Wednesday, February 25, 2015

Tip Untuk Mudah Masuk ke Hiijr Ismail.

Assalamu'alaikum wbt

Bagi jemaah lelaki, untuk mudah masuk ke dalam hijir Ismail, 15-20 minit sebelum solat fardhu, lakukan tawaf sunat. Biasanya saya tawaf semasa azan dikumandangkan, maka sempatlah saya membuat dua atau tiga pusingan tawaf sebelum polis/petugas Masjidil Haram mengarahkan jemaah berhenti tawaf untuk solat.


5:34 am 15 Mei 2010 - Tak sabar menunggu solat subuh

Semasa kita sedang tawaf, kebiasaannya ketika hampir solat didirikan akan ada jemaah berdiri/duduk membina saf. Kita teruskan tawaf dan apabila sampai berhampiran dengan pintu hijir, kita berhenti dan buat saf di situ - seperti gambar di atas. Selepas habis solat .... apa lagi .... zuuuup kita menyelitkan diri masuk ke dalam hijir. In shaa Allah, kita akan dapat ruang untuk solat. Selamat mencuba.








Tuesday, February 24, 2015

Cerita Dari Makkah: Solat Bersendirian Di Hijir Ismail

Assalamu’alaikum wbt

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT di atas segala nikmat kurniaan-Nya, sama ada yang kita sedari mahupun yang tidak kita sedari. Selawat dan salam diucapkan kepada Rasulullah , juga kepada ahli keluarganya yang mulia serta kepada para sohabatnya yang setia.

Setelah sekian lama menyepi, pagi ini saya dapat kekuatan untuk meng`update' blog yang penuh bersawang ini. Entri hari ini ialah berkaitan dengan gambar yang saya tempelkan di bawah ini.

Sumber gambar: TheDeenShowTV

Bak peribahasa Melayu yang sering kita dengar: ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Ya, begitulah yang terjadi kepada pekerja pembersihan di kawasan kaabah, Masjidil Haram seperti yang kita lihat pada gambar di atas.  Sungguh bertuah insan tersebut. Dia dapat bersolat di situ setiap hari semahu-mahunya, sepuas-puasnya – Subhanallah! 

Mengikut apa yang ditulis oleh Deen Show dalam facebooknya (kesahihannya tidak diketahui), pekerja tersebut mendapat bonus kerana tugasan hariannya yang cemerlang. Namun pekerja budiman tersebut menolak tawaran tersebut. Sebaliknya beliau memohon agar dibenarkan untuk solat bersendirian di kawasan hijir Ismail. Permohonannya diperkenankan dan masyaaAllah para jemaah dapat menyaksikan insan tersebut melakukan solat sunat di hijr Ismail secara bersendirian sepuas-puasnya. Wallahu aklam.

Ulasan saya:

Beliau tidak berseorangan mendapat keistimewaan tersebut. Saya pernah menyaksikan seorang pekerja Bangladesh yang mengiringi imam untuk solat fardhu melakukan solat sunat di hijir Ismail bersama-sama dengan imam sebelum solat fardhu dimulakan. Subhanallah!

Juga saya pernah melihat para pekerja yang membersihkan kawasan hijr Ismail setelah kawasan itu ditutup, mengambil kesempatan untuk solat di situ selepas tugas pembersihan selesai dilakukan. 

Jadi berita oleh Deen Show di atas perlu dipastikan kesahihannya. Walau apa pun saya cemburu dengan keistimewaan mereka dapat solat di hijr Ismail dengan tenang, tanpa berdesak-desakan dsb. Allahu Akbar!

Sumber: https://www.facebook.com/TheDeenShowTV/photos/a.403322546103.185913.207242941103/10152064883486104/