Friday, December 30, 2011

Kegiatan Penipuan Warga Nigeria Di Malaysia - Tampalan dari blog Mazidul

Assalamu'alaikum wbt

Di bawah ini saya tampalkan entri daripada blog Mazidul Akmal Sidek sebagai menyahut seruan beliau untuk menyebar luaskan berita mengenai kegiatan penipuan warga Nigeria di Malaysia yang terlibat dalam Nigerian Scam. Kelicikan mereka telah menyebabkan rakyat Malaysia kerugian sebanyak RM 1 bilion. Dengan tampalan berita ini, diharapkan para pembaca lebih berhati-hati terhadap Awang Hitam ini supaya kita tidak terjebak dalam perangkap mereka.

Untuk maklumat lanjut, para pembaca bolehlah melayari blog "Bersama Mazidul Perkongsian Hitam Putih Kehidupan" http://www.mazidulakmal.com/

........


WARGA NIGERIA LARI TERKINCIT (18SX)

Saya difahamkan setakat ini lebih 1,000 warga Nigeria terbabit dalam jenayah siber berjaya diberkas oleh pihak berkuasa.

To all of Nigerian scammers in Puchong, Selangor, I was informed that most of you have disappeared from those luxurious rented condominium units

Good men, stay while bad men go away.

You people know that the Malaysian government are unduly serious to stop Nigerian scams. Our Imiggration enforcerment officers have done a good job in their operations all over the country. Thus many Nigerians were arrested because of overstaying in this lovely country. 

They had to face the consequences.

Well, since many of you have Malaysian girlfriends, please get their assistance to translate the content of this special entry.

Berikutan kisah operasi disebarkan melalui blog, media cetak dan elektronik, saya dimaklumkan majoriti penjenayah siber warga Nigeria kini goyah.

April tahun 2011, saya mula menyertai operasi bersama pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, JSJK, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Sebilangan penipu warga Nigeria agak licik dikesan tetapi objektif mereka jelas, seperti tertera di baju lelaki diberkas oleh pasukan polis JSJK diketui ASP Hazri Mohamed pada jam 5 petang, 28 April tahun ini.


Majoriti mereka menetap di kondominium atau pangsapuri agak terpencil. Antara lokasi penempatan di gemari mereka, di Puchong, Kepong, Damansara Damai, Selangor dan Cheras, Kuala Lumpur.


Memasuki negara ini menggunakan visa pelajar dan kemudian menjalankan kerja menipu menggunakan internet.

Saya kagum setiap kali memerhatikan pihak berkuasa ketika memberkas warga Nigeria. Tubuh sasa mereka menjadi penghalang utama ketika cuba digari. Pergerakan mereka juga sukar dijangka namun berbekalkan semangat dan pengalaman, warga Afrika itu berjaya ditundukkan.


Mulut mereka lazimnya celupar dan pertuturan bahasa Inggeris dalam loghat Afrika, membingitkan telinga.


Mari bersama kita melihat gambar pegun eksklusif antara warga Nigeria diberkas oleh polis.


Setiap rumah diserbu dilengkapi kemudahan jalur lebar dan komputer riba berharga sederhana.

Lihat betapa manis ayat mereka gunakan untuk memperdayakan mangsa dari dalam dan luar negara. Mangsa tanpa mengira kerakyatan, bangsa dan agama, kerugian.


... kerana sanggup mendepositkan jutaan ringgit ke dalam akaun warga tempatan, majoriti teman wanita warga Afrika terbabit. Wang itu lazimnya secepat mungkin akan dihantar terus menggunakan khidmat Western Union ke Nigeria.


Bukan warna kulit menjadi pertikaian tetapi niat mereka berada di negara ini terpesong. Dilaporkan pada setiap sambutan perayaan Krismas, penjenayah siber terbabit pulang ke negara asal sekaligus meraikan secara besar-besaran kejayaan mereka meraih laba secara haram di negara asing.

Hakikatnya, selama ini, kes jenayah seperti rompakan dan samun berlaku di Malaysia. Kerugian ditaksirkan berjumlah ratusan, ribuan dan jutaan ringit ditanggung oleh mangsa.

Namun tanpa kita sedari jenayah siber dikaitkan dengan sebilangan warga Nigeria membabitkan kerugian berbilion ringgit.

Lebih malang lagi, tubuh teman wanita mereka, majoriti berbangsa Melayu dan Cina turut diratah tanpa belas kasihan akibat dek pujuk rayu sehingga mampu menjanjikan bulan dan bintang. Setelah madu dihisap, sepah dibuang, begitu lumrahnya layanan mereka terhadap kekasih kemudian ditinggalkan kecewa.

Saya difahamkan, berikuta pendedahan dilakukan di blog ini dan hasil serbuan pihak polis tempoh hari telah menyebabkan ramai lelaki warga Nigeria lari terkincit ke lokasi lain.


Lelaki di atas dan teman wanitanya, berasal dari Sabah berusia lingkungan 28 tahun,  dilaporkan lari bak tidak cukup tanah.

Manakala lelaki berusia 31 tahun di bawah pula dikatakan telah pulang ke Nigeria selepas rumah didiaminya diserbu oleh pihak berkuasa.


Jika mereka tidak bersalah, mengapa harus melarikan diri? 

Terfikir, bagaimanakah dengan kuliah mereka di kolej dan universiti tempatan? Barangkali menghadiri kuliah bukan prioriti lagi pada ketika ini.

Lebih menarik, rumahnya diserbu 2 hari lalu, sehari kemudian dia mendakwa sudah kembali ke negara asal. Mungkin untuk bertemu orang tua dan adik-beradik di kampung halaman.


Hebat!

Let's drink to that.


Sila tekan butang 'share' di bawah untuk berkongsi kandungan entri ini di Facebook.


Share59

Thursday, December 29, 2011

Setiap Yang Bermula Pasti Akan Berakhir

Assalamu'alaikum wbt

Kita lihat dulu gambar-gambar di bawah yang ada kaitan dengan entri saya kali ini. Gambar-gambar ini dirakamkan pada 26 Ogos 2010 semasa majlis berbuka puasa anjuran Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka.

Masjid Selat (Masjid Terapung), Melaka
Selat Melaka dilihat dari dalam masjid
Tempat bersantai menikmati pemandangan Selat Melaka.
Kelihatan deretan kapal membawa barang dagangan membelah lautan.
Menunggu matahari terbenam



Setiap hari mentari akan terbit, apabila sampai waktunya ia akan melabuhkan tirainya di kaki langit
Namun kehidupan tetap diteruskan sehingga sampai waktu yang telah ditentukan.
Pemandangan Masjid Selat pada 17 Jun 2011 jam 9:12 mlm
...

Ini dia intisari entri pada hari ini.

There is a time to work and a time to retire.


Di kedai kopi, di pasar, di pejabat, di rumah, di perhentian bas, dalam surut khabar, dalam radio, dalam tv, dalam blog, dalam facebook dan sebagainya, kebanyakan rakyat Malaysia sekarang bercakap pasal usia wajib bersara bagi kakitangan kerajaan dilanjutkan dari 58 tahun kepada 60 tahun.

Namun pada tahun hadapan saya bercadang untuk bersara dari dunia pekerjaan. Ini merupakan satu keputusan yang agak sukar tetapi sudah menjadi sunnatullah, setiap yang bermula pasti akan berakhir.

Thursday, December 15, 2011

Doa Mohon Kebaikan dan Perlindungan Daripada Keburukan Masa Sekarang dan Akan Datang

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana membuka hati saya untuk membuat entri baru pada hari ini.

Betapa pada realitinya, kita sering berdoa kepada Allah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang kita hadapi pada masa sekarang. Sebagai contoh, jika salah seorang daripada ahli keluarga tidak sihat, maka kita menadah tangan berdoa kepada Allah SWT agar ahli keluarga tadi sembuh dsb. Namun kita jarang berdoa kepada Allah minta elakkan bahaya atau keburukan yang mungkin berlaku pada masa hadapan.

Baru-baru ini seorang rakan forumer telah upload doa ini dalam forum group Darussyifa'. Doa ini sering dibaca oleh Tuan Guru Ustaz Haron Din (TGUHD) pada akhir majlis zikir atau selepas solat. Jadi di sini saya kongsikan doa tersebut untuk manfaat kita bersama.

Terima kasih kepada rakan forumer group Darussyifa' dan juga kepada TGUHD.