Sunday, June 10, 2012

Boleh 'Copy Paste' Entri Saya Tetapi Kenalah Nyatakan Sumbernya Dalam Entri / Mana-Mana Penulisan Tuan/Puan

Assalamu'alaikum wbt

Segala puji-pujian ku hadapkan hanya kepada Allah SWT, Tuhan pencipta segala makhluq. Dengan kasih sayang-Nyalah maka kita telah dikurniakan berbagai-bagai nikmat yang kadang-kadang atas sifat ketidakprihatinan kita, maka nikmat-nikmat tersebut tidak dapat kita selami dan sedari.

Saya sangat-sangat bersyukur apabila setiap kali membuka blog ini, saya dapati bilangan angka pada kaunter yang terletak di sudut atas sebelah kanan blog ini terus meningkat.  Pada masa entri ini ditulis, angka yang tercatat ialah seperti berikut:


Total Pageviews

Sparkline 321589


Saya menulis ini bukanlah bertujuan untuk berbangga diri atau sebagainya.  Namun, saya dapati angka tersebut sedikit sebanyak telah mengundang plagiarisme atau penciplakan terhadap nukilan-nukilan entri dalam blog Hidup Biar Allah Sayang ini.

Ya, judul entri saya kali ini ialah: Boleh 'Copy Paste' Entri Saya Tetapi Kenalah Nyatakan Sumbernya Dalam Entri / Mana-Mana Penulisan Tuan/Puan.

Mesejnya jelas, iaitu sekiranya para pembaca ingin 'copy paste' mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini, maka tolong letakkan alamat asal blog ini (dengan linknya sekali) dalam entri tuan/puan. Dengan berbuat demikian maka kita telah berlaku jujur terhadap diri sendiri, dan juga terhadap para pembaca.

Bagaimana saya tahu ada bloggers 'copy paste' entri-entri di sini? Jawapannya mudah sahaja.

(1) Buka entri yang paling popular dalam blog ini, iaitu entri di bawah.


Yang Selalu Dilihat Oleh Pengunjung




(2) Copy beberapa baris ayat daripada entri tersebut
Alhamdulillah, apabila kita berkesempatan berada di Masjidil Haram, sama ada untuk melaksanakan umrah ataupun haji, maka hati memang sangat-sangat teringin untuk menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Pemurah
(3) Buka 'Google' dan paste kan ayat-ayat tadi dan inilah hasilnya.


  1. Astro-Oasis Umrah Invitation Contest/Peraduan Jemputan Ke ...

    emenang.com/.../astro-oasis-umrah-invitation-cont... - Translate this page
    13 Jan 2008 – Saya sangat-sangat berhajat untuk menunaikan fardhu haji dan umrah.... Tetapi apabila kawan-kawan ada pergi menunaikan fardhu Haji dan Umrah ...dihadapan Ka'abah dan dimasjidil Haram mohon pada pada Allah supaya .... SWT kepada umatNya yang dapat mengerjakan ibadah di Masjidil Haram ...
    You visited this page on 6/9/12.
  2. Hidup Biar Allah Sayang: Panduan Umrah – 30 – Tempat Mustajab ...

    msaadhamid.blogspot.com/.../panduan-umrah-30-t... - Translate this page
    4 Mei 2010 – Alhamdulillahapabila kita berkesempatan berada di Masjidil Haram,sama ada untuk melaksanakan umrah ataupun haji, maka hati memang sangat-sangat teringin untuk menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Pemurah. Semasa di kampung halaman, kita berdoa di masjid, di ...
  3. Hidup Biar Allah Sayang: Boleh 'Copy Paste' Entri Saya Tetapi ...

    msaadhamid.blogspot.com/.../boleh-copy-paste-en... - Translate this page
    33 minit yang lalu – Alhamdulillahapabila kita berkesempatan berada di Masjidil Haramsama ada untuk melaksanakan umrah ataupun haji, maka hati memang sangat-sangat teringin untuk menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Pemurah. (3) Buka 'Google' dan paste kan ayat-ayat tadi dan inilah ...
  4. Hidup Biar Allah Sayang

    msaadhamid.blogspot.com/ - Translate this page
    33 minit yang lalu – Alhamdulillahapabila kita berkesempatan berada di Masjidil Haramsama ada untuk melaksanakan umrah ataupun hajimaka hati ... untuk menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Pemurah ... Haram sama ada ... umrah ataupun haji maka hati memang sangatsangat teringin untuk...
    You've visited this page 5 times. Last visit: 5/20/12
  5. Januari « 2011 « 1khalifah

    1khalifah.wordpress.com/2011/01/page/2/ - Translate this page
    Alhamdulillahapabila kita berkesempatan berada di Masjidil Haramsama ada untuk melaksanakan umrah ataupun hajimaka hati memang sangat-sangat teringin untuk menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Tuhan Yang .... 'Dan sekalian wajah tunduk merendah demi untuk Tuhan yang Maha Hidup, yang Maha ...
  6. Mekah « 1khalifah

    1khalifah.wordpress.com/category/mekah/ - Translate this page
    23 Jun 2011 – Alhamdulillahapabila kita berkesempatan berada di Masjidil Haramsama ada untuk melaksanakan umrah ataupun haji, maka hati memang sangat-sangat teringin untuk menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Pemurah. Semasa di kampung halaman, kita berdoa di masjid, di ...
  7. boyidzuain: 2012-02-12

    boyidzuain.blogspot.com/2012_02_12_archive.html - Translate this page
    18 Feb 2012 – Alhamdulillahapabila kita berkesempatan berada di Masjidil Haramsama ada untuk melaksanakan umrah ataupun haji, maka hati memang sangat-sangat teringin untuk menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Pemurah. Semasa di kampung halaman, kita berdoa di masjid, di ...
    You visited this page on 6/9/12.
  8. Mengerjakan umrah - 1khalifah

    blog-indonesia.com/blog-archive-14342-47.html - Translate this page
    8 Jan 2011 – Mengerjakan umrah - 1khalifah - date posted: 08 Jan 2011, 00:13 - IBADAH ... tml Alhamdulillah apabila kita berkesempatan berada di Masjidil Haram sama ada ... umrah ataupun haji maka hati memang sangatsangat teringin untuk menadah tangan berdoa kepada Allah swt Tuhan Yang Maha Pemurah ...
  9. Selatan Online

    www.selatanonline.net/v1/modules.php?...p... - Translate this page
    20 Jan 2011 – Untuk tempahan iklan sila klik di sini @ e-mail kepada dollahharimau ...Apabila Islam Hanya Tinggal Nama ..... di Masjidil Haramsama ada untuk melaksanakan umrah ataupun hajimaka hati memang sangat-sangat teringin untuk menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Pemurah.
  10. Panduan Umrah umum

    www.docstoc.com/docs/.../Panduan-Umrah-umum - Translate this page
    19 Sep 2010 – Segala pujian dikhususkan hanya kepada Allah s.w.t di atas segala ...dikurniakan-Nya, sama ada nikmat-nikmat yang diketahui atau pun ... berada di tanah suci Makkah dan juga Madinah. ... Belanja untuk menunaikan umrah bukanlah sedikit....... melaksanakan umrah ataupun hajimaka hati memang ...
    You visited this page on 6/9/12.


Saya sebenarnya memberi keizinan secara umum bagi sesiapa sahaja yang ingin copy paste entri-entri dalam blog ini. Tetapi keizinan tersebut adalah bersyarat seperti yang telah saya nyatakan di atas. Jika tuan/puan perasaan, saya telah mengubah maklumat PROFILE saya dengan memasukkan beberapa klausa seperti di bawah:

Sangkar Diri Ini

My Photo
Hamba Allah yang sedang berkelana mencari keredhaan Tuhan. Segala entri dalam blog ini adalah original, iaitu menghampiri 100 peratus hasil nukilan saya sendiri. Mana-mana entri yang bukan original daripada saya, insyaAllah saya nyatakan sumbernya. Saya memberi kebenaran umum mana-mana pihak untuk menyalin atau mengambil sebahagian daripada entri dalam blog ini dengan syarat: (1) Tidak digunakan untuk tujuan komersial, dan (2) Hendaklah menyatakan alamat laman web blog ini dalam karya atau entri mereka. Akhir sekali, penggunaan sebarang maklumat daripada blog ini adalah atas risiko pengguna sendiri. Saya tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, atau sebarang masalah yang mungkin dihadapi oleh pengguna / pembaca.
Sekian, saya mohon maaf jika entri saya ini menyinggung perasaan para pembaca. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT, dan segala salah dan silap itu adalah kelemahan diri saya sendiri.
Wasalam.

10 comments:

  1. Assalamualaikum THMSH

    moga usaha yg sikit membawa manfaat yg banyak dan diberkati oleh Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, Amin, Ya Rab al-'alamin.

      Alhamdulillah, THR, terima kasih atas kesudian berkunjung ke sini.

      Delete
  2. Assalamualaikum THMSH

    Saya sangat2 bersyukur krn melalui entri ini byk ilmu yang saya dpt untuk persediaan saya mennunaikan umrah pada 2/7/12 ni bersama ibu saya .. saya harap tuan haji izinkan untuk saya copy buat rujukan ... semoga saya dan ibu akan mendapat umrah yang mabrur ... insyaallah dan semoga ALLAH memberi rahmat kepada Tuan Haji sekeluarga atas usaha dan ilmu yang dpt dikongsi bersama ini. Amin ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt Ieta

      Ya silakan, silakan semoga bermanfaat. Alhamdulillah.

      Delete
  3. assalamualaikum..boleh sy berhubung dgn tuan melalui emel..ni emel sy luzazder@gmail..kerana ingin mohon ambil sedikit entri2 yg ada utk kerja2 sy dlm kursus umrah

    ReplyDelete
  4. salam tuan, saya mohon untuk print entri tuan utk dibuat rujukan dn sbg sumber bahan bacaan sebelum sy menunaikan ibadah umrah insyallah pada 13 Jun ini...terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya silakan puan/cik muazaina, alhamdulillah.

      Saya juga ucapkan selamat menunaikan umrah pada 13 Jun ini dan semoga mendapat umrah yang maqbul. Amin.

      Delete
  5. Assalam Tuan Haji, saya mohon untuk mebuat cetakan pada entri tuan untuk kegunaan sendiri sebelum menunaikan umrah pada 15 Mac ini...Terima Kasih

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Tuan Haji..mohon share yer..untuk panduan saya menunaikan umrah pada 19 mei nanti..t.kasih

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Tuan Haji,
    Saya mohon izin menyalin dan cetak beberapa panduan dari blog tuan untuk persediaan saya menunaikan haji tahun ini, (2016).
    Terima kasih, mudah-mudahan ganjaran Allah pada tuan akan berlipat ganda..

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.