Monday, September 27, 2010

Kenali Kapal Haji -- Malaysia Kita dan Malaysia Raya

Assalamu'alaikum wm wbr.

Dua buah "kapal haji" yang masyhur ialah "Malaysia Kita" dan "Malaysia Raya". Kedua-dua kapal ini adalah milik syarikat Messageries Maritimes.Nama asal bagi "Malaysia Kita" ialah Vietnam dan nama asal "Malaysia Raya" ialah Laos.

Kapal "Malaysia Kita"

Nama asal kapal "Malaysia Kita" ialah "Vietnam" dan ia dilancarkan pada 14 Oktober 1951 bagi perkhidmatan Indo-China-Pacific. Pada bulan September 1967 nama "Vietnam" ditukar kepada "Pacific" dan menjalankan perkhidmatan Australia -- Tahiti. Pada tahun 1967 kapal ini dibeli oleh syarikat Great Malaysian Lines dan namanya ditukar kepada "Malaysia Kita" dan digunakan untuk mengangkut jemaah haji dari Malaysia ke Jeddah. Nasib malang menimpa kapal ini di mana ia mengalami kebakaran pada tahun 12 Mei 1974 ketika sedang berlabuh di Teluk Katong, Singapura dan akhirnya tenggelam. Pada ketika itu saya berada di Singapura bertamu di rumah abang sulung dan sempat menyaksikan kapal ini terbakar, tapi sayang saya tidak ada kamera untuk merakam peristiwa tersebut.

Malaysia Kita - Panjangnya ialah 163.6m

"Malaysia Raya"

Kapal "Malaysia Raya"

Nama asal kapal "Malaysia Raya" ialah "Laos" dan ia mula dilancarkan pada 21 Disember 1952. Sebagaimana "Vietnam", Laos ialah milik Messageries Maritimes bagi perkhidmatan Indo-China-Pacific. Pada tahun 1971 "Laos" dibeli oleh syarikat Great Malaysia Line untuk dijadikan "kapal haji" dan ditukar namanya kepada "Malaysia Raya". Kapal ini juga mengalami nasib yang sama dengan "Malaysia Kita" iaitu mengalami kebakaran pada 23 Ogos 1976 di Pelabuhan Kelang dan tenggelam.


Sumber: http://www.merchantnavyofficers.com/hadj.html


7 comments:

  1. aslm encik,tumpang berkongsi ilmu tentan g kapal haji,harap benarkan saya muatkan dlm blog saya...terima kasih

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam wbt wani.

    Silakan, silakan wani dan panjang-panjangkan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. As salam Tuan, Suka saya nyatakan di sini bahawa ibunda saya Hjah. Siti Jamilah@Rahimah bte Abd. Rahman pernah berkhidmat sbgai jururawat di atas kapal 'Malaysia Kita' pada thun 1971-1972. Beliau amat gembira dgn photo yg tuan siarkan dalam Blog ini...Antara Nostalgia terbaik yang Allah anugerahkan katanya...!!!

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam Hazlan

    Alhamdulillah, tentu banyak kenangan dan pengalaman bonda tuan yang boleh dikongsikan untuk tatapan generasi sekarang dan yang akan datang.

    ReplyDelete
  5. Saya MOKHTARJAN pernah berkerja dikapal haji MALAYSIA RAYA kalau nak tahu cerita zaman tu boleh la.macam2 cerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tuan saya berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang kapal haji. Email tuan?

      Delete

Assalamu'alaikum wm wbr. Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. Sebagai insan biasa, kadang-kadang saya terlepas pandang akan ulasan/soalan-soalan yang dikemukakan. Namun selepas menyedarinya, saya akan cuba balas kembali ulasan-ulasan tuan/puan/cik.