Assalamu'alaikum wm wbr.
...
Nabi berpesan: "Hai manusia, berziarahlah dan berkunjung kepada mereka (syuhada' Uhud) serta ucapkan salam! Demi Allah yang menguasai jiwaku, tak seorang muslim pun sampai hari kiamat yang memberi salam kepada mereka pasti mereka akan membalasnya."
...
Uhud bermaksud menyendiri (terpisah daripada gunung-gunung yang lain di Madinah). Saban tahun Nabi S.A.W. menziarahi Jabal Uhud. Di kaki gunung ini bersemadi para syuhada' yang mempertaruhkan jiwa dan raga mereka demi memastikan kalimah Laa ila ha il lallah terus diucapkan oleh ummat sehingga ke akhir zaman. Peperangan Uhud berlaku pada tahun 3 Hijriah iaitu satu tahun selepas peperangan Badar. Tentera kuffar Quraisy dibawah pimpinan Abu Suffian dengan kekuatan 3000 orang anggota datang menyerang Madinah untuk membalas dendam atas kekalahan mereka di Badar. Pasukan muslimin dibawah pimpinan Rasulullah keluar melawan mereka di kaki jabal Uhud. Kedudukan tentera Islam dan kuffar Quraisy adalah seperti pada peta di bawah ini (sumber: Internet)
...
Babak pertama peperangan - kemenangan berpihak kepada tentera Islam pimpinan Rasulullah S.A.W. Satu persatu pembawa bendera musyrikin Quraish tewas ditangan pahlawan-pahlawan Islam. Pasukan berkuda kuffar disekat kemaraan mereka oleh pasukan pemanah yang ditempatkan di bukit Rumat. Pasukan Quraisy bertempiaran lari dan meninggalkan banyak harta benda yang dibawa bersama.
...
Babak kedua peperangan - pasukan muslimin terpukul teruk disebabkan pasukan pemanah meninggalkan pos strategik mereka di atas Jabal Rumat untuk sama-sama mengumpul harta rampasan perang. Kesempatan ini digunakan oleh Khalid bin al-Walid untuk menawan Jabal Rumat dan melancarkan serangan mendadak kepada tentera muslimin. Pasukan muslimin menjadi kucar kacir dek serangan balas yang tidak disangka-sangka tersebut. Di saat getir ini Rasulullah S.A.W. yang hanya ditemani oleh lapan orang sahabat (6 orang dari kaum ansar dan 2 orang dari kaum muhajirin iaitu Talhah bin Ubaidillah dan Saad bin Abi Waqqas) dikerumuni oleh puak-puak kuffar dengan pedang dan tombak yang berkilaun melibas dan menikam Rasulullah. Baginda bersabda: "Siapakah yang sanggup mengorbankan nyawanya untukku?" Ziyad bin al-Sakan berdiri bersama lima orang dari kaum ansar bertempur habis-habisan melindungi Rasulullah S.A.W. sehingga seorang demi seorang gugur sebagai syuhada'.
...
Mush'ab bin Umair, pemegang panji-panji Islam berjuang bermatian-matian untuk menyelamatkan Rasulullah S.A.W. Dia cuba mengalihkan perhatian kuffar Quraisy kepadanya dengan berteriak sekuat hati, "Muhammad adalah seorang Rasul dan sebelumnya telah banyak diutuskan Rasul-Rasul." Maka orang-orang Quraisy datang menyerbunya. Seorang penunggang kuda Quraisy, Ibn Qami'ah melibaskan pedangnya ke tangan kanan Mush'ab yang memegang panji-panji Islam sehingga terputus. Dengan pantas Mush'ab memegang panji-panji dengan tangan kirinya sambil berteriak berulang kali, "Muhammad adalah seorang Rasul dan sebelumnya telah banyak diutuskan Rasul." Ibnu Qami'ah menetak pula tangan kiri Mush'ab sehingga putus, namun Mush'ab tidak rela panji-panji Islam tersebut jatuh ke bumi. Di peluknya panji-panji tersebut dengan kedua-dua tangannya yang telah kudung dan didakapkan ke dadanya. Akhirnya Ibnu Qami'ah menikam Mush'ab dengan tombak dan gugurlah Mush'ab sebagai syuhada' Uhud.
...
...Kemudian Talhah bin Ubaidillah mendakap Nabi dengan tangan kirinya manakala tangan kanannya melibaskan pedang menangkis serangan musuh sehingga badannya luka-luka akibat tebasan pedang dan tusukan tombak kaum kuffar. Sementara itu Saad bin Abi Waqqas melepaskan anak-anak panah tepat ke arah musuh. Kemudian datanglah bantuan dari sekelompok kaum musliman iaitu Abu Bakr, Umar, Ali, Qatadah, Abu Dujanah, Abu Ubadah bin al-Jarrah daln lain-lain dan tidak ketinggalan srikandi Islam Ummu Umarah. Abu Dujannah melindungi Nabi dengan menjadikan punggungnya sebagai perisai yang menjadi sasaran berpuluh-puluh anak panah.
...
Kemudian Nabi S.A.W. bergerak ke Jabal Uhud dengan dikawal oleh Abu Bakr as-Siddiq, Umar bin Khattab, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, az-Zubair bin al-Awwam, al-Harith bin Shammah dan beberapa orang yang lain. Ketika Rasulullah S.A.W tiba di hadapan jalan ke Jabal Uhud, baginda membersihkan luka dimukanya dengan air yang dibawa oleh Ali bin Abi Talib. Namun darah masih mengalir. Melihat keadaan tersebut Fatimah az-Zahrah, putri Nabi S.A.W. membakar secarik tikar yang diperbuat daripada pelepah tamar dan kemudian menempelkan abunya kepada luka Nabi S.A.W. Setelah itu barulah darah berhenti mengalir daripada muka Nabi yang mulia. Selanjutnya Nabi S.A.W. mengerjakan solat zohor secara duduk, dan diikuti oleh para sahabat denga solat juga secara duduk.
... Rasulullah S.A.W. memanjat Jabal Uhud untuk berlindung di sebuah gua yang terletak lebih kurang 20 meter dari kaki bukit. Oleh kerana Rasulullah S.A.W. berasa lemah serta berpakaian baju besi, baginda tidak dapat memanjat batu untuk naik dan masuk ke dalam gua. Talhah bin Ubaidillah duduk mencangkung dan meminta baginda memijak bahunya. Kemudian Talhah berdiri dan mengangkat Rasulullah sehingga baginda dapat naik ke dalam gua. Ketika inilah Rasulullah S.A.W. bersabda: "Talhah wajib memasuki syurga." Allahu Akbar! Alangkah bahagianya engkau wahai Talhah dijamin syurga semasa di dunia lagi.
...
Mencari Rasa Hati Di Gunung Uhud
...
Di balik debu panas berterbangan
bersama tiupan angin yang kencang
menyapa wajah yang lelah kepenatan
fikiranku hanyut dan larut merentas zaman.
...
Sungguh aku terpana
engkau telah menepati baiah-mu wahai pemuda-pemuda ansar
dalam jerit takbir dan dentingan pedang
tacapan tombak dan anak panah yang bersimpang peranang
kau mempertaruhkan nyawamu membela al-Musthafa.
...
Di Uhud aku mencari rasa hati
air mata merembes, kepala tertunduk sayu
betapa hinanya manusia
dengan nafsu begelojak untuk membunuh
hanya kerana insan melafazkan kalimah tayyibah
mentauhidkan Allah dan mendambakan cinta kepada Rasulullah.
...
Berbahagialah engkau wahai Hamzah
berbahagialah engkau wahai Mush'ab
berbahagialah engkau wahai Hanzalah,
berbahagialah para syudada' Uhud
sesungguhnya kalian telah menepati janji-janji kalian
dan Allah S.W.T. telah redha ke atas kalian.
...
Sesungguhnya sejahat-jahat tombak ialah tombak Wahsyi
dan sejahat-jahat tangan ialah tangan Hendon
yang merobek-robek perut Hamzah.
...
Mohd. Saad Hamid
Lendu, Alor Gajah, Melaka
26 Jun 2011
Kompleks perkuburan syuhada' dilihat dari Jabal Rumat |
Nabi berpesan: "Hai manusia, berziarahlah dan berkunjung kepada mereka (syuhada' Uhud) serta ucapkan salam! Demi Allah yang menguasai jiwaku, tak seorang muslim pun sampai hari kiamat yang memberi salam kepada mereka pasti mereka akan membalasnya."
...
"Salam sejahtera ke atas engkau wahai Saidina Hamzah bapa saudara Rasulullah S.A.W. Salam sejahtera ke atas engkau wahai penghulu para syuhada'. Salam sejahtera ke atas engkau wahai singa Allah dan singa Rasulullah. Salam sejahtera ke atas engkau wahai Abdullah bin Jahsy, salam sejahtera ke atas engkau wahai Mus'ab bin Umair. Salam sejahtera ke atas engkau wahai orang yang mati di dalam peperangan Uhud, salam sejahtera ke atas kamu di atas kesabaran kamu menghadapi musuh untuk menegakkan kebenaran Islam, iaitu sebaik-baik balasan yang akan kamu terima dari Allah. Ya Allah ya Tuhanku gandakanlah pahala amalan mereka yang telah mereka laksanakan untuk kesucian agama Islam dan pemeluk-pemeluknya. Tinggikanlah pangkat dan dan darjat mereka dengan kemurahan Engkau wahai Tuhan Yang Amat Pemurah."
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أُحُدًا جَبَلٌ يُحِبُّنَا وَنُحِبُّهُ .
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya Jabal Uhud mencintai kita dan kita pun mencintanya" - Hadis riwayat Anas bin Malik. Gunung yang menyimpan banyak sejarah ini juga merupakan salah satu gunung di syurga (H.R. Baihaqi).
...Uhud bermaksud menyendiri (terpisah daripada gunung-gunung yang lain di Madinah). Saban tahun Nabi S.A.W. menziarahi Jabal Uhud. Di kaki gunung ini bersemadi para syuhada' yang mempertaruhkan jiwa dan raga mereka demi memastikan kalimah Laa ila ha il lallah terus diucapkan oleh ummat sehingga ke akhir zaman. Peperangan Uhud berlaku pada tahun 3 Hijriah iaitu satu tahun selepas peperangan Badar. Tentera kuffar Quraisy dibawah pimpinan Abu Suffian dengan kekuatan 3000 orang anggota datang menyerang Madinah untuk membalas dendam atas kekalahan mereka di Badar. Pasukan muslimin dibawah pimpinan Rasulullah keluar melawan mereka di kaki jabal Uhud. Kedudukan tentera Islam dan kuffar Quraisy adalah seperti pada peta di bawah ini (sumber: Internet)
...
Peta Medan Tempur Uhud |
...
Jabal Rumat - Bukit Pemanah |
...
Mush'ab bin Umair, pemegang panji-panji Islam berjuang bermatian-matian untuk menyelamatkan Rasulullah S.A.W. Dia cuba mengalihkan perhatian kuffar Quraisy kepadanya dengan berteriak sekuat hati, "Muhammad adalah seorang Rasul dan sebelumnya telah banyak diutuskan Rasul-Rasul." Maka orang-orang Quraisy datang menyerbunya. Seorang penunggang kuda Quraisy, Ibn Qami'ah melibaskan pedangnya ke tangan kanan Mush'ab yang memegang panji-panji Islam sehingga terputus. Dengan pantas Mush'ab memegang panji-panji dengan tangan kirinya sambil berteriak berulang kali, "Muhammad adalah seorang Rasul dan sebelumnya telah banyak diutuskan Rasul." Ibnu Qami'ah menetak pula tangan kiri Mush'ab sehingga putus, namun Mush'ab tidak rela panji-panji Islam tersebut jatuh ke bumi. Di peluknya panji-panji tersebut dengan kedua-dua tangannya yang telah kudung dan didakapkan ke dadanya. Akhirnya Ibnu Qami'ah menikam Mush'ab dengan tombak dan gugurlah Mush'ab sebagai syuhada' Uhud.
...
Pemandangan dari Jabal Rumat - Pengunjung sibuk membeli barang jualan (Masa peperangan Uhud dahulu - tentera muslimin leka mengumpul harta rampasan) |
...
Kemudian Nabi S.A.W. bergerak ke Jabal Uhud dengan dikawal oleh Abu Bakr as-Siddiq, Umar bin Khattab, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, az-Zubair bin al-Awwam, al-Harith bin Shammah dan beberapa orang yang lain. Ketika Rasulullah S.A.W tiba di hadapan jalan ke Jabal Uhud, baginda membersihkan luka dimukanya dengan air yang dibawa oleh Ali bin Abi Talib. Namun darah masih mengalir. Melihat keadaan tersebut Fatimah az-Zahrah, putri Nabi S.A.W. membakar secarik tikar yang diperbuat daripada pelepah tamar dan kemudian menempelkan abunya kepada luka Nabi S.A.W. Setelah itu barulah darah berhenti mengalir daripada muka Nabi yang mulia. Selanjutnya Nabi S.A.W. mengerjakan solat zohor secara duduk, dan diikuti oleh para sahabat denga solat juga secara duduk.
Di sinilah Rasulullah S.A.W. membuka topi besinya dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah mencabut serpihan rantai besi yang tertacap di pipi Rasulullah. Kawasan ini telah ditimbus oleh pihak berkuasa Saudi. |
Gua Uhud kelihatan di tengah bukit |
Menelusuri jejak Rasulullah dan para sahabat ke gua Uhud |
Pintu gua Uhud. Batuan di sebelah kiri foto ini merupakan tempat Saidina Umar al-Khattab berkawal dan berdailog dengan Abu Suffian |
Batu berbentuk menegak setingga 6 kaki menghadang pergerakan Nabi S.A.W. memasuki gua. Pintu gua terletak beberapa kaki dari batu ini. Talhah membantu Nabi memasuki gua. |
Pemandangan sekitar Uhud dari pintu gua |
Menara Masjid Nabawi nampak di kejauhan - setelah zooming Juga kelihatan Jabal Rumat |