
Tangga menuju dewan solat
Para jemaah sedang solat sunat tahiyyatul masjid dan solat dhuha 
Ada yang mengambil gambar kenang-kenangan

Rumah penduduk