Tuesday, July 19, 2011

Umrah 2011: Lagi Persekitaran Masjid Nabawi di Waktu Dinihari

Assalamu'alaikum wm wbr....
...
Gambar-gambar diambil ketika dalam perjalanan ke Masjid Nabawi untuk solat subuh. Untuk rekod, waktu subuh ialah pada jam 4:20 am waktu tempatan. Alhamdulillah.
...
4 Mei 2011
2:59am
3:02am
3:05am
3:07am
5:06am - Raudhah selepas solat subuh. Kelihatan laluan di bahagian hadapan, jemaah sedang berpusu-pusu untuk menziarahi Rasulullah S.A.W.
اللهم صلي وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين

7 comments:

  1. subhanallah..cantik dan indahnya masjid nabawi..rindu nya nk jejak kaki kat sana lagi...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,

    Senibina bandar Madinah memang lebih tersusun dan terancang berbanding kota metropolitan Makkah. Kesemua bangunan di Madinah tidak boleh lebih tinggi daripada menara Masjid Nabawi, jadi bangunan-bangunannya nampak harmoni.

    Persekitaran Masjid Nabawi lebih tenang berbanding Makkah, mungkin salah satu sebabnya adalah di situ bersemadi jasad yang paling mulia di seluruh alam semesta iaitu Rasulullah S.A.W.

    Penduduk Madinah juga lebih bersopan santun berbanding penduduk Makkah yang diwarisi sejak turun temurun. Alhamdulillah.

    Terubat juga rindu bila menatap gambar-gambar di atas.

    اللهم صلي وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين

    ReplyDelete
  3. Assalamualakum tn hj.

    Subhanallah....allahummashalli'ala muhamad....indahnya paparan ini... belum pun setahun....rasa tersangatlah rindunya akan kota madinah...semga dapat lagi kembali berziarah ke sana. syukran dengan paparan yang sgt indah ini.

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. rindu rasanya nak kesana lagi

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Tn Hj,

    Melihat kepada gambar Masjid Nabawi di waktu dinihari tersebut hati ini terasa amat sayu teringat semasa musim haji tahun lepas keluar drpd hotel Al-Haram seorang diri jam 1.30 pagi menuju ke Masjid Nabawi dengan niat untuk bersolat dan berdoa di dalam kawasan Raudah serta menziarah Makam Nabi......Alhamdullilah diizinkan ALLAH tanpa menghadapi halangan walaupun ramai jemaah ketika itu.....

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikum salam wm wbr.

    Anonymous dan pesona, begitulah rasanya hati insan-insan yang pernah ke sana. Memang rindu dan seperti ditarik-tarik untuk menziarahi Rasulullah S.A.W.

    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya, alhamdulillah.


    اللهم صلي وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikum salam azwinnabalqiss

    Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana puan/cik suka dengan paparan ini.

    Amin, amin, amin. Semoga Allah perkenankan doa puan/cik untuk ke sana lagi. Amin ya Rab al 'alamiin.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.