السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه
Pecah kaca pecah gelas ...
Kejadian ini berlaku sebelum subuh pada 22 Oktober 2012. Ketika isteri saya menuangkan air teh ke dalam gelas ini, air membuak-buak dan kaca terus pecah. Ada kemungkinan gelas ini pecah sebab air terlalu panas atau gelas telah retak dan sudah sampai waktunya untuk pecah.
Cuba perhatikan, gelas ini pecah bukan di tempat penyambungnya. Air yang dituang tidaklah terlalu panas, panas sedikit daripada "suam-suam kuku" dan sedang sedap untuk di minum.
Gelas pecah bukan pada garis cantuman asal. |
1. Sebelum kejadian ini, pada petang 21 Oktober 2012 saya ada membantu merawat seorang pesakit yang terkena gangguan makhluk halus.
2. Pada petang hari kejadian - 22 Oktober, 2012 - semasa saya sedang memandu untuk pulang ke rumah selepas kerja, saya menerima panggilan daripada seorang suri rumah yang meminta saya merawat suaminya yang terkenan 'santau'. Semasa saya merawat pesakit tersebut, setiap kali diruqyah, darah keluar daripada mulut pesakit. Pada permulaannya darah yang keluar adalah kental berbuku-buku, yang menandakan itu adalah darah lama yang berada dalam kerongkong pesakit. Selepas itu darah cair keluar bersama lendir. Pesakit kerasukan dan alhamdulillah, Allah SWT telah menyembuhkan beliau.
Apa-apa pun saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana kejadian ini tidak berlaku ke atas ahli keluarga saya. Segala pujian dipanjatkan kepada Allah Rabbul Jalil yang telah menyelamatkan saya daripada musibah yang mungkin berlaku dalam kejadian tersebut. Kejadian ini mengingatkan saya supaya lebih berhati-hati dan sentiasa meminta perlindungan daripada Allah SWT daripada kejadian yang tidak diingini.
Ya Allah, kepada Engkau aku berlindung dan kepada Engkau aku meminta pertolongan.
اللهم أشف مرضانا ﻭﺻﺤﺢ أجسادنا وَشَتِّتِ ﺷﻤﻞ أَعِدَائِنَا
وانصرنا على من عادانا برحمتك يا ارحم الراحمين
Ya Allah, Kau sembuhkanlah orang-orang yang sakit dalam kalangan kami, sihatkanlah tubuh badan kami, pecah belahkan kesatuan musuh-musuh kami, tolonglah kami ke atas sesiapa yang memusuhi kami dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Menyayangi.
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.