Tuesday, April 30, 2013

Jom Dengar Lagu Paling Hot Masa Ini


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه


Sila klik video di bawah



Monday, April 29, 2013

Income Tax - Sian Kat Aku Dah Bersara Pun Kena Bayar Cukai


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه



Alhamdulillah, baru sebentar tadi aku submit e-filing untuk cukai taksiran 2012. Campur tolak, dharab bahagi, maka aku dikenakan cukai sebanyak RM$$$$.

Sepatutnya dengan pelepasan yang begitu banyak aku tidak dikenakan cukai sebab termasuk kategori berpendapatan tidak dikenakan cukai -- Ha ha ha, ayat belit-belit kasi pening sikit.  Contohnya kalau beli buku - diberi pelepasan hingga RM1000.00 - jika simpan resit lah. Orang macam aku ni mana pandai simpan resit. Anak masuk matrikulasi dah tentu beli buku. Kalau pergi mana-mana shopping complex, sudah tentu aku singgah kat kedai buku dan rembat 2-3 buah buku kat situ. Tapi bila nak declare income tax, masa itulah resit-resit tersebut menyorok entah ke mana. Apa! Boleh tipu? Memanglah boleh tipu pihak income tax, tapi kat Allah kita boleh tipu ka?

Benda ni memang melecehkan sebab kena declare tiap-tiap tahun. Sepatutnya orang yang bersara macam aku ni memang sepatutnya tak payah bayar cukai - walaupun tahun lepas aku masih bekerja - sebab sekarang aku dah tak bekerja. Dah tak ada duit dah nak bayar cukai.

Memang elok kalau rakyat tak perlu bayar cukai macam Husam Musa cakap tu - kalau PR menang PRU13 pegawai gred 41 ke bawah tak perlu bayar cukai - Tak suka ka? So kalau suka, undilah PR pada 5 Mei 2013 nanti tau! Undi PR, jangan tak undi PR. Mesti undi PR tau. Undi, undi PR.

Infact kerajaan boleh buat lebih daripada itu. Sepatutnya pendapatan bawah RM100,000 setahun tak perlu bayar cukai. Kan bagus kalau macam tu. Barulah rakyat bekerja keras supaya pendapatannya lebih daripada RM100,000 supaya dia dapat bayar cukai dan berbakti kepada bangsa dan negara. Bila lebih daripada 90 peratus rakyat berpendapatan melebihi RM100,000 barulah Malaysia boleh declare sebagai negara Maju.

Anyway, tahun depan legalah aku sikit sebab tak perlu nak pening-pening isi borang e-filing. Nak declare macam mana - income zero - nahe. Nanti tahun depan bolehlah aku merasa BR1M sebanyak 500 hinggit tu bersamaan 8 hinggit 93 sen setahun atau 8 sen sebulan - ini aku kira ambil fakta Malaysia ni sudah 56 tahun merdeka.  Banyak tu! Jangan tak bersyukur pulak.

Kalau nak tahu macam mana nak bersyukur kat kerajaan tu, buatlah macam gambar kat bawah ini. Sian tengok kat orang tu, dia lapar jadi enkorang pangkah lah dia dalam PRU13 nanti yer.


OK lah, banyak pulak aku menceceh kat sini - maklumlah hari ni aku tak pergi kerja, jadi sempatlah taip bukan-bukan kat sini. Anyway kalau ada mana-mana pihak yang terasa hati atas tulisan-tulisan aku sejak dua menjak kebelakang ni, harap jangan simpan lama-lama tau. Maafkanlah aku yang dhaif lagi yatim piatu ni. Maaf ye bang, adik, kakak, Che Det, dll sesiapa saja yang terasa.

Sekian, wasalam.

Senario Yang Tidak Pernah Aku Lihat Sebelum Ini


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه


Ya memang menakjubkan!
Tidak pernah terjadi sebelum ini di Melaka dan Negeri Sembilan.

Jom Ubah!

Jelebu, Negeri Sembilan
Sumber: Dari Sini
Masjid Tanah, Melaka
Sebaliknya ... orang Melayu




Sunday, April 28, 2013

Aduhai Dah Lama Rupanya Komputer Aku Kena Hijack oleh delta-search.com


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه




Sudah 3 bulan saya perasaan komputer saya agak slow tetapi kaspersky tidak pulak report ada masalah virus dsb.

Pagi ini, bila nak cek bacaan surah Yusuf ayat 11 di Internet (tanzil.net) oleh Syekh Husary dll. komputer terus "hang/freeze". Skrin terus hitam, dan yang nampak dan boleh digerak-gerakkan hanyalah mouse sahaja. Dalam hati terus berdoa dan berharap agar semuanya akan ok kembali.

Tekan butang CTRL ALT DEL serentak, tapi komputer tak boleh boot. Sudah - memang kacau dibuatnya. Mahu tidak mahu tekan power switch untuk paksa shutdown dan switch on semula komputer. Sebaik windows startup dan display destop items, benda yang sama berlaku semula. 

Akhirnya force shutdown dan start semula komputer guna safe mode with networking. Lepas tu google cari solutions. Jenuh juga nak cari penyelesaian - banyak sangat cadangan tapi bila dicuba tak dapat selesaikan masalah.

Akhirnya alhamdulillah jumpa juga pembukaan bagi solution ke atas masalah tersebut kat sini:  http://support.microsoft.com/kb/2681286#method22

Jadi saya download MicrosoftFixit.Performance.Run dan run program tersebut serta ikut arahan satu persatu (untuk limitkan program yang akan diloadkan semasa startup windows)


Selepas itu tekan button START--->Control Panel--->Program and Features dan uninstall program-program yang dikenal pasti sebagai tidak diperlukan. Bila selesai semuanya, reboot semula komputer dengan mode normal ............................... dan ... .....  Taadaaa... problem solved! (sebahagian daripada masalah). Alhamdulillah, syukur Ya Allah atas nikmat dan pertolongan-Mu.

Kemudian hati berat berkata bahawa masalah ini disebabkan oleh this culprit delta-search.com - sebab walaupun saya search guna google chrome, tapi kat bahagian atas toolbar window tu selalu tertulis  delta-search.com. So google balik Internet tengok apa ke bendanya delta-search.com tu?

Haa memang sah dah ini dia puncanya. Klik sini
"Delta is a program that offers a web search engine (delta-search.com) and toolbar which are being promoted via other free programs, and once installed on your computer, they will hijack your browser homepage and replace your default search engine. Futhermore, this program will display ads and sponsored links in your search results, and may collect search terms from your search queries."

Next step: Uninstall delta-search.com guna kaedah yang disarankan oleh site ini: http://www.2-spyware.com/remove-delta-search.html Alhamdulillah, semoga lepas ni tak ada masalah lagi, Amin, Ya Rab al 'alamin.


HOW TO REMOVE DELTA SEARCH?

When trying to remove Delta Search virus from the system, you should firstly eliminate it from Add/Remove Programs list. For that, click the Start button and then select Settings -> Control Panel -> Add/Remove Programs. Additionally, remove Delta Search from your browsers:
Internet Explorer:
Open IE -> Tools -> Internet Option -> General tab.Enter Google or other address to make it the default start page.
Mozilla Firefox:
Open Mozilla Firefox, go to Tools -> Options -> General -> Startup. Now select 'Show a blank page' when Firefox Starts or set a certain website, like Google or similar..
Google Chrome:
Open Google Chrome, click on wench icon, go to settings and choose 'Manage search engines'. Change search engine to google or other and delete Delta Search from the list. Then Go to section “On start” and make sure you get blank page while creating new tab.


Inilah Natijah Hasil Didikan Sekular Yang Mengagongkan KEMAJUAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه


Setelah lebih 50 tahun merdeka
dan memburu kemajuan duniawi

Inilah hasilnya.

Buatlah penilaian sendiri - kerja siapa ini?

Sumber: Dari Sini


Monday, April 22, 2013

Aktiviti Selepas Bersara

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

Anak Bulan
sumber: http://cdn.harakahdaily.net/images/stories/PRU13/anak_bulan.jpg

R
asa canggung juga apabila bersara ni.  Kalau tidak pagi-pagi lagi saya sudah memandu ke pejabat. Dua tiga hari ni saya hanya duduk di rumah sambil membaca akhbar-akhbar online mengenai berita PRU13.  Sebagi bukti, saya tampal gambar anak kecil yang comel di atas (Adik Nik Ahmad Fauzan Aziem, 1 tahun 5 bulan)  yang begitu bersemangat memberi sokongan kepada calon PAS N.06 Cempaka pada hari penamaan calun 20 April 2013 yang lepas.

Pada hari terakhir saya di Kolej Yayasan Melaka, saya ditanya oleh seorang rakan sekerja - "Haji nak buat apa lepas ni?" Saya jawab ... "Duduk rumah, baca al-Quran, buat apa yang patut, top up amalan-amalan yang banyak tertinggal sebelum ni." Memang itulah apa yang saya terfikir pada ketika itu. 

Hari ini. sudah empat hari berlalu sejak saya bersara, namun saya masih belum dapat full swing melakukan apa yang telah diracangkan tersebut. Memang kena perang habis-habis dengan bisikan-bisikan syaitan ni yang menyuruh kita meringan-ringankan / memudah-mudahkan kerja amal kebajikan ni.

Mungkin kena kurangkan sikit aktiviti berbelog kot. :)

Mohon para pembaca sekelian tolong aminkan doa saya ini:


 الْلَّهُمَ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ 
"Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ku pohon kepada-Mu agar Engkau bantulah aku untuk sentiasa dapat mengingati-Mu dan mensyukuri segala nikmat-Mu, dan memperelokkan ibadahku kepada-Mu"  Amin, amin Ya Rab al 'Alamin.

Thursday, April 18, 2013

Kali Terakhir "Punch-Out" Mesin Perakam Waktu


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه


Kelmarin jam 1.00 tengahari, 17 April 2013 tamatlah perkhidmatan saya sebagai  pensyarah di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka selama hampir 15 tahun. Sebelum itu, pada sebelah paginya sempatlah saya membuat review subjek "Production and Operations Management" kepada para pelajar sebab mereka akan menghadapi peperiksaan pertengahan semester pada minggu hadapan iaitu pada Isnin, 22 April 2013. Peperiksaan tersebut adalah diselaraskan oleh pihak UUM dan akan dijalankan serentak seluruh Malaysia.

Selamat tinggal KAYM
Sebenarnya saya masih boleh meneruskan perkhidmatan di sini untuk beberapa tahun lagi, tetapi saya membuat keputusan untuk bersara sebab kesihatan saya yang tidak menentu kebelakangan ini. Walaupun sakit gout yang menghantui saya selama ini sudah jarang menyerang tetapi sakit lutut pula yang datang menyusul.  Tak larat saya nak naik menapak anak-anak tangga hingga ke tingkat 5 untuk memberi kuliah.

Namun, oleh sebab pihak kolej sukar mencari pensyarah pengganti bagi salah satu subjek yang saya ajar iaitu Kaedah Penyelidikan, maka saya diminta untuk terus mengajar subjek tersebut sebagai pensyarah sambilan sehingga akhir semester. Jadi selapas "punch out" jam 1.00 tengahari kelmarin, pada jam 2.00 ptg saya masuk semula ke bilik 108 untuk memberi kuliah, berjumpa dengan sebahagian besar pelajar-pelajar yang sama,  tetapi pada kali ini status saya ialah sebagai pensyarah sambilan. 

Sebahagian daripada pelajar dalam kuliah saya yang terakhir di KAYM
Apabila direnungkan, perjalanan hidup ini adalah seperti perjalanan air yang mengalir, yang bermula di pergunungan kemudian melalui lembah-lembah kehidupan, mengumpul pelbagai khazanah pengalaman, dan akhirnya akan sampai ke muara untuk menyatu dengan lautan yang luas. Begitu jugalah halnya dengan manusia - lahir, membesar dan dewasa, bekerjaya, berumahtangga dan sebagainya, dan akhirnya sampailah masanya kita meninggalkan dunia pekerjaan,  melangkah ke dunia yang baru dan asing iaitu dunia persaraan. Semua yang kita lalui selam ini sebenarnya hanyalah bersifat sementara sahaja sebab akhirnya akan sampai juga masanya di mana kita akan dijemput oleh Allah SWT ke alam barzah yang lebih asing dan lebih sunyi, bersendirian menunggu atau transit untuk ke alam yang kekal abadi iaitu alam akhirat. Justeru itu gunakanlah segala kesempatan yang ada untuk mengumpul bekalan menuju alam yang abadi tersebut.

Saya berdoa agar Allah SWT memberikan saya sekeluarga - isteri, anak-anak,  cucu-cucu, cicit-cicit, piut-piut, dan sebagainya :)  kesihatan yang baik, serta rezeki yang melimpah ruah semoga kami dapat menjalankan tugas kami sebagai hamba-Nya sebaik mungkin. Amin, amin,  Ya Rab al 'alamin.


Monday, April 15, 2013

Perang Poster lagi


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه



Yang ni buat aku tergelak pepagi ni.
Pilihanraya di Malaysia memang meriah.
Selamat mengundi bro.


Sunday, April 14, 2013

Bila Gendang Perang Di Palu


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

Bila gendang perang di palu pada 3 April 2012 ooop 3 April 2013
maka perang poster pun bermula.

Saya suka sangat tenguk suasana seperti di bawah.
Semoga berjaya, amin.


Saturday, April 13, 2013

Jom Zikir Untuk Melepaskan Daripada Bala


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه




Untuk keterangan lanjut klik sini.