Thursday, October 14, 2010

Panduan Umrah – 39 – Panduan Pakaian / Keperluan Untuk Dibawa Ke Tanah Suci

Assalamu'alaikum wm wbr.

Alhamdulillah, ramai pembaca dan rakan-rakan bertanya tentang berapa banyakkah pakaian yang perlu di bawa semasa mengerjakan umrah. Sebagai panduan umum, kita perlu membuat estimate atau jangkaan keperluan pakaian untuk dua minggu seperti berikut:

Pakaian Lelaki:
Tuala ihram - 2 pasang
Tali pinggang - 1 utas
Baju Biasa - 2 helai
Baju Melayu - 1 pasang (sangat berguna jika ada pembesar Malaysia masuk kaabah, kita boleh tumpang sekaki)
Singlet berlengan - 4 helai
Seluar panjang - 2 pasang
Kain pelikat - 2 helai
Tuala mandi - 2 helai
Stokin - 2 pasang
Selipar Jepun - 1 pasang (guna dalam bilik air)
Seluar sukan, kasut jogging, dll - jika berhajat untuk mendaki Jabal Nur
T-Shirt - 2 helai
Kasut biasa - sepasang
Selipar semasa berihram (terbuka di bahagian jari kaki dan bahagian tumit)
Kasut khuf (ada dijual di Mydin bahagian kelengkapan umrah) -- boleh pakai dalam masjid sebab lantai masjid nabawi sangat sejuk.
Jubah - boleh dibeli di Madinah atau Makkah


Kasut Khuf

Pakaian Wanita:

Telekong solat - 2 pasang
Mini telekong - 2 pasang
Baju kurung - 3 pasang
Baju Maxi (jubah) - 2 pasang
Baju tidur dan seluar panjang - 2 pasang
Stokin - 3 pasang
Sarung tangan - 1 pasang (tapi jangan pakai semasa berihram)
Tuala mandi - 2 helai
Tuala kecil - 1 helai
Selipar Jepun - 1 pasang (guna dalam bilik air)
Kasut biasa - sepasang
Kasut khuf (ada dijual di Mydin bahagian kelengkapan umrah) -- boleh pakai dalam masjid sebab lantai masjid nabawi sangat sejuk.


Kasut Khuf










lain-Lain:
Buku doa
Counter untuk zikir (jika perlu)
Bag pakaian berkunci
Gunting kecil
Lencana nama - disediakan oleh pengendali pakej
Bag bimbit sederhana - disediakan oleh pengendali pakej
bag galas - disediakan oleh pengendali pakej
Ubat gigi
Berus gigi
Sabun mandi
Uncang kasut (boleh guna bag plastik bungkus barang)
Telefon bimbit
Netbook - bagi sesiapa yang tidak boleh berpisah dengan komputer
Kamera compact - jika perlu
Ubat-ubatan
Cenderahati untuk rakan-rakan yang tinggal di Makkah. Mereka tu rindu dengan kicap cap kipas udang, sos cili dsb
Duit untuk sedekah kepada fakir miskin, pelajar-pelajar tahfiz dsb
Marker pen permanent, masking tape/binding tape - jika perlu untuk tulis nama pada bag tambahan sebab terbeli banyak barang-barang di sana.
Keropok, kicap, sos, ikan kering tamban kecil untuk dihadiahkan kepada pelajar-pelajar Malaysia di sana 
Dan apa-apa yang difikirkan sesuai dan logik.

Bagaimana pula tips untuk melawat raudhah bagi lelaki? Klik SINI

Atau masa untuk melawat raudhah bagi perempuan? Klik SINI

15 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj,

    Info yang amat baik bagi saya yang kini di peringkat akhir untuk menyiapkan kelengkapan/pakaian untuk dibawa semasa menunaikan haji yang akan berangkat pada 23 Okt 2010.........

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tn Hj.

    N3 yang bermenafaat. Boleh buat checklist kepada mereka yang hendak pergi.

    p/s: terkenang masa berpusus-pusu keluar-masuk masjidilharam musim haji 2008.

    ReplyDelete
  3. thanks.. panduan berguna untuk saya yg nak kesana tanpa travel agent niii...

    ReplyDelete
  4. Assalamu;alaikum Mila

    Alhamdulillah, semoga mendapat Umarah yang maqbullah, Amin.

    ReplyDelete
  5. saya nak tanya, betul ke orang kata bile pergi umrah, tak boleh bawa telefon berkamera? kenapa yer?

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum wbt Anonymous

    Pada satu ketika dahulu telefon bimbit berkamera, dan juga sebarang jenis kamera tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam masjidil haram dan masjid nabawi di Madinah.

    Namun sekarang telefon berkamera dan pocket camera sudah boleh dibawa masuk ke dalam masjid haram dan masjid nabawi. Jemaah boleh ambil gambar tetapi janganlah terlalu berani sangat iaitu ambil gambar dihadapan pengawal dan polis bertugas dalam masjid - itu seperti mencabar kewibawaan mereka. Masih ramai pegawai-pegawai di masjid haram dan masjid nabawi yang tidak boleh menerima konsep ambil gambar dalam masjid ni. Pegawai perempuan memang strict, terutama di masjid nabawi.

    Telefon DSLR kalau dibawa masuk ke dalam masjid akan mengundang masalah. Tetapi ada juga seorang dua jemaah yang daring bawa kamera DSLR. Kalau kena rampas atau memory card kena patahkan, risikonya tanggung sendiri.

    ReplyDelete
  7. Salam, sy pertama kali akn menunaikn umrah pd 14 july ni..secara jujur sy solat on off..sy tdk btudung semuanya kerana sy memberontak pd suami yg sering menipu pd sy dn dia melakukan beberapa aktiviti sosial yg haram d sisi agama..skrg ni sy rs takut dn x tahu apa persiapan yg perlu sy buat utk menunaikn umrah nnt..suami sy lngsung x beri tnjuk ajar walaupn dia pndai dlm agama..jauh dlm sudut hati sy sbnrnya sy ingin mnjadi seorg muslimah yg baik tp sy selalu tewas kerana sy tlalu menghrp dorongan dn semangat dr suami yg leka dgn duniawi..harap sy akn dpt sedikit panduan d sini..terima kasih pd yg sudi membimbing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Saya tumpang gembira di atas jemputan Allah SWT kepada puan untuk menjadi tetamu-Nya pada 14 Julai nanti. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui akan hasrat murni puan untuk kembali kepada fitrah. Percayalah Allah SWT sangat menyayangi hamba-hamba-Nya, justeru itu dihulurkan-Nya jemputan istimewa kepada puan.

      Tidak semua orang mendapat keistimewaan tersebut. Bayangkan betapa ramai di luar sana tersangat ingin melaksanakan umrah. Namun hanya insan yang istimewa sahaja yang mendapat undangan yang istimewa daripada Raja segala Raja. Semoga puan terus istiqamah dengan niat ingin berubah ini.

      Sebagai langkah permulaan, saya syorkan agar puan melakukan solat taubat dan memperbanyakkan istighfar menyesali dosa dan perbuatan yang lalai pada masa yang lepas.

      Selanjutnya puan tambahlah pengetahuan tentang selok belok manasik (pekerjaan) umrah agar puan dapat melakukannya dengan yakin dan tenang.

      Saya harap puan dapat membaca kisah seorang hamba Allah yang telah berubah, kembali kepada fitrah, selepas membaca tulisan-tulisan saya dalam blog ini. Komen beliau boleh dibaca dalam link yang berikut: http://msaadhamid.blogspot.com/2010/07/jalan-hijrah-makkah-sebelum-asar-sabtu.html?showComment=1291444190727#c5992713449018025608

      Sekian, semoga puan sekeluarga terus mendapat hidayah dan kasih sayang Allah SWT. Selamat menunaikan umrah, dan semoga mendapat umrah yang maqbullah. Amin.

      Delete
  8. Terima kasih. Sangat membantu dalam persiapan menunaikan umrah. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum wbt

      Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Semoga puan mendapat umrah yang maqbul dan Allah permudahkan segala urusan puan di sana. Amin.

      Delete
  9. salam Tn haji,
    Terima kasih dengan perkongsiaan ilmu buat tatapan bakal umrah/haji seperti saya. InsyaAllah saya akan pergi umrah bersama ibu tercinta tahun ini. Boleh tn kongsikan pengalaman umrah/haji bersama warga emas buat panduan saya disana. Saya yang masih bujang diamanahkan oleh adik beradik yang lain membawa ibu kesana.Alhamdullillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi melawat ke sini. Bagi jemaah yang membawa warga emas ke tanah suci sukacita saya nasihatkan agar banyak-banyak bersabar dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan kita semasa di sana. Pilihlah pakej yang mana hotel penginapan dekat dengan Masjidil Haram dan tidak berbukit supaya mudah mereka berulang alik ke masjid.

      Sdekian wasalam

      Delete
  10. Assalamualaikum bleh x kite pakai jubah mase time tawaf pertama

    ReplyDelete
  11. Saya pun ingin bertanya sesuaikah jika saya hanya bawa baju kurung pahang, tangan cekak putih dan berwarna utk mengerjakan haji?

    ReplyDelete
  12. Saya pun ingin bertanya sesuaikah jika saya hanya bawa baju kurung pahang, tangan cekak putih dan berwarna utk mengerjakan haji?

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.