Sunday, September 25, 2011

Masjid Cantik Tetapi Hati Pegawai Masjid Bagaimana? - Bahagian 2

Assalamu'alaikum wbr.
Bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dilihat dari perkarangan Masjid Negeri
(Gambar Hiasan)
Dalam bulan Ramadhan yang lepas timbul keinginan untuk berbuka puasa di Masjid Negeri Melaka dan seterusnya solat maghrib, isyak dan solat tarawikh di situ. Sepanjang bulan Ramadhan solat tarawikh dipimpin oleh al-hafiz Imam Besar Masjid Negeri.
...
Selepas 'punch-out' sekitar 5.30 ptg. saya bergegas ke masjid untuk mandi dan salin pakaian. Jika saya balik dulu ke rumah alamat tak kesampaianlah hajat saya untuk berbuka puasa di masjid negeri. Jarak antara rumah dan masjid negeri ialah 30km dan mengambil masa lebih kurang 40 minit perjalanan dengan kereta.
...
Dipendekkan cerita, semasa saya sedang berjalan ke tempat berbuka berkatalah seorang pekerja masjid (pekerja am) sambil menunjuk kepada seorang jemaah yang baru tiba, "Tenguk tu, sebelum ni tak pernah datang ke masjid, tetapi bila ada majlis berbuka baru datang ke masjid."
...
Walaupun kata-kata itu tidak ditujukan kepada saya, tetapi saya memang tidak pernah datang berbuka puasa di masjid sebelum ini. Sedikit sebanyak terasa juga hati saya ni beb. Tidak kisahlah kan sama ada orang itu tidak pernah datang ke masjid sebelum ini, tetapi dengan adanya majlis berbuka puasa maka mereka datang sama-sama memeriahkan masjid tersebut. Sekurang-kurangnya kita telah berjaya menarik mereka untuk ke masjid, dan mudah-mudahan Allah membuka hati mereka untuk selalu ke masjid pada waktu-waktu yang lain.
...
Selepas malam itu saya tidak lagi berbuka dan solat tarawikh di Masjid Negeri Melaka Negeriku Sayang!


Masih Awal Lagi

Jemaah Sudah Mula Memenuhi Tempat Duduk - Bangla Mari!

Berbual Mesra Sambil Menunggu Waktu Maghrib
Pakcik yang duduk dua dari kiri bawa ikan tenggiri masak asam pedas dan jeruk cili -
fuuh, sedap beb hingga menjilat jari.

4 comments:

  1. Hj Saad,

    Sekali lagi saya mintak maaf pada pembaca blog Hj.....saya tak boleh tahan dengar citer ni.....bengang betul dengan kenyataan pegawai masjid yang tak sekolah tu.....kalau di Masjid Nabawi....kekadang tangan kita ditarik suruh duduk sebelah orang yang buat makan dan berbuka puasa tu....roti keping bahagi 4 dan minyak wangi dicalit ke tangan kita sepanjang saf.......berbeza betul perangai pegawai masjid Negeri Melaka tu.....kita bukannya hadap sgt nak makan pun....cuma nak merasa berbuka di masjid....so far saya belum pernah berbuka di masjid lagi.....rasa2 tahun depan nak cuba pulak.....kalau jumpa pegawai begini saya tak gerenti akan senyummmmm...silap2 saya tempelak muka dia.....masjid bukan hak dia sorang.....

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum tuan rosli.

    Yang cakap tu bukan tok imam, bilal dsb ..... tapi pekerja am.

    Berbuka ramai-ramai di masjid memang menyeronokkan sebab lepas tu kita boleh solat berjemaah di masjid.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tn Hj,

    Sepatutnya kita berasa syukur ramai orang yang berbuka dan seterusnya bersolat berjemaah di Masjid.....dan seteusnya membuka hati kepada mereka yang datang untuk terus berjemaah bukan hanya di bulan Ramdhan sahaja....

    Yang bercakap patut berfikir juada untuk berbuka puasa bukan daripada duit poketnya.......kalau pun drpd duit poketnya dia tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan yang menyebabkan tiada keikhlasan untuk membuat amal jariah di bulan Ramadhan...

    Dugaan di bulan Puasa.....

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam pesona.

    Betul tu, di mana keikhlasan!

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.