Monday, April 9, 2012

Umrah 2011: Madinah: Hari Ketiga - Rabu - 5 Mei 11 - Ziarah Rumah Salman al-Farisi, Gua Uhud dan Bukit Magnet

Assalamu'alaikum wbt

Pada hari ketiga (5 Mei 2011) kami dijadualkan untuk bertolak ke Makkah selepas zohor. Oleh kerana terdapat masa senggang yang agak lama, kami mengambil kesempatan untuk melawat rumah sahabat Nabi Salman al-Farisi, Gua Uhud dan Gunung Magnet pada sebelah pagi.

Sedang menunggu bas
Di kawasan inilah Salman dengan dibantu oleh para sahabat menanam pokok kurma
sebagai tebusan kemerdekaan Salman daripada tuannya berbangsa Yahudi
Di hujung tembuk sana ialah bekas tapak rumah Salman

Perigi yang digali oleh Salman dan dibantu oleh para sahabat
Klik sini untuk membaca kisah Salman berkelana daripada Esfahan, Iran hingga ke Madinah dalam usahanya mencari agama yang sebenar, iaitu Islam.

Jemaah kemudian dibawa menuju ke kaki gunung Uhud untuk melihat peninggalan sejarah di situ iaitu masjid tikar dan gua Uhud.

Gua Uhud merupakan gua yang menjadi tempat perlindungan Rasulullah S.A.W. setelah menerima asakan yang sangat hebat daripada kaum Quraisy. Para sahabat iaitu Saidina Abu Bakr, Umar, Ali, Talhah dan beberapa orang sahabat yang lain telah membawa Rasulullah S.A.W. berundur ke bukit Uhud.

Dalam perjalanan, Saidatina Fatimah telah membersihkan luka-luka yang terdapat pada muka Rasulullah S.A.W. Oleh kerana darah masih mengalir, Saidatina Fatimah telah membakar sebuah tikar dan kemudian abu tikar tersebut digosokkan ditempat luka bagi memberhentikan darah yang mengalir. Kawasan tersebut kemudiannya didirikan sebuah masjid yang dipanggil masjid tikar.

Kemudian Rasulullah S.A.W. naik ke atas bukit Uhud dan berlindung di dalam gua yang terdapat di situ. Klik di sini untuk membaca kisah "Cinta Sejati Terbukti Di Uhud"


Bukit dan Gua Uhud di lihat dari jabal Rumat
Rumah penduduk
Sebahagian daripada bukit Uhud

Suasana di kaki Bukit Uhud

Gua Uhud Mula Kelihatan
Mutawif sedang menceritakan kisah masjid tikar
Bekas tapak masjid tikar



Walaupun tidak tinggi tetapi penat juga mendaki.

Zooming! Nampak menara Masjid Nabawi di kejauhan
Dari sini kami bergerak ke bukit magnet yang terletak lebih kurang 30 km daripada Madinah yang terletak di sebelah belakang bukit Uhud ini. Kawasan ini dikenali sebagai wadi al-Baida, iaitu kawasan perkelahan hujung minggu bagi penduduk Madinah.

Di pertengahan perjalanan, pemandu memberhentikan bas sambil freekan gear di kawasan yang menuruni bukit (kecerunannya agak landai sekitar 5 degree). Ternyata bas bergerak ke arah belakang (mendaki bukit) - tetapi kelajuannya agak perlahan.

Aksi pemandu bas nak tunjuk bas jalan sendiri tanpa tekan minyak.
Gambar ini saya ambil dari Internet




4 comments:

  1. Assalamualaikum TnHjSaad

    Terima kasih menghidangkan kami kisah Masjid Tikar dan Bukit Magnet.Kalau tak silap mutawifnya ust Iskandar Muda. Dulu saya pernah dapat buat lawatan ketempat ini dibawah bimbingan beliau. Ust Is ni pandai bercerita sirah rasulullah diselang seli dengan nasyid,suaranya pun boleh tahan juga.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam mak wan.

    Memang benar, ustaz ni kerap mendendangkan nasyid. Kebetulan saja ustaz ni jadi mutawif untuk ziarah ini sebab saya naik bas yang beliau pimpin. Untuk program-program yang lain saya dipimpin oleh mutawif dari Indonesia.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum hj,
    Andalusia travel mmg bwk melawat ke tmpt2 sejarah ni ke? Menarik sbb ini suma sejarah dlm perkembangan Islam. Boleh sy tau travel mana lg (yg hj tau) yg ada bwk lawat tmpt mcm ni? Masa sy pergi tempoh hari mmgla pegi ke bukit uhud gak tp xdela smpi pegi ke tapak masjid tikar dll.

    Mohd Rozalmu
    rozalmisuhaimi@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ini adalah lawatan tambahan dan tidak termasuk alam standard package Andalusia, Masa tu kami minta mutawif untuk bawa kami ke tempat tersebut dengan bayaran RM20/seorang - sesiapa yang nak ikut.

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.