Hidup Biar Allah Sayang

Panduan Umrah

Sunday, October 12, 2014

Melaksanakan Haji Secara Percuma: Kisah 1 - Saudara Saiful Nang

Assalamu’alaikum wbt

Alhamdulillah, bertemu kembali selepas sekian lama saya menyepi dari dunia berbelog.  Kesihatan yang terganggu membuatkan mood untuk berbelog merudum seperti merudumnya harga getah sekarang ini yang menyebabkan para NGO (Noreh Getah Orang) di Baling Kedah hanya meraih pendapatan sekitar RM200-RM300 sebulan.  Ironinya pada masa yang sama elaun Ahli Parlimen akan dinaikkan sekali ganda iaitu daripada Gred 54 kepada Gred Jusa C (daripada RM6500 kepada RM12000) mulai Januari 2015.

Sementelah kita masih lagi dalam bulan Zulhijjah 1435H walaupun beberapa penerbangan KT Jemaah haji Malaysia telah selamat sampai ke Malaysia  (latest KT04 telah selamat sampai malam tadi 12/10/2014), sukacita saya tempelkan di sini suatu kisah pengorbanan seorang anak yang menaja pembiayaan umrah kedua orang tuanya (walaupun terdahulu daripada itu dia telah merancang untuk melaksanakan umrah untuk dirinya sendiri) telah membuahkan natijah yang sungguh mengkagumkan. Benarlah janji Allah SWT iaitu DIA akan memberi ganjaran yang berlipat kali ganda (sehingga 700 kali ganda) bagi setiap kebajikan yang kita lakukan dengan ikhlas.


مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

(Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya) – al Baqarah:261


Ya para pembaca sekelian. Anak yang bertuah tersebut ialah saudara Saiful Nang yang telah mengerjakan umrah dan haji secara percuma pada tahun 2013 yang lepas. Bacalah kisah beliau yang saya ceduk sepenuhnya daripada facebook beliau sendiri agar ia memberi dorongan / motivasi bagi kita untuk melakukan kebajikan semata-mata kerana Allah SWT. Amin




Radhiah Mardhiah
Budox Kechex
Ridzuan Rashid
Azizan Sharifah Naziah
Mohamad Najmi
Eddy Qibran
Azim Ashaary
Azmin Muhammad
Carlos Joe

Saiful Nang
KISAH HAJI FREE SAIFUL NANG

Tahun lepas saya pergi haji FREE. Tapi saya nak cerita bagaimana haji Free itu Allah berikan kepada saya sebagai satu hadiah.

Pertengahan tahun 2012 semasa saya merancang untuk menunaikan umrah, pada ketika itu ayah saya menyuarakan hasrat untuk menunaikan umrah. Lalu, saya serahkan apa yang saya ada untuk dahulukan ayah saya dan ibu tiri saya untuk pergi dahulu. Saya tidak terasa sedih atau menyesalpun dan dalam hati saya meyakini Allah punya cara lain untuk membalasnya.

Selang beberapa bulan pada awal 2013 (tahun lalu) saya ditawarkan oleh sepasang pengantin dari Sarawak untuk mengambil foto mereka bernikah di Masjidilharam. Tanpa menoleh saya jawab "YES" saya mahukannya. Bukan sekadar saya dapat umrah bersama mereka secara percuma, malah perkhidmatan saya tetap mereka bayar seperti biasa tanpa ada kekurangan sedikitpun termasuk yuran tugasan luar negara selama 11 hari.

Satu balas satu. Allah beri lebih lagi. Dapatlah saya umrah FREE.

Semasa di Mekah dan Madinah, saya sangat terharu dan saya fikir ramai anak-anak saya di Rumah Pengasih Warga Prihatin dan juga golongan asnaf kurang berkemampuan patut pergi ke tanah suci juga. Lalu pada ketika itu saya menemui ilham untuk menjual foto-foto saya. Hasil jualan itu adalah untuk menghantar mereka yang kurang berkemampuan ini untuk mengerjakan umrah.

Dari bulan May 2013 - Sept 2013 saya bergiat untuk menjual foto-foto indah dari Tanah Haram untuk mereka yang meminatinya. Pada ketika itu jualan yang diperolehi tidaklah banyak sangat. Saya anggap projek itu hanya mencapai 5/10 sasarannya. Namun saya tetap berusaha juga dengan melaburkan sejumlah modal untuk pembangunan galeri dan mesin percetakan yang lebih baik dengan harapan ia akan berubah menjadi lebih baik dari segi jualan.

Kita merancang Allah yang tentukan...

Sep 2013 saya mendapat panggilan dari Tabung Haji Travel semasa saya di Albany, Australia dengan panggilan singkat menawarkan

"Tuan Saiful Nang, minat nak pergi haji dengan kami tak? haji jadi fotografer kami...dan semuanya kami beri pecuma dan kami bayar token perkhidmatan".

Meluru TANPA fikir panjang saya jawab "YES". Sebenarnya pada tahun 2007 saya pernah ditelefon oleh syarikat yang sama menawarkan tawaran yang sama, tetapi notis pendek dan ketika itu saya di Melbourne untuk satu tugasan percetakan album Tuanku Sultan Brunei. Pada ketika itu saya diuji, untuk jawab seruan Allah ataupun uruskan kerja. Mungkin pada ketika itu, hati tidak cukup terpana dengan panggilan itu. Lalu saya hanya berikan alasan "Saya tiada di Malaysia sekarang".

Tawaran Sep 2013 tahun lalu memang tidak saya fikir banyak sekalipun saya perlu ambil tiket balik serta merta. Namun bila jawapan diberikan "Ya", Allah juga tidak zalim dan saya diberitahu untuk habiskan urusan di Australia dan sekembali ke KL terus berjumpa mereka untuk urusan dokumentasi.

Saya tidak pernah ada buku simpanan tabung haji tetapi saya dapat pergi haji atas panggilan Allah. Itulah hadiah yang saya dapati. Sekalipun saya menjadi petugas biasa, tetapi menjadi petugas bukanlah satu perkara mudah. Kita bukan sekadar membantu diri sendiri tetapi membantu orang lain mengerjakan haji juga.

Saya tidak bayar 1 sen pun untuk pergi mengerjakan haji tetapi saya berada dalam kelas pakej tertinggi dan mampu makan apa yang mereka makan juga tidur di tempat mereka tidur (cuma mereka tidur 2 orang sebilik, kita pakat tidur 11 orang 1 bilik), naik kenderaan yang mereka naiki. Sudahlah dapat haji FREE, dapat lompat pakej Almaas, Zamrud, Topaz, Nilam dan Aked. Mana selera nak singgah...singgah sahaja mana-mana antara pakej tu. Tapi kena kerja ambil gambar kan?? Heheheh...kalau tiada orang upah saya ambil gambar pun saya tetap ambil gambar. Jadi rasa macam tak ada komitmen sangat lah kecuali kena ikut jadual jemaah mengikut pakej yang saya ditugaskan 

Kalau tak pun...saya kena ikut jadual pakej juga kan?

Sama sahaja 

Kedudukan saya di situ membolehkan saya pergi dari atas ke bawah. Orang dari bawah dihalang untuk merasai apa yang di atas tetapi dengan jaket Tabung Haji, saya sering menziarahi penginapan jemaah haji muassasah dan sering juga terhibur berkongsi makanan dalam tray yang sama dengan jemaah yang sakit sambil menyuapkan mereka. Saya juga sering ambil kesempatan untuk melepak di bawah kolong menara jam yang megah itu di tempat jemaah haji India dan Pakistan melabuh rehat sementara menunggu masuk waktu yang lain.

Ia membuka mata saya kepada dunia atas dan dunia bawah. Saya dapat lihat selonggok daging steak yang diambil dan dijamah sesuap kemudian ditinggalkan. Saya juga merasa melihat, sisa makanan kelas atasan menjadi makanan marhaen di bawah kolong hotel 5 bintang dalam satu rantaian makanan yang menampar muka saya untuk tidak sesekali membazir dan bermewah-mewahan dalam urusan makan.

Pada hari akhir, saya mengucapkan terima kasih kepada salah seorang petugas Tabung Haji Travel di Jeddah semasa saya berangkat pulang dengan KT65, saya katakan kepada beliau "Terima kasih kerana beri peluang saya pergi haji FREE".

Beliau menjawab "Pakej haji kamu telah dibayar awal tahun ini semasa kamu membantu mencukupkan bajet orang lain menunaikan umrah dengan hasil jualan foto kamu atau mungkin lebih awal lagi dari itu...Allah tak pernah beri haji percuma TANPA PENGORBANAN".

Dalam kapal terbang....aku memandang ke langit kosong dan menyaksikan kalimah kebesaran Allah itu ada dimana-mana di antara langit dan bumi. Mengapalah aku tak nampak dari dulu lagi. Kenapalah aku bodoh sangat berfikir rezeki itu aku dapat kalau aku kerja semata-mata dan menabung...sedangkan pada Allah semua yang aku dapat itu mudah sangat untuk Dia jadikan (sambil menghantuk-hantuk manja kepala ke tingkap kapal terbang).

SAIFUL NANG
Catatan Haji 1434H
Posted by Mohd Saad Hamid at 11:15 AM 7 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Haji Percuma

Monday, June 9, 2014

Jemaah Umrah 'Pakej Redha' RM3700

Semangat mereka berkobar-kobar.

Seronok sebab dapat melaksanakan umrah dengan kos yang murah iaitu hanya RM3700 sahaja berbanding RM5000++ yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat lain. Rasa sangat bertuah dan beruntung kerana impian terlaksana.  Mereka diberitahu ada dermawan Arab yang bermurah hati untuk sponsor lebihan kos.

Pakej ini TA mereka namakan 'Pakej Redha'. Memang tepat sekali pemilihan nama pakej ini atas sebab-sebab berikut:

1.  Pemergian kerap tertangguh 4-5 kali sebelum berangkat walaupun bayaran penuh telah lama dijelaskan.

2. Berita untuk berangkat ke Makkah / Madinah dapat tahu pada saat-saat akhir. Kadang-kadang 1 hari sebelum berangkat.

3.  Apabila jemaah telah sampai di airport (KLIA, , LCCT, Bayan Lepas) - ada kalanya jemaah baru diberitahu bahawa visa mereka tidak lulus.

4.  Jemaah juga kena redha kalau panggilan telefon ke pejabat TA tidak diangkat.

5.  Di Makkah, jemaah ada kemungkinan tidak mendapat bimbingan yang sewajarnya sebab TA kekurangan mutawwif.

Jadi maknanya, jemaah yang teruja untuk mengambil Pakej Redha ini tidak boleh demand banyak-banyak. Jemaah perlu bersedia dengan segala risiko. Kalau dapat pergi umrah, alhamdulillah. Kalau tertangguh, perlu bersabar dan redha.

Masing-masing gembira sebab 
berkat bersabar, akhirnya sebentar lagi
akan berangkat ke Jeddah.
(21 Mei 2014)

Jemaah Pakej Redha sedang menerima 
Passport daripada wakil TA di KLIA
(21 Mei 2014)

Syukurlah akhirnya dapat juga pergi
selepas 2-3 kali tertangguh

Pepatah Melayu ada mengatakan, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Pada 1 Jun 2014 heboh satu Malaya berita jemaah Malaysia terkandas di Madinah sehingga PM Dato' Najib mengarahkan Dato' Azeez supaya membawa balik jemaah Pakej Redha ini ke Malaysia. Kos untuk membawa pulang jemaah ini hampir mencecah RM300,000. Untungnya mereka - dapat melaksanakan umrah dgn kos yg murah dan mendapat perhatian VIP.

Untuk keterangan lanjut boleh baca SINI dan SINI



So, kena redho nooo. Jangan marah-marah kat TA tu, anyway umrah pun dah selesai.


Posted by Mohd Saad Hamid at 10:21 AM 8 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, June 5, 2014

Suasana Tenang Di Masjid Nabawi

Assalamu'alikum wbt

Suasana tenang di Masjid Nabawi.


 12 April 2013 - Tenang

11 Dis 2012 

Iktikaf dalam suasana yang tenang
Foto kredit: noushad akambadam

Posted by Mohd Saad Hamid at 3:31 PM 4 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, May 2, 2014

Umrah Disember 2013: Intro

Assalamu'alaikum wbt.

Laman Masjidil Haram pada 29 Dis 2013

Masjid Nabawi berlatarkan Jabal Uhud
(Sumber: al-Miskeenah.com)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, yang telah melimpahkan berbagai-bagai nikmat yang tidak terhitung sama ada dalam bentuk kesihatan, ketenangan fikiran, kelapangan masa, turun naiknya nafas, limpahan idea, kemerduan suara unggas yang menemani daku pada ketika ini, motivasi diri yang mula meningkat, dan berbagai-bagai lagi nikmat yang tidak dapat aku perincikan setiap satunya di sini, maka pada hari ini 1 Rejab 1435H aku mula mengemas kini blog 'Hidup Biar Allah Sayang' (HBAS) yang hampir empat bulan terbiar tanpa sebarang entri.

Mungkin para pembaca dan pengikut blog HBAS tertanya-tanya kemana saya menghilang selama ini? Ada dua sebab utama kenapa saya tidak update blog iaitu (1) Notebook saya rosak - dan masih belum dibaiki lagi sehingga sekarang, dan (2) saya mengalami sakit pinggang yang teramat sangat - besar kemungkinan slip disc - yang mana saya tidak boleh duduk terlalu lama, apatah lagi untuk berdiri dan berjalan jarak melebihi 80 meter.

Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini kesihatan saya bertambah baik. Justeru itu pada hari ini, berbekalkan semangat bulan Rejab yang mulia ini, saya mencapai Galaxy Note II untuk membuat entri yang serius bagi tahun 2014 ini. Semoga semangat dan motivasi diri yang tinggi akan terus berkekalan, amin.

Saya sudah lama menyimpan cita-cita untuk melaksanakan umrah pada musim sejuk yang saya kira lebih selesa berbanding mengerjakan umrah pada musim panas.  Musim sejuk di Arab Saudi kebiasaannya ialah pada bulan Disember hingga bulan Mac setiap tahun.

Memandangkan musim haji bagi tahun 1434H ialah pada bulan Oktober, dan tahun baru hijriah 1435 (1 Muharram) jatuh pada 5 Nov 2013, maka saya jangkakan visa umrah musim 1435H akan mula dibuka pada 4 Disember 2013 iaitu pada 1 Safar 1435H. Secara kebetulan, tarikh tersebut merupakan permulaan musim sejuk di Arab Saudi.

Justeru saya mula merancang trip umrah Dis 2013 pada penghujung bulan Ogos. Antara faktor-faktor yang diambil kira ialah (1) kelulusan cuti anak yang turut pergi bersama-sama saya, (2) cuti pertengahan semester anak yang sedang menuntut di UTHM (yang akan tinggal di rumah semasa kami mengerjakan umrah nanti) dan (3) penerbangan terus ke Madinah. Oleh yang demikian saya memilih tarikh 23 Dis 2013 - 3 Jan 2014.

Pada kali ini saya akan diiringi oleh isteri, dua orang anak, seorang menantu dan seorang cucu. Jadi setelah confirm tarikh, saya mula merisik beberapa buah Travel Agent untuk membuat perbandingan harga, jarak hotel ke Masjidil Haram, dan juga ketersedian kapalterbang.

Pada mulanya saya bercadang untuk mendapatkan perkhidmatan RAYHAR sebab syarikat ini menempatkan jemaah di Hotel al MASSA, atau di Hotel al Qamar yang kedudukannya sangat dekat dengan Masjidil Haram. Di samping itu syarikat ini terkenal dengan perkhidmatan yang cemerlang. Saya telah mengenali syarikat ini sejak dari tahun 2007 lagi, namun website Rayhar tidak dikemaskini dan masih memaparkan maklumat lama iaitu maklumat umrah bagi tahun 2013.

Pada masa yang sama saya mendapat tahu Andalusia telah membuka cawangan baru di Bandar Baru Bangi (BBB) dan menawarkan bag percuma dengan design yang cantik kepada jemaah yang mendaftar di sana. Oleh sebab maklumat daripada Rayhar tidak diperolehi maka saya mengambil keputusan untuk mendaftar dengan Andalusia BBB. Sekurang-kurangnya saya tidak perlu membeli bag yang baru.

Andalusia menawarkan tiga buah hotel yang mana dua daripadanya (Hotel Hira' dan Nada al Khalil ) terletak 690 meter daripada Masjidil Haram dan satu lagi ialah Hotel Hilton yang hanya berjarak sejauh 50 meter daripada Masjidil Haram.

Pada awal September, seorang rakan berserta 3 ahli keluarganya ingin mengikuti kumpulan umrah saya. Jadi pada 4 September kami mendaftar di Andalusia BBB (seramai 10 orang). Kami mendapat tahu sekiranya kami dapat mengumpul seramai 20 orang dan membuat pembayaran dalam satu resit maka Andalusia akan memberikan satu seat percuma kepada ketua rombongan.

Memandangkan pada masa itu masih terdapat 30 seat yang kosong untuk penerbangan terus ke Madinah dengan Saudi Airlines, maka saya membuat suatu entri di dalam blog mempelawa pembaca untuk sama-sama melaksanakan umrah pada 23/12/13 - 3/1/14. Klik sini .

Terdapat beberapa respon daripada pembaca tetapi malangnya kesemua 30 seat telah habis dijual dalam beberapa hari sahaja dan terdapat seramai 21 orang dalam senarai menunggu untuk flight yang sama. Apa yang dapat saya simpulkan di sini, penerbangan terus ke Madinah adalah sangat popular terutama pada musim cuti sekolah.  Justeru kita perlu membuat tempahan 3-4 bulan lebih awal.  Saya sendiri sekiranya terlewat mendaftar dua tiga hari, ada kemungkinan tidak mendapat seat.

Di bawah ini saya paparkan beberapa gambar sebagai pembuka tirai entri umrah 2013. Semoga bertemu lagi dalam entri yang berikutnya.

Proses check-in sedang dilakukan
oleh petugas Andalusia

Sedang kyusuk mendengar taklimat

Pintu utama Masjid Nabawi

Raudhah

Raudhah sedang dibersihkan

Menanti di pinggir Raudhah.
Waktu ni baru sampai Madinah.

Di hadapan masjid Quba'

Jemaah Tiram sedang diberi taklimat
Mereka bernasib baik sebab sekumpulan
besar jemaah Tiram masih terkandas di Malaysia.

Keadaan di luar masjid Nabawi 
selepas solat isya'

Masjidil haram

Tidak sabar untuk tawaf. 
Jom langkah panjang-panjang

Salah seorang kanak-kanak yang 
melayan jemaah semasa berbuka
di Madjidil Haram

Lagi petugas iftar

Tuan Haji Arshad bersama dengan dermawan yang menyediakan jamuan
untuk iftar di Masjidil Haram, tepatnya
di bawah mataf baru bersetentang dengan 
pintu kaabah.

Jemaah wanita dari Malaysia seronok 
tenguk kanak-kanak layan jemaah iftar.
Masa ini selepas solat maghrib. Kalau
sebelum solat maghrib wanita tidak
dibenarkan berada di sini.

Pasangan ini turut teruja untuk 
tumpang iftar.

Bergambar dengan Tn Haji Arshad di D'Saji

Suasana di Hijrah Street yang sentiasa
sibuk sebab ia merupakan laluan utama
ke hotel budget di Misfalah. Jalan ini 
terketak antara kompleks Hiton dan kompleks Zam-Zam

Ok cepat mengaku, sedara siapa ni?

Posted by Mohd Saad Hamid at 6:01 PM 7 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Umrah 2013

Wednesday, January 29, 2014

Blog Tn Haji Arshad Kehidupan di Makkah Telah Diaktifkan Semula.

Alhamdulillah, hari ini baru perasan yang blog Kehidupan di Makkah Tn Haji Arshad telah diaktifkan semula sejak 6 Jan yang lalu.  MasyaaAllah, saya telah terlalu lama tidak masuk ke blog saya sendiri hinggakan perkembangan terbaru ini pun saya terlepas pandang.

Gambar di bawah diambil semasa saya melaksanakan umrah baru-baru ini - di Restaurant D'Saji, AsSafwah, Makkah.




Posted by Mohd Saad Hamid at 6:43 PM 9 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Hari Rabu - Hanya Gambar Berbicara


Posted by Mohd Saad Hamid at 8:06 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Followers

Jika Suka, Klik Saya

Cari Maklumat Dalam Blog Ini

Entri-Entri Mengenai Umrah

  • Panduan Umrah (48)
  • Pengalaman Umrah/Haji (3)
  • Umrah 2010 (60)
  • Umrah 2011 (32)

Yang Selalu Dilihat Oleh Pengunjung - Sila Skrol

  • PANDUAN UMRAH: WANITA HAID - IHRAM BERSYARAT
  • Panduan Umrah – 30 – Tempat Mustajab Berdoa di Masjidil Haram
  • Panduan Umrah – 25 – Bacaan Semasa Tawaf
  • Panduan Umrah – 27 – Beberapa Kesalahan Jemaah Semasa Tawaf
  • Panduan Umrah – 21 – Sunat-Sunat Semasa Tawaf
  • Panduan Umrah – 07 – Persiapan Diri Sebelum Berangkat
  • Panduan Umrah – 19– Cara Memakai Kain Ihram
  • Doa Rawatan Angin Ahmar, Lumpuh dan Strok
  • Panduan Umrah – 17 – Miqat Umrah
  • Panduan Umrah – 39 – Panduan Pakaian / Keperluan Untuk Dibawa Ke Tanah Suci

Arkib Entri Terdahulu - Sila Skrol

  • ►  2016 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (2)
    • ►  February (2)
  • ▼  2014 (6)
    • ▼  October (1)
      • Melaksanakan Haji Secara Percuma: Kisah 1 - Saudar...
    • ►  June (2)
      • Jemaah Umrah 'Pakej Redha' RM3700
      • Suasana Tenang Di Masjid Nabawi
    • ►  May (1)
      • Umrah Disember 2013: Intro
    • ►  January (2)
      • Blog Tn Haji Arshad Kehidupan di Makkah Telah Diak...
      • Hari Rabu - Hanya Gambar Berbicara
  • ►  2013 (75)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (21)
    • ►  September (7)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (3)
    • ►  May (7)
    • ►  April (10)
    • ►  March (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (80)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (7)
    • ►  September (4)
    • ►  August (15)
    • ►  July (8)
    • ►  June (9)
    • ►  May (2)
    • ►  April (7)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (12)
  • ►  2011 (84)
    • ►  December (10)
    • ►  November (15)
    • ►  October (7)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (8)
    • ►  May (5)
    • ►  April (5)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (9)
  • ►  2010 (159)
    • ►  December (14)
    • ►  November (12)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (16)
    • ►  July (21)
    • ►  June (13)
    • ►  May (26)
    • ►  April (23)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (7)

Sangkar Diri Ini

My photo
Mohd Saad Hamid
Hamba Allah yang sedang berkelana mencari keredhaan Tuhan. Segala entri dalam blog ini adalah original, iaitu menghampiri 100 peratus hasil nukilan saya sendiri. Mana-mana entri yang bukan original daripada saya, insyaAllah saya nyatakan sumbernya. Saya memberi kebenaran umum mana-mana pihak untuk menyalin atau mengambil sebahagian daripada entri dalam blog ini dengan syarat: (1) Tidak digunakan untuk tujuan komersial, dan (2) Hendaklah menyatakan alamat laman web blog ini dalam karya atau entri mereka. Akhir sekali, penggunaan sebarang maklumat daripada blog ini adalah atas risiko pengguna sendiri. Saya tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, atau sebarang masalah yang mungkin dihadapi oleh pengguna / pembaca. Wasalam.
View my complete profile

My Blog List - Sila Skrol

  • KEHIDUPAN DI MAKKAH
    The Suspect, Kisah Mata-Mata Korea Utara yang Dituduh Membunuh - Konflik Korea Selatan dengan Korea Utara menjadi sebuah momok yang tidak berkesudahan hingga saat ini. Memiliki mata-mata di negara lawan merupakan hal y...
    3 years ago
  • LEBIH BAIK JADI BEKAS ORANG JAHAT DARI BEKAS ORANG BAIK
    REHAT 5 BULAN - KECEDERAAN BAHU - Assalaamualaikum wbt, Mohon maaf pada semua pembaca , aku rehat 5 bulan akibat kecederaan bahu sejak 27 Feb dan pembedahan bahu dilakukan pada 20 Mac 2018...
    6 years ago
  • Pahala Hindari Dosa
    Selamat Hari Raya 1436 -
    9 years ago
  • Fajar Mentari & Embun Subuh
    KEPENTINGAN TA'LIM - بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة KEPENTINGAN TA’LIM : - MENDENGAR HADIS-HADIS NABI DAN FIRMAN-FIRMAN ALLAH SUPAYA HATI M...
    11 years ago
  • KEHIDUPAN MAKKAH كهيدوفن مكة
    -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tandatangan

Tandatangan

Disabling Double Click

Disable Copy Text

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.