Friday, July 1, 2011

Umrah 2011: Melawat Bukit Magnet di Madinah

Assalamu'alaikum wm wbr.
...
Alhamdulillah, bertemu kita sekali lagi di awal bulan Sya'ban. Pada kesempatan kali ini saya ingin berkongsi gambar tempat perkelahan penduduk Madinah di wadi al-Baida juga dikenali sebagai Mantiqotul Baido (perkampungan putih). Di kawasan ini terdapat bukit-bukit yang mempunyai tarikan magnet yang kuat sehingga dapat menarik bas yang diberhentikan dalam keadaan "free gear" walaupun dalam kedudukan mendaki bukit yang landai.
... 
Sebelum itu, sebagai peringatan buat diri saya dan para pembaca yang budiman, marilah kita perbanyakkan selawat ke atas nabi sebagai tanda cinta dan kasih kita kepada baginda. Kalau boleh dalam sehari semalam kita cuba berselawat 1000 kali atau lebih. Angka 1000 itu bukanlah hadis, cuma jika kita ingin menetapkan sesuatu matlamat biarlah ia dalam bentuk outcome yang boleh dihitung dan diukur (quantifiable and measurable). 

Walaupun pada masa ini musim panas, tetapi di wadi ini masih terdapat
air di dalam kolam tersebut. Bayangkan kalau hujan, kawasan ini jadi seperti lautan.
Yang nampak macam air tu ialah empangan bagi mengelakkan banjir pada musim hujan 
Inilah kawasan rehlah penduduk Madinah di hujung minggu -
Menikmati alam semula jadi gunung dan padang pasir.
Kelihatan penduduk Madinah bersantai di bawah pokok di tepi gunung
sambil menikmati lagu padang pasir (agaknya  lah :) )
Ada yang membawa khemah untuk bermalam di sini
Orang Malaysia pun suka jugak datang ke sini untuk menikmati panorama yang cantik
dan untuk menghayati bagaimana orang Arab berkelah. :)
Ada yang ambil gambar gunung untuk diabadikan dalam ipad.
 Dan saya pulak ambil gambar orang sedang ambil gambar gunung Hehehe.
Ada yang cuba venture kawasan sekitar sambil menghirup udara padang pasir
Ada yang beratur untuk membeli ice cream sampai peniaga tu
pening tak tahu nak kira - lepas tu bagi duit Malaysia percuma - Halal.
Gambar tak lengkap kalau tak masukkan gunung yang kat belakang tu sebab
kebanyakan blogger saya tengok mesti masukkan gambar gunung tu dalam entri mereka.
Beli sampai dua sekali - sudah tentulah ice cream di tangan kiri tu untuk saya :)
Inilah gaya orang Malaysia makan ice cream di padang pasir.
Gambar panorama kawasan rehlah di Madinah. 



Motorsikal besar baru sampai diangkut dengan lori - tetapi tiada seorangpun jemaah kami yang sudi menaiki motorsikal tersebut


12 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj

    ais krim juga jadi pilihan

    ps: saya pun ada buat n3 kisah jabal magnet tu

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum warohmatullah hiwabrokatuh ya tuan haji mohd saad

    tersenyum senyum BHS kali ni bila mai blog tuan haji .... BHS dapat rasakan keseronokan nya....BHS dah pernah sampai kemari...yang best tu bila tuan haji buat lawak ...ada orang tu berangan sambil berlagu-lagu, lagu padang pasir...Masha ALLAH....happy.....^_^.....

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum warohmatullah hiwabrokatuh ya tuan haji mohd saad

    tersenyum senyum BHS kali ni bila mai blog tuan haji .... BHS dapat rasakan keseronokan nya....BHS dah pernah sampai kemari...yang best tu bila tuan haji buat lawak ...ada orang tu berangan sambil berlagu-lagu, lagu padang pasir...Masha ALLAH....happy.....^_^.....

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam wm wbr Tn Haji Rozali

    Berniaga ice-cream di tengah-tengah panas di padang pasir memang laris tn haji.

    baru 1 minit bas berhenti van ice-cream dah sampai. Tapi bila dah kelam kabut orang berpusu-pusu beli ice-cream peniaga dah tak tahu nak kira. Hehehe.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikum salam BHS

    Semua lagu yang depa perdendangkan di sini adalah lagu padang pasir sebab duduk bawah pokok di kelilingi oleh pasir belaka. :)

    ReplyDelete
  6. Salam Tn. Hj.

    Saya nak tanya apa brand & model kamera yang Tn. Hj. guna tu sbb saya tengok kualiti photo tu ok sangat

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikum salam Zul Salleh.

    Kamera Nikon P300, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikom wtb tuan Haji Mohd Saad Hamid. Khaifahaluka. Allhamdullah di pagi jumaat ini dapat ana ziarah ke Blog tuan Hj. Seronok berkongisi cerita waktu disana.

    Waktu dan cuaca yang panas begitu juga masih ada lagi yang pasang khemah bersantai di lereng bukit. Allahhuakabar.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Tn Hj,

    Hanya melalui kawsan Bukit Magnet tersebut semasa mengerjakan Umrah 2007......tidak berkesempatan untuk berhenti dan turun drpd bas....

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikum salam MI,

    Alhamdulillah saya sihat tetapi sekali sekala datang juga sakit kaki tu.

    Orang Arab dah biasa dengan cuaca panas. Mereka menghabiskan masa di hujung minggu bersama keluarga di situ. Kalau nasib baik boleh jumpa unta liar.

    ReplyDelete
  11. Wa'alaikum salam pesona.

    Kalau turun dapatlah kita menyedut udara padang pasir. :)

    ReplyDelete
  12. salam tuan haji, maaf skali lg bertanya disini, tuan haji tau x mne2 penempatan atau perkampungan melayu di madinah??? atau mgkin, nme tempt yg ada ladg unta n jg ladg kurma di madinah???

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.