Tuesday, February 28, 2012

Keris Hang Tuah?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Lama sangat saya tidak bersiaran sebab sekarang ini semester sesi Februari 2012 telah bermula. Walaupun saya mengajar di kolej tetapi pelajar saya mengambil kursus BBA UUM dan UMTECH. Oleh itu sekarang ini memang sibuklah sedikit.

Alhamdulillah, pagi ini semasa memandu untuk mencari sarapan sekitar jam 7.00 pagi ternampak awan membentuk suatu formasi yang cantik seakan-akan sebilah keris. Lokasi awan tersebut berhampiran dengan Kampung Duyung, Melaka.

Inilah dia gambaran awan tersebut yang sempat saya rakan menggunakan kamera HP. Maaf kualiti gambar kurang baik.


Keris Hang Tuah?


Wednesday, February 15, 2012

Wajah Kesayangan Hamba

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengar dan tonton klip video di sebelah kanan 
untuk menyaksikan suasana tawaf selepas solat subuh
pada musim haji tahun 2007

Visa umrah telah dibuka sejak 7hb. Februari yang lepas
Lagu dan gambar-gambar di bawah ini membuat hati diruntun rindu

Semua wajah dan hati tertumpu ke sini

Photo Credit: Bahi Mashat
http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=1237079&page=71
http://www.flickr.com/photos/65723228@N06/6851438927/
 Pemandangan dari Raffles Creamery Cafe di Raffles Makkah Palace Hotel
http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=1237079&page=70
Dirakam pada 6 Mei 2011 8:55pm yang lepas
Selepas solat Isya'
7 Mei 2011 8:03pm
Menunggu solat Isya'
7 Mei 2011 8:06 pm
Imam sedang solat sunat di hijir Ismail sebelum Isya'

Sunday, February 12, 2012

Harap Pembaca Yang Budiman Membuat Penilaian Sendiri

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan. Selawat dan salam diucapkan kepada Nabi Muhammad SAW yang mana baginda merupakan sebesar-besar rahmat yang Allah kurniakan kepada sekelian alam.

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai 
rahmat untuk sekelian alam' (al-Anbiya':107)
...
Nikamat yang dibawa oleh baginda terkandung dalam ajaran, suruhan dan larangan dalam satu pakej yang tidak boleh dipisahkan atau diasingkan.

Manakala nikmat yang paling besar ialah nikmat iman dan Islam. Justeru sebagai seorang muslim, kita perlu sedaya upaya menjaga agar aqidah kita tidak tergelincir daripada landasan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Berbalik kepada tajuk entri kali ini, di bawah ini saya paparkan beberapa gambar yang diambil daripada Internet untuk dinilai oleh para pembaca.

Musim Haji tahun 2011
Sambutan Maulidur Rasul 5 Feb 2012
Thaipusam, 7 Feb 2012. Sumber gambar NST
Thaipusam 2010
A giant-size cardboard cut-out of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was put up at the entrance to Sri Subramaniar Swamy temple complex at Batu Caves - Thaipusam 2011:
Sumber: 
http://1mytomyam.blogspot.com/2011/01/pm-najibs-second-visit-to-batu-caves.html

Apa kata Mufti Perak?
Menurut laporan media semalam, Harussani  melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves. Najib juga pernah hadir sambutan Thaipusam sebelum ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun, namun Perdana Menteri seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/majlis-fatwa-diminta-respons-fatwa-harussani-1.23266