Thursday, April 5, 2012

Umrah 2011: Madinah - Hari Kedua - Rabu - 4 Mei 11 - Ziarah Luar - Ladang Kurma

Assalamu'alaikum wbt

Selepas menziarahi Masjid Quba', kami dibawa ke ladang kurma berhampiran dengan Masjid Quba'.  Pohon-pohon kurma di sini ternyata baru mengeluarkan buah yang berwarna hijau seolah-olah seperti permata jade atau zamrud. Buah-buah kurma tersebut dijangka masak pada musim panas iaitu sekitar Ogos atau September.

Di sini terdapat sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis kurma dan coklat. Para jemaah berebut-rebut membeli kurma dan coklat untuk dijadikan buah tangan kepada saudara mara dan sahabat handai di kampung halaman. Harga kurma di sini agak mahal atas alasan kurma tersebut fresh daripada ladang. Tetapi pada kenyataannya, pohon kurma baru berputik / berbuah hijau.

Jadi persoalannya, dari mana datangnya kurma yang dikatakan fresh tadi? Mutawif pengiring memberitahu jika kurma tersebut masih segar, maka ia diimport daripada Iran, India dsb. Sekiranya flesh kurma sudah kering dan kecut maka itu mungkin saki baki kurma pada musim yang lepas. So berhati-hatilah ketika membeli kurma di Madinah di luar musim.

Murawif juga memberitahu bahawa kurma yang terbaik ialah kurma ajwa (kurma Nabi) yang berasal daripada Awali, iaitu suatu kawasan yang berhampiran dengan Quba'. Kurma ajwa Awali ini berasal daripada 3 biji kurma ajwa yang dimakan oleh Rasulullah S.A.W. dan kemudian biji benih tersebut ditanam di kawasan Awali. Biji-biji benih ajwa Awali ini kemudiannya ditanam di tempat-tempat lain di Madinah dan juga di Iraq, Iran, India dan sebagainya. Justeru untuk mendapatkan khasiat kurma yang terbaik, maka usahakan memakan kurma Ajwa yang ditanam di kawasan Awali.




Kurma Ajwa yang fleshnya masih segar. Besar kemungkinan kurma ini dimport daripada luar Madinah.
Harga SR60-90 sekilogram.

Gelagat pembantu kedai yang berasal daripada Indonesia

Monday, April 2, 2012

Umrah 2011: Madinah - Hari Kedua - Rabu - 4 Mei 11 - Ziarah Luar - Masjid Quba'

Assalamu'alaikum wbt

Pada kebiasaannya, jemaah umrah akan berada di Madinah selama tiga hari. Pada hari kedua, kami dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Madinah bagi mengingati kegigihan dan pahit getir perjuangan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat untuk menegakkan syiar Islam di Madinah dan seterusnya berkembang ke seluruh dunia.

Para jemaah diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 6.30 pagi sebab program ziarah luaran ini perlu tamat sebelum pukul 12.00 tengah hari bagi membolehkan jemaah solat zohor berjemaah di Masjid Nabawi.  Para jemaah dinasihatkan agar mandi dan berwudhu' terlebih dahulu sebelum mengikuti program ziarah luaran ini.

Lokasi pertama yang dituju ialah Masjid Quba'. Masjid Quba' merupakan masjid yang pertama dibina di zaman Islam. Quba' merupakan tempat persinggahan Nabi S.A.W. semasa berhijrah ke Madinah. Masjid Quba' menduduki tempat ke-empat dalam senarai masjid yang paling suci dalam Islam,iaitu selepas Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil al-Aqsa.

Rasulullah S.A.W. sangat gemar mengunjungi Masjid Quba' dan solat sunat di situ. Sabda Nabi Saws.jpg: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414)

Masjid Quba'
Foto Credit: mahfuz1961 www.panoramio.com/photo/10561639
Masjid Quba' di waktu malam
Sumber: Internet
Perjalanan menuju Masjid Quba' melintasi perkuburan Baqi'

Juga melalui Masjid Saidina Uthman
Tiba di Masjid Quba'
Kawasan parkir yang luas
Tangga menuju dewan solat
Para jemaah sedang solat sunat tahiyyatul masjid dan solat dhuha 
Ada yang mengambil gambar kenang-kenangan

Rumah penduduk

Umrah 2011: Madinah - Hari Pertama - Selasa - 3 Mei 11 - Ziarah Dalaman dan Jannatul Baqi'

Assalamu'alaikum wbt

Apabila berada di Madinah, maka kesempatan yang ada digunakan untuk menziarahi Rasulullah S.A.W. dan juga menziarahi dua orang sahabat agung baginda iaitu Abu Bakr dan Umar Radhiallahu anhuma, serta menziarahi para sahabat Radiallahu anhum yang disemadikan di Jannatul Baqi'.

Maqam Rasulullah S.A.W. berada bertepatan di bawah kubah hijau yang menjadi mercu tanda Masjid Nabawi. Dahulunya ia merupakan rumah Saidatina A'aisah r.a. Kedudukan maqam Rasulullah S.A.W. adalah berhampiran dengan pintu Baqi' di sisi timur Masjid Nabawi



Bab as-Salam

Pada kebiasaannya, untuk menziarahi Nabi S.A.W. para jemaah lelaki akan memasuki masjid melalui pintu as-Salam  (babussalam). Pintu ini terletak di sisi kanan (sebelah barat) masjid Nabawi dan ia bersetentangan dengan pintu Baqi'.

Para jemaah akan mengatur langkah dengan penuh sopan sambil membaca doa ketika memasuki masjid.  Setelah melakukan solat tahiyyatul masjid, jemaah erjalan terus ke hadapan, melintasi raudhah dan kemudian berhenti di hadapan maqam Rasulullah S.A.W. sambil mengucapkan salam dan berselawat ke atas baginda. Kemudian bergerak 2-3 langkah ke hadapan mengucapkan salam kepada Saidina Abu Bakr r.a. Selanjutnya bergerak beberapa langkah ke hadapan mengucapkan salam kepada Saidina Umar r.a. Di sini para jemaah tidak dibenarkan berdiri terlalu lama sebab akan menghalang pergerakan jemaah yang lain. 

Jika ada kesempatan dan ruang, para jemaah boleh berpatah balik dan duduk di belakang tiang antara ruang pejalan kaki dan dinding masjid untuk berselawat dan berdoa dengan lebih lama. Namun para pegawai masjid sentiasa mengawasi kawasan tersebut, dan peluang tersebut jarang kedapatan kecuali pada waktu-waktu tertentu sahaja (sekiranya Allah menghendaki).

Selepas menziarahi Rasulullah S.A.W., para jemaah akan di arah keluar melalui pintu Baqi' dan dibawa terus ke perkuburan Baqi' yang terletak lebih kurang 50 meter daripada situ untuk menziarahi para sahabat Rasulullah S.A.W. yang berjumlah lebih kurang 10,000 orang yang disemadikan di situ.  

Pelan Perkuburan Baqi'

Tempat Persemadian Saidina Uthman
Jenazah sedang dikebumikan
Maqam Ahlil Bait
Maqm Anak-anak perempuan Rasulullah
Maqam Aqil bin Abdullah
Maqam Imam Malik
Maqam Ibrahim bin Rasulullah
Maqam Isteri-Isteri Rasulullah S.A.W.
Maqam Syuhada' Hurrah
Program ziarah dalaman berakhir di sini. Sebahagian jemaah balik ke hotel dan sebahagian lagi sambung program ziarah ke kedai-kedai berhampiran dengan masjid Nabawi. He he he, ikut cita rasa sendirilah kan.  Bagi yang ingin lebih lama berada di kawsan raudah, adalah disarankan berbuat demikian pada hari pertama berada di Madinah ini sebab pada hari kedua, jemaah akan dibawa untuk ziarah luar, dan pada hari ketiga (tengah hari), jemaah sudah bertolak ke Makkah.