Friday, May 2, 2014

Umrah Disember 2013: Intro

Assalamu'alaikum wbt.

Laman Masjidil Haram pada 29 Dis 2013

Masjid Nabawi berlatarkan Jabal Uhud
(Sumber: al-Miskeenah.com)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, yang telah melimpahkan berbagai-bagai nikmat yang tidak terhitung sama ada dalam bentuk kesihatan, ketenangan fikiran, kelapangan masa, turun naiknya nafas, limpahan idea, kemerduan suara unggas yang menemani daku pada ketika ini, motivasi diri yang mula meningkat, dan berbagai-bagai lagi nikmat yang tidak dapat aku perincikan setiap satunya di sini, maka pada hari ini 1 Rejab 1435H aku mula mengemas kini blog 'Hidup Biar Allah Sayang' (HBAS) yang hampir empat bulan terbiar tanpa sebarang entri.

Mungkin para pembaca dan pengikut blog HBAS tertanya-tanya kemana saya menghilang selama ini? Ada dua sebab utama kenapa saya tidak update blog iaitu (1) Notebook saya rosak - dan masih belum dibaiki lagi sehingga sekarang, dan (2) saya mengalami sakit pinggang yang teramat sangat - besar kemungkinan slip disc - yang mana saya tidak boleh duduk terlalu lama, apatah lagi untuk berdiri dan berjalan jarak melebihi 80 meter.

Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini kesihatan saya bertambah baik. Justeru itu pada hari ini, berbekalkan semangat bulan Rejab yang mulia ini, saya mencapai Galaxy Note II untuk membuat entri yang serius bagi tahun 2014 ini. Semoga semangat dan motivasi diri yang tinggi akan terus berkekalan, amin.

Saya sudah lama menyimpan cita-cita untuk melaksanakan umrah pada musim sejuk yang saya kira lebih selesa berbanding mengerjakan umrah pada musim panas.  Musim sejuk di Arab Saudi kebiasaannya ialah pada bulan Disember hingga bulan Mac setiap tahun.

Memandangkan musim haji bagi tahun 1434H ialah pada bulan Oktober, dan tahun baru hijriah 1435 (1 Muharram) jatuh pada 5 Nov 2013, maka saya jangkakan visa umrah musim 1435H akan mula dibuka pada 4 Disember 2013 iaitu pada 1 Safar 1435H. Secara kebetulan, tarikh tersebut merupakan permulaan musim sejuk di Arab Saudi.

Justeru saya mula merancang trip umrah Dis 2013 pada penghujung bulan Ogos. Antara faktor-faktor yang diambil kira ialah (1) kelulusan cuti anak yang turut pergi bersama-sama saya, (2) cuti pertengahan semester anak yang sedang menuntut di UTHM (yang akan tinggal di rumah semasa kami mengerjakan umrah nanti) dan (3) penerbangan terus ke Madinah. Oleh yang demikian saya memilih tarikh 23 Dis 2013 - 3 Jan 2014.

Pada kali ini saya akan diiringi oleh isteri, dua orang anak, seorang menantu dan seorang cucu. Jadi setelah confirm tarikh, saya mula merisik beberapa buah Travel Agent untuk membuat perbandingan harga, jarak hotel ke Masjidil Haram, dan juga ketersedian kapalterbang.

Pada mulanya saya bercadang untuk mendapatkan perkhidmatan RAYHAR sebab syarikat ini menempatkan jemaah di Hotel al MASSA, atau di Hotel al Qamar yang kedudukannya sangat dekat dengan Masjidil Haram. Di samping itu syarikat ini terkenal dengan perkhidmatan yang cemerlang. Saya telah mengenali syarikat ini sejak dari tahun 2007 lagi, namun website Rayhar tidak dikemaskini dan masih memaparkan maklumat lama iaitu maklumat umrah bagi tahun 2013.

Pada masa yang sama saya mendapat tahu Andalusia telah membuka cawangan baru di Bandar Baru Bangi (BBB) dan menawarkan bag percuma dengan design yang cantik kepada jemaah yang mendaftar di sana. Oleh sebab maklumat daripada Rayhar tidak diperolehi maka saya mengambil keputusan untuk mendaftar dengan Andalusia BBB. Sekurang-kurangnya saya tidak perlu membeli bag yang baru.

Andalusia menawarkan tiga buah hotel yang mana dua daripadanya (Hotel Hira' dan Nada al Khalil ) terletak 690 meter daripada Masjidil Haram dan satu lagi ialah Hotel Hilton yang hanya berjarak sejauh 50 meter daripada Masjidil Haram.

Pada awal September, seorang rakan berserta 3 ahli keluarganya ingin mengikuti kumpulan umrah saya. Jadi pada 4 September kami mendaftar di Andalusia BBB (seramai 10 orang). Kami mendapat tahu sekiranya kami dapat mengumpul seramai 20 orang dan membuat pembayaran dalam satu resit maka Andalusia akan memberikan satu seat percuma kepada ketua rombongan.

Memandangkan pada masa itu masih terdapat 30 seat yang kosong untuk penerbangan terus ke Madinah dengan Saudi Airlines, maka saya membuat suatu entri di dalam blog mempelawa pembaca untuk sama-sama melaksanakan umrah pada 23/12/13 - 3/1/14. Klik sini .

Terdapat beberapa respon daripada pembaca tetapi malangnya kesemua 30 seat telah habis dijual dalam beberapa hari sahaja dan terdapat seramai 21 orang dalam senarai menunggu untuk flight yang sama. Apa yang dapat saya simpulkan di sini, penerbangan terus ke Madinah adalah sangat popular terutama pada musim cuti sekolah.  Justeru kita perlu membuat tempahan 3-4 bulan lebih awal.  Saya sendiri sekiranya terlewat mendaftar dua tiga hari, ada kemungkinan tidak mendapat seat.

Di bawah ini saya paparkan beberapa gambar sebagai pembuka tirai entri umrah 2013. Semoga bertemu lagi dalam entri yang berikutnya.

Proses check-in sedang dilakukan
oleh petugas Andalusia

Sedang kyusuk mendengar taklimat

Pintu utama Masjid Nabawi

Raudhah

Raudhah sedang dibersihkan

Menanti di pinggir Raudhah.
Waktu ni baru sampai Madinah.

Di hadapan masjid Quba'

Jemaah Tiram sedang diberi taklimat
Mereka bernasib baik sebab sekumpulan
besar jemaah Tiram masih terkandas di Malaysia.

Keadaan di luar masjid Nabawi 
selepas solat isya'

Masjidil haram

Tidak sabar untuk tawaf. 
Jom langkah panjang-panjang

Salah seorang kanak-kanak yang 
melayan jemaah semasa berbuka
di Madjidil Haram

Lagi petugas iftar

Tuan Haji Arshad bersama dengan dermawan yang menyediakan jamuan
untuk iftar di Masjidil Haram, tepatnya
di bawah mataf baru bersetentang dengan 
pintu kaabah.

Jemaah wanita dari Malaysia seronok 
tenguk kanak-kanak layan jemaah iftar.
Masa ini selepas solat maghrib. Kalau
sebelum solat maghrib wanita tidak
dibenarkan berada di sini.

Pasangan ini turut teruja untuk 
tumpang iftar.

Bergambar dengan Tn Haji Arshad di D'Saji

Suasana di Hijrah Street yang sentiasa
sibuk sebab ia merupakan laluan utama
ke hotel budget di Misfalah. Jalan ini 
terketak antara kompleks Hiton dan kompleks Zam-Zam

Ok cepat mengaku, sedara siapa ni?

7 comments:

  1. Assalamualaikum
    Seronok tengok gambar2 post dari Tuan Haji. Teringat dan rindu saat2 mengerjakan haji 2013 yg lepas..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Tn Hj, mmg kami nanti2kan penulisan Tn Hj dlm blog, sbb di facebook sukar utk dlm bentuk gaya penceritaan & rencana, skdr gambar dan reply drp rkn2 shj

    Teruskan usaha, kalau boleh bior gambar tu besor sikit, x puas tengok Mekah berkali-kali dan kami doakan agar Tn Hj terus sihat utk meneruskan ilmu berguna ini kpd semua

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tn Hj,

    Baru berkesempatan untuk membuka Blog Tn Hj, setelah lama tidak Update ........ amat menarik akan N3 kali ini yang mengimbau kembali kenangan semasa berada di Tanah Suci Mekah/Madinah...

    Semuga Tn Hj sembuh drpd sakit pinggang yang berkemungkinan SLIP DISC .....dan alhamdullilah bagi diri saya yang mengalami SLIP DISC semenjak Nov 2012 kini telah nampak akan perubahan tanpa menjalani pembedahan spt yang disarankan oleh Dr. Pakar ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semoga tuan sembuh daripada sakit tersebut.

      Pagi tadi saya cuba kaedah CERAGEM - mesin/katil urut guna kaedah urutan tradisional Korea. Alhamdulillah ada perubahan positif. Esok nak repeat treatment. Free jer, tak perlu bayar sbb dia nak promote mesin/katil tsbt yg harganya RM12K++.

      Delete
  4. I really appriciate for this post above you shared for all of us. But performing Hajj is very costly today. Because Hajj packages and Ummrah packages are costly now a days. But I have seen that Eiman Travels are provided cheapest rate for hajj and ummrah. It will be faithful journey for all of you. I had done my journey of Ummrah recently. Then i will suggest you this travel agency. Please visit this page http://www.eimantravels.co.uk

    ReplyDelete
  5. Umrah Experts UK is a prime travel agency all over the United Kingdom and provides the low-cost and luxurious Hajj and Umrah Packages 2019 for the Muslim Ummah of London, Manchester, Birmingham, and Bradford.

    ReplyDelete
  6. After study a few of the blog posts on your website now, and I truly like your way of blogging. I bookmarked it to my bookmark website list and will be checking back soon. Pls check out my web site as well and let me know what you think.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.