Tuesday, June 7, 2011

Doa Keselamatan, Kesihatan, Dan Tolak Bala

Assalamu'alaikum wm wbr.
..aaa
Para pembaca yang budiman. Segala puji dipanjatkan kepada Allah S.W.T. iaitu Tuhan seru sekelian alam. Selawat dan salam diucapkan kepada Nabi junjungan, Muhammad S.A.W.
Dan Doa-Doa Mustajab - Darussyifa'
Sebagai manusia biasa, kita kadang-kadang ditimpa oleh musibah. Adakalanya musibah tersebut kecil, dan kadang-kadang musibah itu besar dan sukar untuk diatasi dengan usaha dan kudrat sendiri. Apakah ikhtiar kita jika terjadi sedemikian? Jawapannya ialah kita mengadu kepada Allah SWT, di samping bersabar terhadap dugaan tersebut, sebab segala apa yang terjadi adalah atas ketentuan Allah jua.

Di bawah ini terdapat suatu doa yang sangat elok diamalkan dan dibaca dengan penuh khusyu' dan tawadhu' mengharap ihsan dan rahmat Allah, apabila berlaku sesuatu musibah yang berat ke atas kita.  Doa ini saya petik daripada buku keluaran Darussyifa' berjudul "Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat_Ayat Dan Doa-Doa Mustajab"

Sekian, semoga entri ini memberi manfaat kepada para pembaca. Wasalam.
Sumber: 
Sumber:  Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat_Ayat
Dan Doa-Doa Mustajab - Darussyifa'
Ya Allah, sesungguhnya kami adalah hamba-hambaMu, anak-anak dari hamba-hambaMu ya Rahman. Ubun-ubun kami ada dalam genggamanMu. Telah terdahulu ketetapanMu bagi kami, telah adil qadha' dan qadarMu bagi kami. Kami meminta dengan nama-namaMu yang telah Engkau sebut untuk diriMu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada salah seorang hambaMU, atau nama yang Engkau rahsiakan dalam ilmuMu yang ghaib, agar Engkau kurniakan kepada kami kesihatan dan keselamatan, afiat dan keselamatan yang kekal dalam agama, dunia, dan akirat dengan rahmatMu ya Allah, wahai yang paling Mengasihi daripada segala yang mengasihi. 

1 comment:

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.