Friday, November 11, 2011

Gambar Suasana Haji 2011 - Hari Tasyreeq Pertama 7 Nov 2011

Assalamu'alaikum wbt
...
Tanggal 11,12, dan 13 Dzulhijjah dikenali sebagai hari tasyreeq yang bermaksud hari menjemur daging-daging korban sebab ibadah korban masih diteruskan pada hari-hari tersebut. Pada ketiga-tiga hari tasyreeq para jemaah dituntut melakukan dua wajib haji iaitu bermalam di Mina dan melontar ketiga-tiga jamrah.
...
Para jemaah diberi kelonggaran untuk berada di Mina selama dua hari (tanggal 11 dan 12 Dzulhijjah) sambil melakukan wajib-wajib haji dan berzikir mengingati Allah SWT, dan selepas melontar ketiga-tiga jamraht pada 12 Dzulhijjah harus keluar dari bumi Mina sebelum terbenam matahari. Ini dipanggil nafar awal. Bagi jemaah yang ingin terus berada di Mina sehingga 13 Dzulhijjah, mereka perlu melontar ketiga-tiga jamrah pada 13 Dzulhijjah dan selepas itu kembali ke Makkah untuk melakukan tawaf ifadah. Ini dipanggil nafar thani.
...
Di bawah ini saya paparkan beberapa foto yang menggambarkan keadaan di Mina dan di kompleks jamarat bagi tatapan para pembaca. Perhatikan, jika pada tanggal 8, 9, dan 10 Dzulhijjah, para hujjaj mengenakan pakaian ihram berwarna putih, tetapi pada hari tasyreeq mereka telah mengenakan pakaian biasa yang berwarna warni. MasyaAllah, rindunya untuk ke sana sekali lagi. Ya Allah, Engkau jemputlah daku dan keluargaku sebagai tetamu-Mu sekali lagi untuk melakukan manasik-manasik haji dalam masa yang terdekat ini.
...







































Thursday, November 10, 2011

Gambar Suasana Haji 2011 - Melontar Jamrah Aqabah Pada Hari Raya Haji

Assalamu'alaikum wbt
...
Alhamdulillah, di saat saya menulis entri ini semua jemaah haji telah pun meninggalkan Mina dan sedang berada di Makkah untuk melakukan tawaf ifadah iaitu tawaf yang mengiringi haji. Sebahagian daripada jemaah mungkin sudah berangkat ke Madinah untuk menziarahi Nabi S.A.W., atau sebahagiannya pula sudah kembali ke tanah air masing-masing dengan membawa seribu kenangan. Semoga jiwa-jiwa yang sudah suci tersebut terus digilap agar sentiasa dapat menerima pancaran nur daripada Ilahi, insyaAllah.
..
Sesungguhnya ibadah haji itu menggamit umat Islam di seluruh dunia memberikan perhatian kepada peristiwa yang bersejarah tersebut. Di bawah ini saya paparkan suasana ketika melontar jamrah aqabah di Mina pada tanggal 10 Dzulhijjah 1432H (6 November 2011) yang lepas. Semoga gambar-gambar tersebut dapat membangkitkan nostalgia kepada para pembaca yang pernah melakukan ibadah yang sama pada masa lalu. Kesemua gambar ini saya kutip daripada Internet terutama daripada Arab News. Adalah diharapkan semoga gambar-gambar ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran suasana di jamrah aqabah kepada pembaca dan juga kepada bakal-bakal jemaah yang akan menunaikan fardhu haji di tahun-tahun yang akan datang, InsyaAllah.
...
1. Suasana Mina dan Persekitaran Jamarat










 











 2. Ada Yang Masih Belum Sampai



3. Tak Sempat Pungut Batu Di Mudzalifah


4. Jamrah Aqabah







5. Melontar Jamrah Aqabah
Batu Untuk Melontar







Dengan Nama Allah, Aku Rejam Para Syaitan


6. Aksi Dari Haji dan Hajjah Cilik










7. Bercukur Selepas Melontar









 8. Jemaah Yang Berkerusi Roda



 

 9. Syahdu





 10. Jemaah Lanjut Usia






11. Jemaah Yang Sakit



12. Keadaan Yang Sesak








13. Suasana Waktu Malam







13. Doa