Thursday, June 16, 2011

Umrah 2011: Perkuburan Baqi' Al-Garqad

Assalamu'alaikum wm wbr. 
Jannatul Baqi' dari Tempat Persemadian Othman Ibnu Affan
Perhatikan cahaya matahari - ke arah mana ia tertumpu?
...
Jika ke Madinah, tidak lengkap sekiranya kita tidak menziarahi perkuburan Baqi' al-Garqad. Rasulullah S.A.W. sering menziarahi penghuni Baqi' dan berdoa bagi mereka. Oleh itu kita ke sini mengikuti apa yang telah dilakukan oleh Nabi S.A.W. Perkuburan Baqi' ialah sebuah kawasan perkuburan yang sangat hampir dengan Masjid Nabawi. Perkuburan ini merupakan tempat persemadian Ahlil Bait (ummul mukminin - isteri-isteri Nabi, anak-anak, paman, dan sepupu Rasulullah S.A.W.) Turut bersemadi di sini dengan tenang ialah 10,000 para sahabat yang telah berkorban jiwa raga dan harta benda berjuang bersama-sama Rasulullah untuk menegakkan daulah Islamiah di muka bumi ini. Antara sahabat yang disemadikan di sini yang mana kuburnya mudah dikenali dan dikunjungi ialah Othman Ibnu Affan, iaitu khalifah Islam yang ke empat.
...
Hati tertunduk malu dan sayu apabila melalui tempat-tempat persemadian para sahabat yang agung dan mulia ini. Malu  mengenangkan pengorbanan diri ini ibarat hanya seperti sebutir pasir yang berada di perkuburan Baqi' ini atau kurang dari itu jika dibandingkan dengan pengorbanan para sahabat, tabi' dan tabieen yang berada di sini. Begitu juga diri ini turut malu mengenangkan adab mereka kepada Rasulullah S.A.W. tersangat tinggi. Ambil sahaja sebagai contoh Imam Malik yang turut disemadikan di sini. Beliau tidak tergamak menonggang kuda atau unta di atas bumi Madinah sebab khuatir debu-debu kenderaan tersebut mengganggu Rasulullah S.A.W. Oleh itu beliau hanya menuntun kudanya sehingga keluar dari perbatasan Madinah. Kita, terutamanya diri saya sendiri, bagaimanakah adab kita ketika dalam masjid Nabawi? Jawapannya ialah berebut-rebut untuk solat dan berdoa di raudhah.
...

Kisah perjuangan, pengorbanan dan adab para sahabat yang mulia boleh memberi dorongan atau motivasi untuk kita memperbaiki diri. Itulah tujuan kita datang menziarahi para sahabat di perkuburan Baqi' ini. Semoga dengan berkunjung ke Baqi' kita akan cuba mengikuti jejak langkah mereka merealisasikan Islam dalam diri dan dalam kehidupan kita seharian. 

Allahu Akbar - semoga diri ini dapat meniru akhlaq dan pengorbanan para sahabat. Ya Allah, kurniakanlah rahmatMU ke atas para sahabat dan ke atas penghuni Baqi'. Amin ya Rab al-'Alamin. 
...
Sayu dan malu bercampur baur apabila melalui perkuburan para sahabat Rasulullah
Perhatikan cahaya matahari, ke arah mana ia tertumpu?

Penghuni baru Baqi' selamat disemadikan di hujung sana
Laluan  pejalan kaki untuk ke Baqi'

Kubah hijau dilihat dari kawasn berhampiran pintu utama Baqi'.
Sekali lagi, perhatikan cahaya matahari, ke arah mana ia tertumpu?

Ada manusia, ada peniaga.
Khamsa riyal, khamsa riyal
Peniaga ini memarahi saya apabila dia sedar saya sedang snap gambar dia

16 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj

    tu hari saya tak berpeluang masuk ke dalam kawasa Baqi'
    lihat drp luar shj

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam wm wbr.

    Sebelum ziarah Baqi' hari tu saya tanya dulu pekerja dewan makan hotel, ketika bila mudah masuk ke Baqi'? Mereka kata lepas solat Asar. Memang betul, perkuburan Baqi' dibuka agak lama selepas Asar. kalau selepas setiap solat waktu - mungkin juga dibuka kalau ada jenazah yang hendak dikebumikan tetapi sebaik selesai pengkebumian gate akan ditutup.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tn. hj m.saad

    Tambah la N3 baru.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam anonymous

    Semuanya atas izin Allah jua.

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum w.b.t
    Terima kasih untuk entri ni...Betul-betul menginsafkan..
    Tuan Haji,orang perempuan tak boleh masuk dalam Perkuburan Baqi' ni kan?
    Dan juga,saya minta izin untuk share entri ni di facebook saya ya..terima kasih..

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikum salam wm wbr Pn Hawa

    Memang betul, orang perempuan tidak dibenarkan memasuki perkuburan Baqi'. Paling dekat, mereka hanya boleh berada di tepi pagar sebelah luar sahaja.

    Semasa lawatan yang lepas saya lalu berhampiran pagar tersebut di sebelah dalam kawasan perkuburan. Maknanya saya dan mereka dipisahkan oleh tembok konkrit setinggi 5 kaki dan kemudian diikuti dengan pagar besi di atas tembok tersebut. Sesuatu yang amat pelik berlaku di sini iaitu terdengar suara teriakan dan jeritan daripada jemaah wanita seperti orang kena histeria gamaknya. Bayangkan jika mereka dibenarkan masuk ke kawasan perkuburan, apa yang akan mereka lakukan?

    Ada juga jemaah wanita menghulurkan bungkusan berisi makanan burung kepada kami dengan harapan kami ambil dan berikan kepada burung-burung di kawasan perkuburan tersebut. Kenapa mesti beri burung makan di kawasan perkuburan Baqi'? Tempat lain pun boleh beri burung makan. Wallahu aklam.

    ReplyDelete
  7. Silakan pn Hawa copy paste N3 ini.

    Wasalam

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum Tuan Haji..

    terima kasih atas keizinannya :)
    Ya betul la Tuan Haji..mungkin itu antara sebab pihak yang berkuasa tak benarkan wanita masuk ke dalam kawasan perkuburan..Seperti yang Tuan Haji lihat,mereka berteriak menjerit seperti histeria..mungkin lebih terul lagi kalau sudah ada di dalam kan..

    Ada ke yang terima huluran,tlg berikan burung makan tu Tuan Haji?

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikum salam puan Hawa Syamsyiah

    Tak ada pulak orang ambil dan tolong berikan kepada burung-burung tersebut. Tak ada rezeki burung-burung tu.

    Satu lagi, di Masjid Nabawi, suara orang perempuan tersangat bising dan bingit sekali ketika menunggu kebenaran melawat raudah. Kadang-kadang terdengar tapak kaki orang berlari, mungkin berebut untuk sampai dahulu ke raudah. Wallahu'aklam.

    ReplyDelete
  10. Salam Tn. Haji

    Apa maksud soalan Tn. Haji - perhatikan cahaya matahari,ke arah manakah ia tertumpu?

    Ke arah mana? Saya tak faham maksud Tn. Hj. tu?

    ReplyDelete
  11. Wa'alaikum salam zul salleh

    Jika kita perhatikan, kelihatan cahaya matahari itu tertumpu kepada kubah hijau masjid nabawi. Di bawah kubah hijau itulah bersemadinya insan yang paling mulia di seluruh alam jagat ini iaitu Rasulullah S.A.W. Allahu Akbar!

    ReplyDelete
  12. Salam Tn Haji..

    Sy ingin bertanya, adakah makam Saidatina Siti Khadijah terletak di perkuburan Baqi juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Makam Saidatina Khadijah berada di perkuburan Ma'ala, di Makkah.

      Delete
  13. Wa'alaikum salam Izowan,

    Makam Saidatina Khadijah adalah di Jannatul Ma'alaa (perkuburan Ma'ala) Makkah iaitu suatu kawasan perkuburan berhampiran dengan Masjid Jin.

    Jika kita dari Madinah atau Tan'iem kita akan melalui perkuburan Ma'alaa ini (sebelah kiri jalan).

    ReplyDelete
  14. Asalm tuan haji..

    hanya tuk kongsi info..arwah ibu saya dikebumikan disini..arwah ibu meninggal di madinah pd 28 dis 2012..info ttg perkuburan baqi yg tuan haji tulis mbri maklumat pd saya..trima kasih tuan haji.

    umi2013

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

      Semoga roh ibu puan dicucuri rahmat daripada Allah SWT. Beruntungnya ibu puan kerana dia menjadi tetangga Rasulullah SAW. Al-Fatihah untuk Rasulullah, para sahabat, para penghuni baqi' dan ibu puan.

      Delete

Assalamu'alaikum wm wbr. Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. Sebagai insan biasa, kadang-kadang saya terlepas pandang akan ulasan/soalan-soalan yang dikemukakan. Namun selepas menyedarinya, saya akan cuba balas kembali ulasan-ulasan tuan/puan/cik.