Tuesday, September 27, 2011

Panduan Umrah - Waktu Memasuki Raudhah Di Masjid Nabawi Bagi Jemaah Wanita

Assalamu'alaikum wbr.
...
Di Masjid Nabawi, di samping dapat menziarahi Rasulullah S.A.W. secara dekat, sudah tentu masing-masing jemaah teruja untuk solat dan bordoa di raudhah, iaitu suatu kawasan yang terletak antara rumah Rasulullah S.A.W. dengan mimbar baginda. Kawasan seluas 22 meter x 15 meter persegi ini, iaitu lebih kurang seluas court badminton, sememangnya menjadi idaman dan rebutan para jemaah untuk melakukan solat sunat dan sebagainya sebab tempat ini sangat mustajab untuk memohon sesuatu kepada Allah SWT.
...
Walau bagaimanapun untuk memasuki raudah bukanlah sesuatu yang mudah terutama bagi jemaah wanita. Oleh yang demikian pihak pengurusan masjid telah menetapkan sela waktu tertentu bagi jemaah wanita memasuki raudhah iaitu seperti berikut:
...
Pagi:              Selepas solat subuh hingga jam 10.00 pagi
Tengah hari:  Selepas solat zohor hingga jam 3.00 petang
Malam        :  Selepas solat isya' hingga jam 11.00 malam
...
Lebih kurang sepuluh minit selepas selesai solat subuh, zohor dan isya' para petugas akan merentangkan kain kanvas dan mengikatnya pada tiang bagi menyediakan kawasan "larangan" bagai jemaah lelaki. Setelah itu jemaah wanita yang ingin memasuki raudhah dikumpulkan mengikut kelompok negara tertentu, contohnya jemaah wanita daripada Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Singapura dimasukkan dan satu kumpulan, jemaah wanita dari negara Iraq, dan yang 'sewaktu' dengannya yang mempunyai tubuh yang lebih besar, dikumpulkan dalam kelompok yang lain. Selepas itu barulah jemaah wanita dibenarkan memasuki raudhah mengikut kelompok masing-masing agar tidak terjadi stampede. Pada ketika inilah jemaah lelaki boleh mendengar bunyi orang berlari dalam masjid macam sekawan lembu/kuda berlari. Memang dahsyat bunyi larian tersebut yang diikuti dengan jerit pekik dan hiruk piruk yang membingitkan.
...
Walau bagaimanapun segala jerih payah dan kesusahan yang dilalui tersebut akan berbaloi apabila jemaah dapat menempatkan diri dalam taman syurga yang mana segala doa dan munajat mendapat perhatian yang istimewa daripada Allah SWT. Bagi memastikan anda sememangnya berada di kawasan raudhah, cuba tempatkan diri anda sehampir mungkin dengan kanvas yang menjadi penghadang antara jemaah wanita dengan jemaah lelaki yang mana karpetnya berwarna hijau keputihan (hijau abu abu), dan tiang-tiangnya diselaputi dengan marmar berwarna putih seperti pada gambar di atas.

17 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj,

    Satu pengalaman yang saya tidak boleh lupakan dimasa musim haji 2010 oleh kerana terlewat bangun selepas solat subuh di Masjid Nabawi pada hari kedua selipar tidak boleh diambil oleh kerana para petugas terlalu cepat memasang kain rentang untuk kaum wanita memasuki kaw. raudah....terpaksa menelefon isteri membeli selipar ganti dan kini dlm simpanan sebagai kenangan..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam pesona.

    Memang benar tn haji. Mereka akan buat kepungan/partition sebaik sahaja selepas solat subuh, zohor, dan isya'.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tn Hj,

    Saya ingin memohon izin dan kebenaran tn haji untuk Saya cetak atikel tuan tentang panduan umrah ini... mohon di halalkan. ini sbg panduan sy dan kedua ibu bapa yg pertama kali untuk menjejakn kaki kerumah Allah... sekian..

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam anonymous

    Ya silakan. Segala yang baik itu datang dari Allah dan yang salah dan silap itu adalah kelemahan diri saya sendiri.

    Alhamdulillah. Bila berada di sana nanti tolong doakan kesejahteraan untuk saya sekeluarga dunia akhirat. Syukran.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    InsyaAllah saya akan ke tanah suci awal tahun 2013. Jika Allah izin, ia pengalaman pertama saya ke sana. Sungguh teruja, saya cuba mendapatkan sebanyak mungkin panduan dan tips dari internet. Mohon halalkan semua info dan maklumat yang dipaparkan untuk panduan saya.

    Terima kasih tidak terhingga, moga perkongsian ilmu ini dinilai sebagai amal jariah.

    //Raja Nur Jannah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Alahmdulillah, puan dialau-alukan. Saya doakan agar puan selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air dan semoga mendapat umrah yang maqbul. Saya juga mendoakan agar Allah memudahkan semua urusan puan untuk tujuan berumrah, Amin.

      Delete
  6. Assalamualaikum tuan haji...saya mohon share dan print apa yg tuan sediakan dlm blog tuan haji utk dijadikan panduan saya mengerjakan umrah tidak lama lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya puan, silakan - alhamdulillah.

      Delete
  7. Insya Allah saya bakal menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2013 ini. Izinkan saya juga untuk mencetak segala panduan umrah di sini. Semoga berkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum wbt

      Ya silakan, silakan alhamdulillah

      Delete
  8. As Salam ,
    Tn Haji izinkan sya copy panduan haji dan umrah serta info yang bermanafaat
    untuk bekalan sya ke tanah suci ..insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya. silakan alhamdulillah.

      Delete
  9. Assalamualaikum...tuan haji...mohon kongsi artikel tuan haji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya silakan silakan alhamdulillah

      Delete
  10. Assalamualaikum.Tuan Haji terima kasih di atas info yang baik ini. mohon kongsikan..saya ada kemusykilan...pada 5 tahun yang lepas saya telah menunaikan umrah bersama suami.saya sampai ke Madinah dalam keadaan uzur kerana keguguran.ketika jemaah lain berniat ihram di miqat ketika itu, kalau tak silap saya ,setelah bertanya suami, saya tidak berniat kerana beranggapan masih dalam keadaan uzur,dan pada hari ke dua di Mekah setelah mandi wajib barulah saya berniat ihram di miqat dan menyempurnakan umrah.berdasarkan artikel yang saya baca baru-baru ini perempuan yang uzur wajib berniat di Miqat, jadi mohon bantuan ustaz untuk merungkaikan masalah saya.perlukah saya membayar dam??????mudah-mudahan Allah ampunkan di atas keceteken ilmu saya sebelum ini.untuk pengetahuan ustaz saya bersama keluarga akan menunaikan umrah pada bulan 12 2013 ini.doakan kami mendapat visa ustaz....syukran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Melanggar larangan ihram (tidak berniat ihram ketika di miqat) disebabkan jahil (tidak tahu), maka tidak berdosa dan tidak dikenakan dam.

      Delete
  11. Assalamualaikum tn Hj
    InsyaAllah sekiranya diizinkan Allah saya sekeluarga akan menunaikan umrah pada bln 3 nanti, saya ada soalan nak Tanya pada tn. hj, kami akan membawa bersama-sama anak lelaki saya yang berusia 3th, belum berkhatan lagi, anak saya tidak lagi memakai pampers(utk makluman),smpi di miqat nanti bila nak berniat umrah, utk anak saya tu boleh ke niatkan utk dia selepas saya berniat umrah.
    masa tawaf pulak macamana nak niatkan utk dia,boleh niat sekali atau asingkan.
    boleh ke saya dukung dia masa buat tawaf nanti.terima kasih

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.