Monday, January 2, 2012

Aktiviti Awal Tahun 2012

Assalamu'alaikum wbt

Sedang membelek-belek surat khabar ternampak iklan berikut:


Akibatnya jam 3.00 ptg kami berada di Astana Moda iaitu cawangan Jakel di Melaka.

Macam-macam ada hingga rambang mata
Tarikan Lelong 

Harga asal RM299.00 untuk 3.5 meter, potongan harga 47% Jadi harga runtuh ialah RM159.00
Pilih, pilih jangan tak pilih
Ketika datang tak bawa apa-apa - cuma bawa duit sahaja.
Ketika balik, bawa lima (5) item. Ala emak habis duit aku.

Sunday, January 1, 2012

Bagaimana Cara Kita Menyambut Kedatangan Tahun Baru

Assalamu'alaikum wbt.

Melayari laman BERNAMA sebentar tadi, maka inilah fakta yang dapat dikumpulkan bagi menyambut kedatangan tahun 2012.

Cara sambutan
:
Dengan berpesta-pestaan antaranya ialah pesta membakar langit dengan bunga api, konsert artis terkenal, tarian memukau, persembahan papa rock dsb.

Bilangan pengunjung
:
50,000 (Dataran Merdeka), 50,000 (KLCC), Puluhan Ribu (Bukit Bintang)

Penganjur
:
Agensi kerajaan seperti Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, DBKL. Pak Menteri turut hadir
Kos
:
$$$$$$$

إِنَّ هَٰؤُلَاءِ يُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ وَيَذَرُونَ وَرَاءَهُمْ يَوْمًا ثَقِيلً
Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa). 

Yang sedihnya, berapa ramai yang berkunjung ke masjid-masjid, surau-surau, musolla dan sebagainya?

Jemaah Surau Taman Dimensi sedang solat Isya' 31/12/2011

Tahun Baru 2012

Assalamu'alaimum wbt

Setiap hari bulan mengelilingi bumi, bumi mengelillingi matahari, dan matahari mengelilingi orbitnya dalam milky way. Justeru mengikut perkiraan masa, hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun.

Jalan Dimensi 13, Taman Dimensi 31/12/2011 jam 6.43 ptg
Jalan Dimensi 13, Taman Dimensi 31/12/2011 jam 7.21 mlm
Jalan Dimensi 13, Taman Dimensi 1 Januari 2012 jam 9.29 pagi
Dan pada hari ini secara rasminya kita berada dalam tahun baru iaitu tahun 2012 mengikut kiraan miladiah. Ini bermakna usia dunia dan usia kita telah susut satu tahun. Kita patut bersyukur kepada Allah SWT yang telah melanjutkan usia kita hingga ke saat ini. Justeru dengan itu kita masih dapat menyedut udara di hari ini, dapat mendengar kicauan burung, dapat menikmati keindahan alam dan sebagainya. Yang paling penting dari kesemua itu ialah kita masih berpeluang untuk melafazkan istighfar, tasbih dan tahmid kepada-Nya. Kita masih dapat menunaikan suruhan-Nya dan meninggalkan apa yang ditegah oleh Allah SWT. Syukur ya Allah atas segala nikmat kurniaan-Mu. Seharusnya Firman Allah SWT dalam surah al-Insan ayat 25-27 (dan keseluruhan al-Quran) menjadi panduan kita.

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
وَمِنَ اللَّيْلِ فَاسْجُدْ لَهُ وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا
إِنَّ هَٰؤُلَاءِ يُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ وَيَذَرُونَ وَرَاءَهُمْ يَوْمًا ثَقِيلً

Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang; 
...
Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam. 

Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).