Thursday, March 18, 2010

Panduan Umrah – 07 – Persiapan Diri Sebelum Berangkat

Assalamu'alaikum wm. wbr.

Tuan/puan pembaca yang budiman.  Apa yang saya tulis di bawah ini adalah sebagai peringatan kepada diri saya sendiri.  Tiada niat untuk menunjuk pandai, terlebih alim, terlebih baik dan sebagainya. Namun sama-samalah kita mengambil manfaat daripadanya.

Sayugia sebelum kita berangkat menunaikan umrah, sebaik-baiknya kita lakukan beberapa persiapan supaya pemergian kita ke tanah suci benar-benar dapat menyucikan jiwa dan menguatkan akidah. Sebab kita pergi ke tanah suci bukan untuk bersuka-suka, atau untuk melihat pemandangan, untuk melepaskan rindu kepada kaabah dan sebagainya. Kesemua tujuan tersebut tidak memberi kesan kepada kita apabila kita pulang ke tanah air nanti. Apa yang diharapkan daripada ibadat umrah atau haji sebenarnya ialah pembaikan ke atas diri kita apabila kita pulang. Yang itulah yang lebih penting, daripada kepuasan diri dapat berada di Masjidil Haram dsb.

Diriwayatkan daripada Abi Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang menunaikan haji ke Baitullah sedangkan dia tiada melakukan persetubuhan dan perkara yang dilarang maka bersihlah ia daripada dosanya seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya." - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi tujuan sebenar kita menunaikan umrah atau haji ialah untuk memperbaiki jiwa. Setiap hari, keadaan diri kita mestilah lebih baik daripada yang sebelumnya. Hari ini lebih baik dari semalam dan begitulah seterusnya, dan seterusnya – pembaikan berterusan atau dalam bahasa Jepun disebut kaizen. Oleh itu perlulah kita membuat persediaan awal yang mantap agar kita mendapat suatu kebaikan yang amat besar daripada ibadat umrah tersebut.

Antara perkara-perkara yang perlu dibuat persediaan ialah:

1. Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah Taala. Semata-mata kerana Allah s.w.t. Semata-mata kerana Allah s.w.t. – menunaikan tuntutan Allah s.w.t. mengerjakan umrah yang diwajibkan ke atas diri seseorang muslim. Jadi niat ini perlu selalu disemak dan diperbetulkan supaya jangan terpesong.

2. Bertaubat atas segala dosa dan kelalaian kita kepada Allah s.w.t. Kalau kita sebelum ini jauh dengan ajaran Allah s.w.t., kita dekatkan diri kita kepada Allah. Lakukan solat taubat dan perbanyakkan istighfar. Kalau boleh solat taubat tersebut dikhususkan untuk satu-satu kesalahan.

Begitu juga, jika kita ada menzalimi orang, terambil harta orang, kita pulangkan harta tersebut, atau kita minta supaya dihalalkan, dan minta maaf daripada semua orang yang pernah kita lakukan kesalahan terhadap mereka.

3. Pastikan perbelanjaan umrah kita daripada sumber yang halal. Begitu juga nafkah orang yang kita tinggalkan di rumah, juga pastikan daripada sumber yang halal.

4. Belajar sehingga mantap akan cara atau kaifiat mengerjakan umrah.

5. Mencari teman dan rakan yang baik dalam perjalanan. Sebab kadang-kadang ada teman ketika di sini baik, tetapi di Makkah berbalah. Ada juga insiden suami isteri berbalah atau bermasam muka. Kadang-kadang perkara tersebut tidak masuk akal tetapi berlaku. Sebagai contoh, ada suami isteri yang bercerai selepas melakukan ibadah haji.

6. Tingkatkan amalan ibadat, zikir, membaca quran, qiamullai, bersedekah (harta, anggota badan, lisan), tafakkur, dan sebagainya dengan harapan mudahlah kita lakukan amalan-amalan tersebut di tanah suci nanti. Kalau kita sebelum ini belum pernah melakukan amalan-amalan yang dinyatakan di atas, ketika di Makkah dan di Madinah baru hendak lakukan, maka kadang-kadang terasa menjadi suatu bebanan dan paksaan, yang akhirnya kita memaksakan juga diri melakukannya. Amalan yang dilakukan kerana terpaksa, apabila balik ke tanah air, sukar untuk diteruskan – jadi tidak ada penambah baikan yang berlaku. Oleh yang demikian latihlah diri sebelum berangkat, dan latihan ini memerlukan masa yang panjang.

7. Mengetahui sifat-sifat yang terpuji dan sifat-sifat yang tercela. Pupuklah diri dengan sifat-sifat yang terpuji dan cuba buangkan sifat-sifat yang tercela.

8. Kurangkana gurau senda dan bercakap yang sia-sia (termasuk lepak berjam-jam di hadapan komputer untuk berbelog, berforum, berchatting, dsb).  : D

9. Banyakkan berdoa terutama pada masa dinihari, memohon supaya ibadah umrah yang akan dilaksanakan diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Juga berdoa agar selamat perjalanan pergi balik, selamat orang yang ditinggalkan, selamat harta benda, sihat tubuh badan, doa agar Allah kurniakan kita hati yang ikhlas, agar Allah memberi petunjuk dan sebagainya.

10.  Jaga kesihatan agar diri sentiasa sihat dan berstamina sebab ibadah umrah atau haji banyak melibatkan aktiviti-aktiviti fizikal seperti tawaf dan bersaie.  Bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, eloklah lakukan pemeriksaan kesihatan sebelum berangkat.  Sediakan segala ubat yang diperlukan kerana walaupun banyak farmasi dan klinik-klinik di Makkah dan Madinah, tetapi harga ubat-ubatan di sana agak mahal. 

Bagi orang yang menghidap sakit gouty athritis (gout) – macam saya, elakkan memakan makanan yang banyak protein seperti segala jenis kacang, ikan bilis, makanan laut seperti sotong, ketam, udang, daging merah, organ-organ dalaman lembu dsb. dua atau tiga bulan sebelum berangkat agar paras asid urik dalam darah tidak meningkat.  Untuk mengurangkan paras asid urik, kita bolehlah mengambil allopurinol tetapi ini hendaklah dilakukan berbulan-bulan sebelum kita berangkat ke tanah suci sebab kesan awalnya ialah ia akan mencairkan asid urik yang telah mengeras menjadi kristal di dalam tisu-tisu badan. Jadi pada peringkat awalnya, ia akan trigger radangan gout yang sangat menyakitkan.  Dan jangan lupa untuk banyak minum air.
Jadi daripada awalnya kita cuba lakukan amal kebaikan mudah-mudahan apabila kita berada di tanah suci mudahlah kita melakukan amalan-amalan tersebut.

61 comments:

  1. assalamualaikum tuan hj. saya nak minta izin share utk sy dan kawan2 yg akan mengerjakan umrah dlm masa terdekat. segala ilmu yg ada di dlm blog ini mmg amat berguna bagi sy dan rakan2. semoga Allah merahmati tuan sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam wm wbr.

    Silakan! silakan! Ahlan wa sahlan.

    Semoga Allah permudahkan perjalanan umrah anda dan semoga mendapat umrah yang maqbul. Amin.

    ReplyDelete
  3. Mahyudin MuslimanMay 10, 2011 at 1:16 PM

    Assalamualaikum Tuan Haji,

    Izinkan saya copy kandungan yang berkaitan dengan umrah diruangan Tuan Haji ini ya sebagai panduan & rujukan. Insyallah saya akan mengerjakan umrah bersama Ibu, kakak & Isteri Jun ini. Semoga Allah merahmati Tuan Haji sekeluarga..

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam wm wbr.

    Silakan tuan Mahyudin Musliman. Semoga Allah mempermudahkan ibadah umrah tuan dan semua mendapat umrah yang maqbul, insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum tuan hj,
    Ilmu yg diberikan oleh Allah s.w.t kpd Tuan Haji dapat saya pelajari dan menjadi panduan semasa mengerjakan umrah pada bulan ini.semoga allah sahajalah membalas jasa tuan haji sekluarga..amin

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikum salam wm wbr suhaimi

    Alhamdulillah, semoga apa yang saya tulis ini dapat memberi manfaat kepada tuan dan kepada para pembaca sekelian.

    Yang baik adalah daripada Allah SWT dan segala silap dan salah adalah kelemahan diri saya sendiri.

    Selamat berangkat ke tanah suci, dan semoga selamat kembali ke tanah air, dan semoga mendapat Umrah yang maqbul, Amin.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Tuan Haji,

    Alhamdulillah sejak terbuka dan tergeraknya hati saya untuk mengerjakan UMRAH, blog Tuan Haji lah yang saya terjumpa buat kali pertama dalam saya mencari tempat merujuk untuk persiapan sebelum menunaikan UMRAH. Setakat ini alhamdulillah segala niat saya mendapat kerjasama yang tak disangka2 hinggakan ada pihak yang sanggup menawarkan segala kos perbelanjaan saya ke sana... Segala2nya telah dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Disini saya mohon keizinan Tuan Haji untuk menyalin segala panduan dan nasihat sebagai bahan rujukan saya dan juga sahabat saya yang akan bersama2 dengan saya. Semoga Tuan Haji dan keluarga terus dilimpahi Rahmat oleh Allah SWT.

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikum salam zaidimustapha,

    Silakan, silakan tuan. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Tuan Haji
    Mohon copy paste untuk rujukan sendiri. Terima kasih

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikum salam anonymous

    Silakan, terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wbt,

    Izinkan saya Kongsi sedikit lagi tambahan.
    Selain daripada "senarai semak" yang telah tuan haji senaraikan di atas, saya ingin menambah sikit, i.e. buat senarai semak pada
    RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN kita.

    i. perbetulkan iktikad kita dalam "memaknakan" syahadah kita. biar setiap saraf dan sel kita merasai benar getarannya apabila kita melafazkan kalimah 'lailahaillallah muhammadurrasulullah'. Kerana Syahadah itu janji kita. janji HATI kita.

    ii. perbaikilah kualiti solat fardhu kita sebelum memperbanyakkan kuantiti solat sunat kita. adakah tahap solat kita masih sama seperti ketika belajar di sekolah dulu? perbaiki bacaan kita. Sebab if tak silap ada hadis ne; rasulullah s.a.w bersabda "bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat". Dalam solat itu ada doa yang kita pohon. Dan Allah pun suruh kita berdoa dengan khusyuk dan yakin kan. bukan dengan sambil lewa.

    iii. Puasa - juga perbaiki kualiti puasa fardhu kita dan banyakkan berlatih puasa sunat. bukankah puasa itu dapat menundukkan nafsu? Puasa kan BENTENG nafsu manusia. Insya Allah.

    iv. zakat - dah jelaskan ke zakat2 kita? kerana dalam setiap rezeki kita ada haq orang lain. tunaikanlah zakat dengan sempurna. Bersihkan diri dan harta kita sebelum pergi.

    v. pergi haji - belajar ilmu haji dan mudah2an dapat menunaikan haji dengan penuh ketenangan dan dikurniakan haji yang mabrur. kerana haji itu perjalanan menuju Ilahi.

    juga sedikit tambahan, bacalah kisah2 sejarah kota mekah dan madinah, supaya perjalanan kita lebih ada "soul". Selami juga sirah rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda supaya kita dapat menjiwai perjalanan haji dan umrah kita dan insya Allah dapat membantu mengurangkan "sikap suka complain". contoh, kalau kita nak complain roti yang diberi keras dan kasar, ingatlah bahawa rasulullah s.a.w tidakk pernah makan roti yang dihaluskan. Juga, jika rasa nak complain perjalanan dari madinah ke mekah itu jauh dan bas kurang selesa, ingatlah, rasulullah s.a.w hanya menaiki unta selama berhari-hari lamanya.

    semoga bermanfaat. Jika ada salah fakta daripada saya, mohon teguran ya.
    wallahualam.

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikum salam wbt nhhas.

    Alhamdulillah, memang sepatutnya begitulah. Mesti ada kaizen - penambahbaikan berterusan dalam amalan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum wr wb Tuan Haji. Jazakallah khairan atas perkongsian yang manfaat. Saya mohon izin kongsi ilmu berkaitan umrah ini untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan.

      Delete
  13. assalamualaikum tuan haji,

    maaf tn haji, saya tershare posting berkenaan umrah di fb tanpa minta keizinan tn haji dulu. harap tn haji izinkan. insya allah, 8-15 april ni, saya bersama staf2 muslim di tempat bekerja akan menunaikan umrah.

    posting tuan haji mengenai umrah nie mmg sangat membantu..terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Wa'alaikum salam sykn's

    Tiada masalah sykn's ... saya izinkan asal sykn's mention sumber rujukan blog ini. Alhamdulillah.

    Semoga sykn's dan kawan-kawan selamat pergi menunaikan umrah dan selamat kembali ke tanah air dan mendapat umrah yang maqbul, amin.

    Kalau tidak keberatan, apabila berada di hadapan kaabah, sykn's doakan saya, isteri, dan anak-anak mendapat kesihatan yang baik dan kebahagian hidup dunia dan akhirat.

    Sekian, wasalam.

    ReplyDelete
  15. mohon izin untuk share dengan jemaah yang lain

    ReplyDelete
  16. Asssalamu'alaikum wbt mimi

    Ya silakan, silakan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum tuan haji,
    Terima kasih atas ilmu yang tuan haji berikan akan menjadi panduan untuk saya menunaikan umrah bersama suami pada bulan mei ini.saya doakan tuan haji sekeluarga akan mendapat kebahgiaan hidup di dunia dan di akhirat. Aminn

    ReplyDelete
  18. Wa'alaikum salam wbt zai.

    Sukacita saya bacakan doa yang telah dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada seorang pemuda yang akan berangkat mengerjakan umrah.

    "Semoga Allah membekalkan kepada puan ketaqwaan, membimbing puan dalam kebaikan, dan mencegah daripada puan kesusahan. Juga semoga Allah menerima umrah puan sekeluarga, mengampuni segala dosa puan, dan menggantikan perbelanjaan puan."

    Amin, Amin Ya Rab al-'alamin

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum :)
    terima kasih tuan haji kerana banyak berkongsi tentang pelbagai info menarik tentang umrah di blog tuan haji.

    info2 ni dapat la menjadi panduan kepada saya untuk kerjakan umrah dengan keluarga saya.

    semoga hidup tuan haji sentiasa diberkati Allah. amin
    doakan saya selamat pergi dan balik dan mendapat sesuatu yang amat berharga selepas pergi melakukan umrah ini. terima kasih sekali lagi tuan haji :)

    ReplyDelete
  20. Assalamu'alaikum wbt purplekyu^_^

    Alhamdulillah, saya doakan purplekyu^_^ dan keluarga semoga mendapat umrah yang maqbul, sai'e yang mashkur (diterima), sihat tubuh badan, dan selamat pergi dan kembali ke tanah air. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan ibadat umrah purplekyu^_^ dan keluarganya. Gantilah perbelanjaannya dengan yang lebih baik. Amin, ya Rab al-'alamin.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Tuan Haji.Mohon copy paste untuk rujukan sendiri. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Ya, silakan khairul. Terima kasih - alhamdulillah.

      Delete
  22. salam...kepada sesiapa yg ingin menunaikan umrah ..sebulan atau 3 minggu seblm umrah yg d jadual kan ..WAJIB telepon travel agent utk memastikan urusan tiket tidak ada masalah dgn bukti nombor booking....pas tu sila la check up d sykt penerbangan pastikan ada nama anda d sana...terima kasih ust sebb membenarkan sy post info ini utk berkonsgi pengalaman yg saya...doakan moga sy dapat g suatu masa nanti ...aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Ya benar, kita kena selalu check dengan Travel Agent (TA), walaupun kadang-kadang TA naik bosan sebab selalu sangat kita telefon, dsb.

      Baru-baru heboh diperkatakan dalam surat khabar tentang sebuah TA yang tipu bakal jemaah UMRAH di Melaka. Pemilik TA tersebut diberitakan masuk hospital sbb termakan racun anai-anai - tension mungkin.

      Jadi, berhati-hatilah ketika memilih TA. Pilih yang sudah terbukti kredibilitinya. Kadang-kadang TA ok, tetapi agen atau wakil TA diperingkat daerah / negeri yang buat hal seperti yang saya telah terkena pada Januari 2011 dan telah saya ceritakan dalam komen pada pautan berikut: http://msaadhamid.blogspot.com/2012/04/umrah-2011-hari-ketiga-rabu-5-mei-11_11.html?showComment=1338077984128#c6419699298361080474

      Delete
  23. Assalam
    terima kasih atas maklumat yg amat b'guna ini utk sy & suami..
    insya Allah akan menunaikan umrah pd awal julai ini..
    semoga Allah sentiasa merahmati Tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Amin, amin, Ya Rab al 'alamin. Saya turut mendoakan puan dan suami puan mendapat umrah yang maqbul, sihat tubuh badan, sentiasa dipermudahkan segala urusan semasa berada di haramain, dan selamat pergi dan kembali ke tanah air. Amin, Ya Rab al 'alamin.

      Delete
  24. Assalamualaikum tuan,

    Terima kasih atas ilmu tuan.
    Saya google 'doa utk tunai umrah'. Saya temui blog tuan. Saya tak jumpa doa yg khusus, tapi saya jumpa lebih dari itu. Antara yg saya pelajari...buat persiapan, tunjuk effort utk buat umrah. Mudahan saya dan keluarga diizinkanNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Sama-sama. Kita patut ucap terima kasih juga kepada En. Google dan blogspot sbb mereka menyediakan engin pencarian maklumat dan juga tempat untuk berbelog.

      Alhamdulillah, entri-entri dalam blog saya kebanyakannya fokus untuk tujuan berdakwah dan memberi penerangan untuk manfaat umat Islam. Syukur kepada Ilahi, puan (tuan?) telah menemui blog ini dalam jutaan laman web yang ada di maya pada ini.

      Semoga maklumat yang terdapat dalam blog saya ini bermanfaat kepada anonymous dan semoga Allah SWT murahkan rezeki anonymous dan seterusnya menjemput anonymous dan keluarga mengerjakan umrah dan ziarah ke haramain (masjid Nabawi dan masjidil haram). Amin, Y Rab al 'alamin.

      Delete
  25. assalamualaikum ...izinkan saya share ilmu2 yang ada kat sini untuk panduan saya, keluarga dan teman2 di perantauan ni ya....moga Allah meberkat segala ilmu yang anda sebarkan ini dunia akhirat..wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam

      Ya silakan dan semoga bermanfaat. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini. Alhamdulillah

      Delete
  26. Assalamualaikum ustaz,

    Terima kasih diatas perkongsian ilmu Ustaz. InsyaAllah saya akan mengerjakan umrah bersama kedua org tua saya pada awal bulan Mac 2013 ini. Semakin hampir harinya semakin debar di hati saya. Gembira, takut, resah dan sebagainya. Semoga segala urusan kami sekeluarga di permudahkan diberkati dan dirahmati.

    Terima kasih sekali lagi kepada ustaz diatas perkongsian ini. Semoga Allah sentiasa merahmati Ustaz sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar sebab kita nak buat benda baik. Perbanyakkan istighfar dan taubat sebelum berangkat ke sana dan juga berdoa agar Allah SWT memudahkan segala urusan kita di sana.

      Semoga tuan/puan selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air dan semoga umrah yang dilakukan diterima oleh Allah SWT serta mendapat barkat dan rahmat daripada-Nya. Amin.

      Delete
  27. Assalamualaikum Ustaz.
    Alhamdulillah,Allah telah menunjukkan kpd saya blog ustaz utk saya pelajari panduan2
    utk menunaikan umrah.Sememamang nya ilmu2 yg ustaz perturunkan itu bermunafaat utk
    saya & sahabat2 yg lain.Saya minta izin dgn ustaz untk berkongsi ilmu2 tersebut sebagai panduan umrah saya&isteri.Insya Allah kami akan berangkat mengejakan umrah pada 31 may 2013.Semoga segala urusan kami dipermudakan,dirahmati & diberkati
    dunia & akhirat.Jutaan trm ksh kpd ustaz diatas keizinan perkongsian ilmu2 tersebut.
    Semoga ustaz sekeluaga sentiasa berada didalam rahmat Allah,Amin ya Robbalalamin.



    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan kepada tuan suami isteri kerana telah mendapat jemputan oleh Allah SWT untuk melaksanakan umrah pada Mei ini. Saya doakan semoga tuan suami isteri mendapat umrah yang maqbullah. Amin.

      Apa-apa yang baik daripada blog ini adalah datangnya daripada Allah SWT, dan segala kekurangan adalah daripada kelemahan saya sendiri.

      Wasalam.

      Delete
  28. Assalamualaikum,

    Mohon untuk share dan copy maklumat yang terdapat dlm blog Tn Haji. In sha Allah saya dan isteri akan berangkat ke tanah suci untuk tunaikan ibadah umrah kali pertama pertengahan Mac ini. Semoga Allah permudahkan urusan kami di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Saya doakan semuga tuan suami isteri selamat mengerjakan ibadah umrah dan semoga mendapat umrah yang maqbul.

      Silakan salin mana-mana yang bermanfaat, alhamdulillah. Yang benar adalah drpd Allah SWT dan yang salah dan silap adalah kelemahan saya sendiri.

      Delete
  29. alhamdulillah....dlm terkapai2 mencari ilmu utk menunaikan umrah saya tjumpa blog tuan haji yg byk mberi panduan kpd saya dan suami....
    didoakan tn haji sekeluarga dlm perlindungan Allah sentiasa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, ya Rab al 'alamin

      Selamat menunaikan umrah dan semoga maqbullah. Amin

      Delete
  30. Assalamualaikum,
    banyak perlajaran yang saya terima dalam blog ini. Dan alhamdullah banyak yang terjawab dalam mencari-cari kandungan dan tip-tip yang perlu dibuat.
    terima kasih ustaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Alhamdulillah, semoga selamat menunaikan umrah. Amin

      Delete
  31. Salam,

    Mohon copy artikel ni ya..nnti kita bagi kredit. t.kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Ya silakan dan semoga bermanfaat.

      Delete
  32. Assalamualaikum,

    Saya dan suami InsyaAllah akan menunaikan umrah bulan Februari depan. Saya mohon izin tuan untuk copy artikal ini sebagai panduan yang amat berguna bagi saya. Terima kasih, moga tuan dilimpahi rahmat Allah.

    ReplyDelete
  33. Assallammualaikun tuan hj...d sini sya nak bertanykan beberapa soalan kpd tuan haji... saya ada berniat dlm hati nak mengerjakan umrah...saya juga mengajak suami utk mengerjakan bersama ..suami saya seorang mualaf dn kami dah 10tahun berumahtangga d kurniakan 3 org puteri...suami saya dah lama x ke mesjid smbahyang jumaat..tiap kali saya ajukan niat mengerjakan umrah ..suami seolah olah cuba mengelak alasannya belum bersedia dn tak pandai baca ...bukannya saya tak pernah ajar dia sedikit sebnyak ilmu agama islam tetapi suami tak yakin dgn apa yg saya cuba bimbing dia .. malahan sehingga kehari ini suami masih blm lancar menyebut surah al fatihah..saya rasa sedih dn kecewa sebab suami lebih menumpukan kesibukan kerja .. juka kami balik ke kg suami d sebelah pedalaman (kluarga mertua beragama kristian) ..bab penggunaan peralatan dapur , suami tak pernah kisah kami berkongsi peralatan memasak pinggan sudu gelas dgn ahli keluarga nya d kg..walhal semua peralatan itu haram bagi saya kerana mereka menggunkan nya hari2 biasa termasuk ketika makan (daging babi)... saya sering menegur suami .. ustaz sya betul2 nak bertaubat dn bagaimana kah cara nya saya nak bawa suami berhijrah ke jalan yg allah redhai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Mungkin saya boleh jawab melalui email. Alamat email saya ialah msaadhamid@gmail.com

      Delete
  34. as salam, mohon share untuk panduan, moge Allah limpahkan rezeki pd tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya silakan puan, semoga bermanfaat.

      Terima kasih atas doa puan tersebut. Amiin.

      Delete
  35. As salam, Tn. Hj. Saya nak tanya apa hukum menggunakan duit kwsp untuk mengerjakan umrah.

    ReplyDelete
  36. barangkali ada yg butuh travel adaptor cocok dipakai ke mekah untuk konverter buat charge hp atau alat elektronik dari indo
    http://www.kaskus.co.id/thread/523d95d9becb17930a000003/international-travel-adaptor-ke-luar-negeri-wajib-punya

    ReplyDelete
  37. Assalamu'alaikum Tn.Haji. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih atas ilmu yg sgt berguna serta bermanfaat buat bekalan ahli keluarga saya dan bapa saya yg akan mengerjakan umrah tidak lama lagi. Mohon share sebagai panduan kami dan berbanyak terima kasih semoga segala urusan kami dipermudahkan Allah swt. Semoga usaha murni Tn.Haji dirahmati Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Alhamdulillah. Silakan share. Semoga bermanfaat dan semoga mendapat umrah yag mabrur. Amin

      Delete
  38. Assalamualaikum Haji,

    Sebelum kita pergi menunaikan umrah, kita digalakkan untuk meminta maaf dengan semua orang. Bolehkah kita menggunakan laman sosial seperti FB untuk tujuan tersebut? Adalah mustahil kita dapat bertemu dengan semua orang untuk meminta maaf. Apakah hukumnya? Dikhuatiri orang akan menganggap kita ingin menunjuk-nunjuk yang kita akan berangkat ke Tanah Suci. Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  39. Slm. Sya nk bertny, jika kita xmampu byr kesemua hutang sblm menunaikn umrah, adkh umrah kota di kira x sah????

    ReplyDelete
  40. Slm. Sya nk bertny, jika kita xmampu byr kesemua hutang sblm menunaikn umrah, adkh umrah kota di kira x sah????

    ReplyDelete
  41. alhamdulillah, bila membaca blog tuan haji yang penuh dengan info ini dapat meresap ke dalam jiwa saya dan dapat menambah ilmu kepada saya untuk mengerjakan umrah..Insyaallah saya akan ke mekah pada pertengahan ramadan ini...Doakan saya semoga selamat dan mendapat umrah yang diterima allah...amin..Ramadan Kareem kepada semua pembaca blog tuan haji...nur dammam ksa

    ReplyDelete
  42. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    ReplyDelete
  43. Adakah anda ingin menjual buah pinggang anda?
    Adakah anda sedang mencari peluang untuk menjual buah pinggang anda untuk wang akibat krisis kewangan dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan?
    Kemudian hubungi kami hari ini melalui dr.louisclinic@gmail.com dan kami akan menawarkan jumlah yang baik untuk Buah Pinggang anda kerana kami segera memerlukan buah pinggang di klinik kami atau hubungi 918704214690
    e-mel: dr.louisclinic@gmail.com
    whatsapp: 151723425345
    Harga: $450,000

    ReplyDelete
  44. Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.