Sunday, August 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA 'AIDIL FITRI

Assalamu'alaikum wbt
...
Di KLIA, 2 Mei 2011
Para sahabat Rasulullah S.A.W. ketika bertemu pada hari raya, mereka akan mengucapkan "Taqobbalallahu minna waminkum" yang bermaksud "Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian."
...
Jesteru kepada semua pengunjung blog "Hidup Biar Allah Sayang" yang saya hormati sukacita saya mengucapkan تقبل الله منا ومنكم. Marilah kita saling bermaaf-maafan antara satu sama lain. Buangkan yang keruh, ambil yang jernih, dan teruskanlah amalan-amalan yang telah dilakukan di bulan Ramdhan, pada bulan-bulan yang lain.


...

Friday, August 26, 2011

Pulang Raya - Ikut Sunnah Nabi S.A.W.

Assalamu'alaikum wm wbr
Memasuki Makkah daripada Madinah berhampiran Hujun (Masjid Jin) pada 6 Mei 2011
Raya tak lama lagi. Nanti akan ramailah warga kota atau orang perantauan pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari lebaran bersama ibubapa, saudara mara dan rakan taulan masing-masing. Alangkah baiknya jika kita mengambil sedikit ingatan akan amalan Rasulullah ketika bermusafir iaitu, antara lain:
..
1. Baginda tidak keluar musafir pada hari Jumaat. 
2. Melakukan solat sunat musafir sebanyak 2 rakaaat sebelum bergerak.
3. Membaca doa musafir ketika keluar rumah, dan membaca doa naik kenderaan.
4. Mengucapkan الله أكبر ketika kenderaan mendaki bukit
5. Bertasbih ketika kenderaan menuruni bukit
6. Melakukan sujud syukur bila dah sampai ke destinasi
7. Bawa hadiah / buah tangan
8. Berteman - kalau ada 3 orang, lantik seorang jadi ketua.

Thursday, August 25, 2011

Petua Mencari Malam Lailatul Qadar

Assalamu'alaikum w.b.t.


Kubah Hijau Masjid Nabawi - Di bawah kubah tersebut bersemadi Rasulullah S.A.W.
Suasana di Pangkin Ahli Suffah: Di hadapan itu ialah rumah Fatimah Az-Zahrah
Dua orang jemaah sedang solat di Mehrab Tahajjud Rasulullah S.A.W.
Di dinding kiri ada decoration tulisan khat ayat 56 surah al-Ahzab
... إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Salam Ramadhan dan salam Lailatul Qadar.
...
Alhamdulillah, pagi ini sukacita saya berkongsi tips mencari lailatul Qadar yang saya cungkil dari puluhan mesej dalam kotak email saya. Walaupun Ramadhan sudah hendak meninggalkan kita dalam beberapa hari lagi, namun marilah kita manfaatkan petua ini, sekurang-kurangnya pada 28 Ogos ini, insyaAllah.  Semoga Ramadhan tahun ini dipenuhi dengan kenikmatan dan kesyukuran.
...
Petua mencari Malam Lailatul Qadar
(Petikan daripada Kitab Jauhar Al-Mauhub -Muka Surat 66 & 67 ) 
...
Assalammu'alaikum wbt.

Tidak rugi jika antum bersungguh-sungguh mengambil kesempatan hanya pada dua malam ini. Beramalah dan berdoalah dengan doa yang baik-baik. Insya'Allah sangat mustajab. Bagaimanapun yang terbaik beramal bersungguh-sungguh setiap malam Ramadan. Petua ini hanya untuk kita lebihkan sedikit malam tersebut.
...
Doa yang paling utama ialah kita bermohon Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa kita, dosa-dosa ibu-bapa, ibu-bapa mertua, isteri/suami dan anak-anak, seluruh ahli keluarga dan semua guru-guru kita yang muslim.
...
Kalau berdoa dengan hajat yang harus (bukan wajib) jangan lupa menyebut "Ya Allah kalau hajat aku ini memberikan kebaikan kepada aku dan ahli keluargaku untuk jangkamasa pendek dan panjang, dunia dan akhirat kami, maka makbulkanlah. Jika memudaratkan maka janganlah dimakbulkan".
...
Contoh hajat yang harus (tidak wajib) seperti hendak membeli kereta baru, meluaskan perniagaan, membeli saham, mendapatkan tender, membeli rumah baru dan sebagainya. 
...
Kalau hajat yang wajib tidak perlu ditambah doa di atas. Contoh hajat yang wajib seperti diberikan rezeki menunaikan haji, melangsaikan hutang, kesembuhan penyakit kronik, mendapat jodoh dan sebagainya. 
...
Ana telah pakai petua ini sejak 2005, Alhamdulillah kebanyakan hajat yang besar-besar Allah SWT makbulkan.Tahun lepas ana berdoa kehadrat Allah SWT agar diberikan rezeki menunaikan haji, Alhamdulillah Allah SWT telah makbulkan.
...
Awal Ramadan tahun ini (1 Ramadan 1432H)  jatuh pada hari Isnin (1-Ogos-2011) maka mengikut; 
...
1. Pendapat pertama (Imam Nawawi) – malam Lailatul Qadar insya'Allah akan jatuh pada malam yang ke-29 (hari Ahad, 28-Ogos-2011 malam Isnin) 
...
2. Pendapat kedua (Sheikh Wahab) - malam Lailatul Qadar insya'Allah jatuh pada malam yang ke-21 (hari Sabtu, 20-Ogos-2011 malam Ahad.
...
Berikut adalah petikan dari kitab yang tersebut di atas (lampiran adalah dari kitab asal); 
...
Dan adalah malam Lailatul Qadar itu pada Imam Syafie Radiyallahu’anhu tersimpan ia di dalam sepuluh malam yang akhir daripada bulan Ramadan tetapi pada malam “gasal” (ganjil) itu terlebih harap akan dia dan terlebih diharap daripada segala malam yang “gasal” (ganjil) itu malam yang dua puluh satu dan malam yang dua puluh tiga. 
...
Dan yang “rajihnya” bahawasanya malam Lailatul Qadar itu melazimi ia akan malam yang tertentu maka tiada terpindah ia daripada seperti barang yang diriwayatkan daripada Abas bahawasanya malam Lailatul Qadar itu malam yang dua puluh tujuh kerana diambil daripada firman Allah ta’ala “Inna annzalnahu filailatul qdr” hingga “Salam mun hi ya” … maka bahawasanya kalimah “ hi ya’ itu dua puluh tujuh daripada segala kalimah surah ini dan iaitu kinayah daripada malam lailatul qadar dan atas perkataan inilah diamalkan pada segala masa, segala negeri dan iaitu mazhab kebbanyakan Ahli al-‘Ilmi. 
...
Dan kata qil; “Bahawasanya malam lailatul qadar itu terpindah ia tiada tetap ia pada malam yang tertentu maka terkadang ia pada dua puluh satu dan terkadang ada ia pada malam dua puluh lima demikianlah dan atas perkataan ini menjalani dua ahli Sufi dan menyata mereka itu akan “dhabit” dan kaedah bagi yang demikian itu dan iaitu; 
...
- jika adalah awal puasa pada hari Jumaat maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Sabtu maka itu malam dua puluh satu
- dan jika awal puasa pada hari Ahad maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Selasa maka iaitu malam dua puluh lima
- dan jika awal puasa pada hari Rabu maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Khamis maka malam lailatul qadar malam dua puluh satu
...
Dan telah memilih Imam Nawawi didalam  Majmu’ dan Fatawa akan qaul dengan berpindah dan katanya di dalam Raudah dan iaitu yang kuat. (Bajuri) 
...
Dan tersebut di dalam Hasyiyah Fathul Wahab, maka;
...
- jika awal puasa pada hari Ahad atau hari Rabu maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh satu
- dan jika awal puasa hari Selasa atau Jumaat maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Khamis maka iaitu malam dua puluh lima
- dan jika awal puasa hari Sabtu maka iaitu malam dua puluh tiga malam lailatul qadar
..
Kata Abu Al-Husan: “Dan pada masa sampai aku akan tahun lagi-lagi tiada luput akan daku malam Lailatul Qadar dengan ini kaedah yang tersebut Barmawi dan Qalyubi”
...
Wallahu'alam
Haji Mohd Sopian Omar
 

Tuesday, August 23, 2011

Blog Tn Haji Arshad KehidupandiMekah Tak boleh Dibuka

Assalamu'alaikum w.b.t.
...
Gambar terbaru dari blog Tn Haji Arshad
Recently blog Tn Haji Arshad a.k.a. Datuk Bandar Makkah KehidupandiMekah tidak boleh dibuka. Saya telah hantar sms kepada beliau bertanyakan masalah tersebut dan inilah jawapan beliau:
...
"Mu'alaikum salam.... memang tak boleh buka langsung... tak tau kenapa... sila ke Kehidupan Makkah2 yang lama ... TK"
... 
Alamat blog lama tuan haji Arshad ialah  http://hajiarshad.blogspot.com/. Boleh juga klik entri dalam senarai blog saya seperti pada kolum sebelah kanan tu.
...
Semoga kita tidak ketinggalan mengikuti berita-berita terbaru dari Makkah al-Mukarramah dari Lensa Tn Haji Arshad!
...
Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya. Maaf zahir dan batin.

Monday, August 22, 2011

Tips Cara Nak Tahu Halaman Juzuk Al Quran Dengan Tepat

Terkenang - suasana berhampiran pangkin ahli suffah di Masjid Nabawi
Assalamu'alaikum wm wbr.
Samentara menunggu waktu berbuka ini sukacita saya berkongsi suatu kaedah untuk menentukan mukasurat juzuk tertentu al-Quran dengan tepat. Kaedah ini saya perolehi dari google group darussyifa'. 
.
Satu juzuk al-Quran mashaf 'Usmani mempunyai 20 halaman mukasurat.
Ummul Kitab, al-Fatihah, adalah pada mukasurat 1.
Juzuk 1,      Alif-Lam-Mim bermula pada mukasurat ke-2
Juzuk ke-2, bermula pada mukasurat   2+20 = 22
Juzuk ke-3, bermula pada mukasurat 22+20 = 42
Juzuk ke-4, bermula pada mukasurat 42+20 = 62
.
Jadi kita perhatikan, setiap juzuk surah akan berakhir dengan angka 2
.
Oleh itu kita boleh gunakan kaedah mudah untuk mengetahui halaman mukasurat bagi juzuk tertentu seperti berikut:
.
Katakan kita hendak tahu juzuk ke-5 di halaman berapa?
..
Caranya:
1. Numbor juzuk tadi ditolak dengan  1 --> 5-1  = 4
2. Hasil tadi iaitu 4 didharab dengan   2 --> 4x2 = 8
3. Letakkan angka 2 selepas jawapan pada step ke-2 di atas sebab setiap juzuk akan berakhir dengan angka 2
..  Jadi juzuk 5 bermula di halaman 82
..
Dengan menggunakan kaedah yang sama kita boleh mencari nombor halaman bagi setiap juzuk al-Quran mashaf 'Usmani.
Contoh: Nak cari halaman mukasurat bagi juzuk ke-23 (malam ni nak baca al-Quran juzuk 23).
23-1 = 22; 22x2=44. Jadi juzuk 23 bermula pada haman 442. 
..
Sekian, harap dipanjang-panjangkan. Alhamdulillah.