Thursday, July 19, 2012

Gangguan Pesakit Di Bulan Ramadhan


 Rasulullah s.a.w bersabda :
“Apabila masuk bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu syaitan-syaitan” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dalam Faidh al-Bari ‘ala Sahih al-Bukhari oleh Sheikh Anwar al-Kashmiri 3/327 menyebut: Di sisi riwayat Tirmidzi iaitu yang dirantai ialah jin yang ganas. Justeru, tidak lazim bahawa dirantai keseluruhannya.


"Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang Kuat (giant)........." [Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa'i #2105]

Wednesday, July 18, 2012

Umrah 2011: Makkah Hari Ketujuh

Assalamu'alaikum wbt.

Ya, sudah sekian lama saya tidak mengemaskini blog ini, namun memori keberadaan di tanah suci tetap segar walaupun ia sudah lama berlalu. Apabila melihat semula gambar-gambar di skrin komputer, ia terus mengimbau kenangan manis semasa melakukan umrah pada tahun 2011 yang lepas.  Pada entri kali ini saya akan memaparkan gambar-gambar sekitar Masjidil Haram pada 12 Mei 2011.


Tawaf after Fajar Prayer
Selepas Subuh 12 Mei 2011 5:36 am
Melihat Kaabah
Seorang jemaah sedang menunggu masuk waktu maghrib
Puasa hari khamis di Masjidil Haram
Juadah untuk berbuka puasa 6:39pm
Tawaf after isya' prayer
Tawaf selepas solat isya' 8:47pm
Suasana di hadapan pintu King Fahd selepas solat isya'
Suasa sekitar pintu King Fahd selepas isya'
9:12pm
Jemaah pulang ke hotel penginapan di Misfalah 9:31pm
Restoran nasi mandi
Restoran nasi mandi




Hotel Abeer Garden
Hotel Abeer Garden 9:37pm

Thursday, July 5, 2012

Umrah 2011 Hari Ke-Enam: Aqiqah Adam Mukhlis Di Hotel Manazil Waleed

Makkah 11 Mei 2011. 


Assalamu'alaikum wbt.  Pagi ini saya pergi ke Pasar Ka'kiah bersama rakan blogger yang menetap di Makkah iaitu Tuan Haji Arshad untuk membeli kambing untuk aqiqah cucu lelaki saya iaitu Adam Mukhlis. Untuk membeli kambing di sini, pelanggan perlu bijak melakukan tawar menawar sebab di sini tidak digunakan tanda harga. Kami terpaksa menggunakan khidmat penduduk tempatan untuk melakukan proses tawar menawar tersebut.

Ka'kiah
Pasar Kambing Ka'kiah
Di bahagian belakang sana ditempatkan unta-unta untuk dijual


Takorani
Ini tukang sembelih kambing, keturunan Afrika
Pilih kambing dulu
Ini tukang sembelih harga
Penjual gembira setelah berjaya menjual kambing dengan harga yang  tidak berpatutan.
Rumput-rumput diletak di atas kandang
Gaya peniaga menunggu pelanggan
Setelah harga dipersetujui, kambing-kambing tersebut dibawa ke rumah penyembelihan yang terletak di seberang jalan. Ternyata kebanyakan tukang sembelih terdiri daripada keturuan Afrika yang dikenali sebagai Takorani. Kesemua tukang sembelih memakai pakaian bewarna merah.

Bangunan sebelah kiri - pusat penyembelihan
Rumah sembelih
Makkah - sembelih kambing



Tak tahu apa yang dibisikkan.



Yang berjubah putih - warga Makkah yang membantu kami membeli kambing di sini
Yang berjubah hitam -- jeng, jeng jeng...
Tukang sembelih dengan bag plastik merah, ... jeng, jeng, jeng
Jeng, jeng, jeng
Jeng, jeng, jeng
Pakcik Takorani, janganlah pandang saya macam tu. Saya bukan tak nak kasi pakcik daging tu, tetapi ini bukan kambing dam, ini untuk majlis aqiqah cucu saya malam ini. Pakcik janganlah bersedih yer. Nanti adalah habuan pakcik tu. Sabar yer pakcik.

Tiba-tiba ... Jeng, jeng, jeng. Dari mana pula si Ghulam ni? Tengok mata dia,  dia sudah nampak itu kambing daa.

Lagi canggih. Jeng, jeng, jeng ...
Upah sembelih kambing sebenarnya telah termasuk dalam harga tawar-menawar sebelum ini. Namun, kebanyakan tukang sembelih akan meminta sedikit daging sekiranya kambing yang disembelih ialah kambing orang bayar dam. Ini jelas jika kita perhatikan dalam gambar-gambar di atas, kebanyakan tukang sembelih turut membawa bag-bag plastik untuk diisi dengan daging dam. Di samping itu, orang-orang tua juga datang ke pasar ini untuk mendapatkan simpati daripada pembeli.  Namun, yang tercanggih sekali ialah budak yang membawa troli di atas. Dia datang dengan menolak troli, dan tanpa segan silu, terus minta kambing yang disembelih. Mak aii, bukannya minta sikit-sikit. Pakai troli tu. Hahaha.

Seterusnya kami terus menghantar daging kambing ke sebuah Kitchen yang menawarkan perkhidmatan memasak. Saya dah lupa nama dan lokasi kitchen tersebut. Anyway kami minta kitchen tersebut menyediakan masakan nasi mandey kambing untuk majlis jamuan malam nanti di hotel Haji Arshad. Malamnya, selepas Isya' majlis jamuan aqiqah di adakan di Hotel Manazil Waleed, Ajiyad. Antara tetamu yang hadir pada malam tersebut ialah pelajar-pelajar pondok Ajiyad, serta pekerja-pekerja Malaysia yang tinggal di Makkah.

Di sini, saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Haji Arshad kerana sudi merealisasikan hajat saya mengadakan kenduri aqiqah cucu sulung lelaki saya di Makkah. Semoga jasa baik beliau mendapat ganjaran daripada Allah SWT.


Gambar-gambar di bawah ini diambil daripada blog Tn Haji Arshad.











Dalam perjalanan ke Hotel Abeer Garden, saya rakamkan gambar-gambar di bawah sebagai kenang-kenangan. Di luar jangkaan, setahun kemudian (16-27 Jun 2012), saya kembali sekali lagi ke sini, yang mana jambatan di sebelah kanan gambar menjadi laluan saya setiap hari menuju Haram.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang telah melimpahkan nikmat yang tidak terhingga, sama ada saya sedari ataupun tidak sedari. Selawat dan salam diucapkan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. Segala yang baik itu daripada Allah SWT dan segala kekurangan adalah merupakan kelemahan diri saya sendiri.