Assalamu'alaikum wm wbr.
Masjid Nabawi adalah merupakan salah satu masjid yang terbesar di dunia. Jarak antara pintu utama iaitu pintu King Fahd (di sebelah utara) ke kawasan Raudhah dan saf pertama (di sebelah selatan) merentasi ruang solat dalam masjid, jauhnya lebih kurang 800 meter. Jika kita ikut sisi kiri masjid untuk ke saf pertama melalui pintu Baqi' maka jaraknya ialah 1.5 km atau lebih, memang jenuh berjalan. Jika ikut sisi kanan masjid untuk ke saf pertama melalui Babus Salam, mungkin lebih jauh lagi - mahu sampai 2 km.
...
Selepas solat fardhu, lebih kurang 10-15 minit selepas solat, para pekerja akan membuat partition dengan merentangkan kain kanves dan mengikatnya pada tiang-tiang masjid bagi menyediakan laluan dan ruang kepada jemaah wanita menziarahi Rasulullah S.A.W. Mereka akan menutup kawasan solat bermula dari tiang taubat di kawasan raudhah (separuh kawasan Raudhah), hingga ke ruang solat wanita yang biasa. Hal ini menyebabkan keadaan menjadi sangat sesak di kawasan Raudah dan di laluan menuju maqam Rasulullah sebab pada kebiasaannya sebelum keluar masjid jemaah akan menziarahi Rasulullah untuk memberi salam dan berselawat kepada baginda. Jemaah berpusu-pusu dan kadang-kadang tidak dapat bergerak.
...
Selepas mengucapkan salam kepada Rasulullah, jemaah akan langsung keluar daripada masjid melalui pintu Baqi' dan tidak ada peluang untuk berpatah balik ke dalam masjid sebab jalan adalah sehala. Untuk pulang ke hotel-hotel penginapan di sebelah utara masjid (berhampiran hotel Hilton, Taibah, Oberoi dsb.) jemaah terpaksa mengelilingi masjid sejauh 1.5km.
...
Selepas solat fardhu, lebih kurang 10-15 minit selepas solat, para pekerja akan membuat partition dengan merentangkan kain kanves dan mengikatnya pada tiang-tiang masjid bagi menyediakan laluan dan ruang kepada jemaah wanita menziarahi Rasulullah S.A.W. Mereka akan menutup kawasan solat bermula dari tiang taubat di kawasan raudhah (separuh kawasan Raudhah), hingga ke ruang solat wanita yang biasa. Hal ini menyebabkan keadaan menjadi sangat sesak di kawasan Raudah dan di laluan menuju maqam Rasulullah sebab pada kebiasaannya sebelum keluar masjid jemaah akan menziarahi Rasulullah untuk memberi salam dan berselawat kepada baginda. Jemaah berpusu-pusu dan kadang-kadang tidak dapat bergerak.
...
Partition dari kain kanves dipasang untuk menyediakan ruang dan laluan
bagi jemaah wanita menziarahi Rasulullah dan solat di Raudhah
|
..
Luckily, ada dua cara untuk shortcut ke hotel penginapan iaitu (1) masuk semula ke masjid melalui pintu Nisa' - jika tidak ada sekatan kanves di situ, atau (2) berjalan menuju Babus-Salam melalui belakang masjid yang jaraknya lebih kurang 100 meter, kemudian masuk ke dalam masjid melalui pintu al-Hijrah, dan dari situ terus menuju pintu King Fahd.
...
Di bawah ini ialah gambar-gambar yang diambil disekitar Babus Salam selepas zohor pada 5 Mei 2011. Untuk rekod waktu zohor ialah pada jam 12:19pm waktu tempatan.
...
Pintu Nisa' berhampiran dengan pintu Baqi' dan pintu Jibrail Ini gambar semasa umrah 2010 yang lepas |
...
1:05pm - Berhampiran Babus-Salam Selepas Zohor. Untuk rekod, waktu zohor ialah 12:19pm |
1:06pm - Kubah Hijau (berhampiran pintu Baqi') dilihat dari babus salam. Kelihatan tembuk perkuburan Baqi' membatasi sempadan sebelah timur Masjid Nabawi |
Dihadapan Babus-Salam |
Pintu Baqi' - Maqam Rasulullah S.A.W. terletak lebih kurang 8 meter dari pintu ini. |
Pintu al-Hijrah - ini gambar tahun lepas - sekadar maklumat |
Laluan dalam masjid menuju pintu King Fahd |