Monday, April 4, 2011

Machiavelli Melayu dan Berita Oleh Orang Fasik

Assalamu'alaikum wm wbr.
.
Sekarang ini suasana politik di Malaysia tersangat huru hara dan kacau bilau sama seperti keadaan negara Jepun pasca gempa bumi dan tsunami 11 Mac 2011 yang lepas.  Fitnah memfitnah sudah menjadi sesuatu yang dianggap biasa dan salah satu cara untuk menjatuhkan orang yang tidak disukai. Menurut ilmu pengurusan, orang yang melakukan perkara sebegini dikatakan memiliki fahaman Machiavellianisma - "Matlamat Menghalalkan Cara". Maksudnya, buatlah apa cara sekalipun, sama ada betul ataupun salah, asalkan cita-cita tercapai.
.
Saya takut kalau-kalau ini mengundang kemurkaan Allah memberi padah kepada negara kita. Lihat sahaja Jepun yang canggih dengan teknologinya (rumah tidak runtuh dilanda gempa) dan sebuah negara yang kaya raya, tetapi warganya hidup bergelumang dosa, maka Allah SWT mengirim gempa dan disusuli dengan tsunami yang merobohkan tembok taro (untuk menahan ombak tsunami) yang begitu dibanggakan oleh mereka sehinggakan rumah-rumah, kereta, dsb berhanyutan dan ranap menyembah bumi.
.
Sekarang ini di Malaysia heboh diperkatakan tentang video seks yang cuba dikaitkan dengan seorang bekas pemimpin negara yang diketengahkan oleh kumpulan Datuk T. Bagi saya, sebelum kita terus mempercayai berita tersebut, kita perlu kembali kepada garis panduan al-Quran dan Hadis, di mana Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 6:
.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. 
.
Yang menjadi tumpuan di sini ialah "berita yang dibawa oleh orang fasik". Siapakah dia orang yang fasik? Orang fasik ialah orang yang sentiasa melakukan dosa-dosa kecil atau orang yang melakukan dosa besar walaupun satu kali dan tidak bertaubat. Apakah dosa besar itu - antaranya ialah:

1. Menyekutukan Allah atau Syirik
2. Membunuh manusia
3. Melakukan sihir
4. Meninggalkan solat
5. Tidak berpuasa pada bulan Ramadhan tanpa 'uzur syarie
6. Tidak mengerjakan haji walaupun mampu dan berkuasa
7. Berzina
8. Memakan riba
9. Saksi palsu


Oleh yang demikian, setelah dibuat pertimbangan yang sewajarnya, setalah dicampur, ditolak, didharab, dan dibahagi, maka keputusan saya ialah ....

Menolak kesahehan berita tersebut. Anda bagaimana?


3 comments:

  1. Sediakan 4 saksi yg benar dulu.. kemudian baru di siasat.. klu tiada saksi , org yg buat tuduhan pula yg perlu disiasat...kembali la menjunjung hukum allah

    ReplyDelete
  2. bila kena orang yg kita sanjung, kelihatan alim, cakap sentiasa diselit dengan hadis, bekas org kuat abim...kita selalu bias. kenapa mesti kita bersikap begini... adakah semua orang yg pandai berceramah ugama itu maksum? adakah rakaman video yg disahkan asli oleh pakar juga dikatakkan sekadar "BERITA" bukankah ianya "BUKTI". Jika dilihat disenarai yg dikatakan fasik itu, adakah hero pelakun video itu melepasi segala yg list FASIQ tu?

    bukan ke syaitan memang sentiasa mahu menyesatkan manusia, bagi saya, berlapang dada dan sembahyang istiharah dan berdoa agar ALLAH menunjukkan kebenaran dan mohon agar anuar bercakap benar dan hanya yang benar

    Bagi saya, tolak kebenaran apabila "bukti" sudah terbentang didepan mata... adalah ignorence, sedangkan pada pandangan saya si pelakun merupakan pemimpin yg memang terserlah sebagai pandai mengAyat... tapi, perlaksanaan? setakat ni di selangor... menifesto yg dibuat pada PRU langsung lalu tidak dipenuhi...

    ReplyDelete
  3. Asaalamu'alaikum wbt raudhah.

    Harap maaf, orang yang kena tuduh (OKT) di sini tidak pernah termasuk dalam senarai orang yang saya sanjung. Tidak kiralah dia bekas orang kuat ABIM ke dsb, dia tidak termasuk orang yang saya sanjung.

    Pokok persoalan di sini ialah orang fasiq. Maka berita yang dibawa oleh orang fasiq, mengikut al-Quran perlu dikaji, diselidik, dikunyah, tidak boleh ditelan bulat-bulat.

    Orang fasiq tst perlu lihat diri sendiri, apa yang dia telah buat sebelum bawa berita apa orang lain buat. Adakah dia lebih baik daripada OKT?

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.