Monday, May 21, 2012

Umrah 2011: Makkah - Hari Kedua - Dokumentari Bergambar Isteri Umrah Miqat Di Tan'iem

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah, seperti biasa, saya akan paparkan beberapa foto aktiviti-aktiviti kami semasa mengerjakan umrah pada bulan Mei, 2011 yang lepas.

Sabtu, 7 Mei 2011,  merupakan hari kedua kami berada di bumi yang penuh barakah ini. Hari ini dimulakan dengan solat subuh di Masjidil Haram iaitu sekitar jam 4.35 pagi. Selepas solat subuh kami bergegas balik ke hotel sebab isteri saya ingin mengikuti mutawif dan rakan-rakan ke Tan'iem untuk ihram umrah di sana. Saya tidak melakukan umrah pada hari itu tetapi saya berjanji akan menemani isteri tawaf dan menemaninya melakukan sai'e (duduk di babussalam sahaja). Saya sudah lupa kenapa saya tidak turut serta melakukan umrah pada hari itu - mungkin takut sakit kaki sedangkan esoknya kami akan ke Ji'ranah untuk berniat ihram umrah di sana yang mana berniat ihram umrah di Ji'ranah adalah lebih afdal berbanding berniat ihram di Tan'iem.

Sebelum subuh 7 Mei 2011 4:23 am
4:33am - masih menunggu solat subuh.
8:13am - Isteri saya dan rakan-rakan telah sampai
di perkarangan Masjidil Haram (depan Hilton) setelah berihram di Tan'iem.
8.52am - bergambar selepas isteri saya selesai melakukan tawaf dan solat sunat tawaf
Semasa isteri saya melakukan tawaf umrah, saya menemaninya sambil melakukan tawaf sunat. Selesai tawaf, dan solat sunat tawaf, kami bergerak menuju bukit Marwah. Terdapat banyak bekas-bekas berisi air zam-zam di sepanjang jalan menuju bukit Marwah . Setelah minum air zam-zam kami teruskan perjalanan menuju bukit Marwah untuk memulakan sa'ie. Saya tidak menemani isteri saya melakukan sa'ie sebab jarak antara Safa dan marwah ialah 400 meter. Untuk melengkapkan tujuh kali pusingan, jarak yang perlu ditempuh ialah sejauh 2.8km. Justeru itu saya hanya tunggu isteri di kawasan babussalam.  Sebelum bergerak ke babussalam, saya sempat snap beberapa gambarsebelum ditegah oleh pegawai masjid.

Tempat minum air zam-zam berhampiran bukit Safa. 
9:05am - Menuju bukit Safa, tempat permulaan sa'ie.
Bukit Safa
Kelihatan sebahagian daripada jemaah sedang berehat melepaslan lelah.
Di sini jemaah digalakkan berdoa, berzikir, atau membaca al-quran sebab
di sini merupakan salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa.
Sebahagian daripada jemaah sedang membaca doa sambil mengadap kiblat.
Membaca doa sebelum memulakan sai'e.
(Dari sini kita boleh nampak kaabah - sebelah kiri kawasan sai'e)
Jemaah (daripada Marwah) sedang mendaki bukit Safa

Jemaah sedang berjalan daripada Marwah ke Safa - gambar ini diambil ketika saya sedang
menunggu isteri di babussalam.
Kelihatan isteri sedang berjalan daripada Marwah ke Safa.
Entah pusingan ke berapa, saya pun tak tahu.
Pasangan suami isteri daripada Kedah sedang berehat selepas
selesai melakukan sai'e dan bertahlul. Alangkah bertuahnya pasangan ini.
Jemaah daripada Iraq (berdasarkan warna baju jemaah wanita di tengah tu)
sedang berjalan daripada Safa ke Marwah melepasi jejantas babussalam.
9:51am. Isteri saya selesai melengkapkan tujuh pusingan sai'e.
(2.8km dalam masa 45 minit - suatu rekod peribadi, tahniah!)
Suasana di bukit Marwah - berdoa selepas tahalu mengadap kiblat
(Dari sini kita tidak boleh nampak kaabah sebab terhadang oleh dinding)
Di luar kawasan sa'ie - kelihatan dinding kawasan sa'ie (kanan), dan istana raja (kiri)
10:34am - pekerja sedang mengisi air zam-zam ke dalam bekas / tong.

5:44pm - selepas solat 'Asar 
5:51pm - Suasana di Hijrah Street
6:54pm - sebelum maghrib
8:03pm - di sisi hijir Ismail sebelum masuk waktu Isya'
8:06pm - Imam sedang solat sunat di Hijr Ismail
8:56pm - jemaah sedang solat dalam hijir Ismail.
Alhamdulillah, segala puji tertentu bagi Allah SWT yang telah mengurniakan nikmat ke atas hamba-hambaNya. Selawat dan salam diucapkan ke atas Nabi Muhammad S.A.W. - Nabi akhir zaman. Semoga apa yang saya catatkan di sini dapat menjadi inspirasi dan bahan rujukan kepada para pembaca yang ingin melakukan ibadah umrah pada masa yang akan datang. Semoga anda sekelian sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT, amin.

Friday, May 18, 2012

Umrah 2011: Makkah - Hari Pertama - Suasana Masjidil Haram Pada Hari Jumaat

Assalamu'alaikum wbt.

Lama sangat saya tidak bersiaran. Alhamdulillah, hari ini Allah SWT memberi saya kekuatan untuk mengemaskini blog yang sudah bersawang ini. Sejak akhir-akhir ini saya agak sibuk untuk menghabiskan silibus dan menanda kertas-kertas soalan dan tugasan pelajar UMTECH dan pelajar Pengajian Luar Kampus (PLK), UUM. Namun, kerja menanda soalan ni nampak macam tidak habis-habis. Sedia menanti ialah tugasan pelajar BBA UUM. Sementara ada mood, elok rasanya saya update entri Umrah 2011 yang lepas.

6 Mei 2011, Jumaat

Dipaparkan di sini suasana Masjidil Haram selepas solat subuh. Mataaf, atau pelantar tawaf penuh sesak dengan para jemaah yang melakukan tawaf. Suasana sesak begini sudah menjadi kebiasaan pada setiap Jumaat sebab hari ini merupakan hari libur hujung minggu di Saudi Arabia. Oleh yang demikian rakyat Saudi dan juga pekerja asing mengambil kesempatan cuti hujung minggu ini untuk melakukan umrah dan solat Jumaat di Masjidil Haram.

Subuh di MAsjidil Haram
Suasana di dataran kaabah jam 5:18 pagi (selepas solat Subuh) 6 Mei 2011
Masjidil Haram yang mengasyikkan - Umrah 2011
Syahdu, damai, dan mengasyikkan
Menara masjid merupakan salah satu mercu tanda Masjidil Haram
Di luar masjid, jalan Hijrah Street ini juga penuh sesak dengan para jemaah yang bergegas pulang ke hotel masing-masing selepas menunaikan solat subuh di tempat yang paling barakah di seluruh alam untuk sarapan dan juga untuk berehat seketika sambil mengumpul tenaga untuk aktiviti seterusnya.

Jemaah pulang ke hotel di Jalan Hijrah
Bergerak pulang ke hotel penginapan - Abeer Garden 5:42 pagi
Seawal jam 5 pagi, kedai-kedai di kiri kanan jalan sudah dibuka menanti kedatangan pelanggan. Para penjual jalanan tidak ketinggalan membuka barang jualan sambil berteriak "Khamsa riyal, khamsa riyal", atau " 'Asara riyal, 'asyara riyal. Sapuluh riyal, sapuluh riyal," sambil mata melilau memerhati sekeliling takut kalau-kalau polis bandaraya Makkah datang untuk merampas barang jualan.

Kedai 2 riyal, 5 riyal, 10 riyal dan 25 riyal
Peniaga jalanan Makkah


Kami keluar semula ke masjid pada pukul 11.42 pagi untuk solat Jumaat. Ingatkan kami awal, rupa-rupanya masjid telah dipenuhi oleh jemaah. Nyaris-nyaris saya tidak dapat tempat di dalam masjid. Saya menyelit di celah-celah jemaah dan alhamdulillah dapat tempat 4-5 saf dari dinding. Isteri saya juga bernasib baik sebab pengawal perempuan yang bertugas mengatakan masih ada ruang bagi jemaah wanita di bahagian basement.

Menuju masjidil haram untuk solat Jumaat
Jemaah sudah memenuhi ruang di kompleks zam-zam tower untuk solat jumaat
Sebelah petang, selepas Asar saya bergerak ke restoran Felda D'Saji untuk bertemu Haji Arshad, iaitu rakan blogger 'Kehidupan Makkah'. Sesampainya di D'Saji, Haji Arshad sudah sedia menunggu di salah satu meja di situ. Turut sama di situ ialah adik kepada Cik Li PDKM, dan dua orang pelajar pondok Ajyad iaitu Ustaz Amran dan Ustaz Hasanan. Tujuan saya ke situ ialah untuk meminta bantuan Haji Arshad menguruskan majlis 'Aqiqah cucu saya Adam Mukhlis yang baru lahir pada bulan April yang lepas.


Haji Arshad dan adik Haji Azli (blogger PDKM)
Ustaz Amran - tinggal di Bukit Ajyad berhampiran dengan masjid Kelantan
Ustaz Hasanan - pelajar pondok Ajyad
Aktiviti hari ini diakhiri dengan solat Isya' di Masjidil Haram. Jemaah sudah berkurangan sebab para pekerja dan rakyat Saudi telah kembali ke tempat masing-masing.

Alhamdulillah, segala puji dituju kepada Allah SWT yang telah memberi nikmat yang tidak terhingga yang membolehkan saya berada di tempat yang barakah ini. Selawat dan salam diucapkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Semoga Allah SWT sentiasa mencurahkan nikmatNya kepada insan yang dhaif ini. Amin, Ya Rab al 'Alamin.

Selepas Isya 6 Mei 2011 jam 8.55pm
Para jemaah telah berkurang sebab rakyat Saudi telah balik ke tempat masing-masing