..
Saya sering ditanya oleh jemaah wanita mengenai masalah haid setelah berniat ihram.
Soalannya
...Jika jemaah wanita berniat ihram umrah, kemudian dia didatangi haid, maka selepas dia melihat darah tidak keluar pada hari kelima (misalnya), dia bersuci lalu pergi mengerjakan tawaf, sa'ie dan tahalul. Tiba-tiba pada waktu malam dia mendapati darah haidnya keluar semula. Adakah tahallulnya sah?
...
Jawapan
UNTUK MENJAWAB PERSOALAN TERSEBUT, KITA BOLEH MENGGUNAKAN PANDANGAN KEDUA MAZHAB SYAFI'E
Ada pandangan kedua dalam Mazhab Syafi'e, yang mengatakan bahawa tempoh bersih antara haid itu (dikenali sebagai Fatrah Niqa') dikira tempoh suci dan sah amal ibadat dengan syarat TEMPUH SUCI ANTARA DUA HAID ITU TIDAK KURANG DARI 24 JAM.
ATAU DALAM KATA LAIN, TEMPUH SUCI ANTARA DUA HAID ITU MESTILAH MELEBIHI 24 JAM.
Sebagai contoh: Jika pukul 12 tengah hari dia bersuci kemudian menyelesaikan umrahnya. Jam 3 petang hari berikutnya (esoknya) darah keluar semula (jangka masa telah melebihi 24 jam), maka umrahnya itu adalah sah.
Sebaliknya, jika pada pukul 12 tengah hari dia bersuci kemudian menyelesaikan umrahnya. Kemudian sebelum pukul 12 tengah hari esoknya (jangka masa kurang daripada 24 jam) darah keluar semula, maka umrahnya itu tidak sah.
Kenyataan di atas bersumberkan kepada Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke 17 (1422H).
Sekiranya jemaah haji wanita yang menghadapi masalah seperti tidak dapat melakukan tawaf rukun beliau bolehlah berpegang dengan pendapat yang mengatakan hari suci (fatrah al-Naqa’) dalam tempoh haid selama satu hari satu malam tidak dikira haid, beliau dikira suci, boleh mandi, berwuduk dan melakukan tawaf.
PERHATIAN
Fatrah Naqa’ hanya terpakai kepada jemaah haji/umrah wanita yang akan meninggalkan Makkah dalam waktu terdekat.
Fatrah Naqa’ tidak terpakai jika waktu berada di Makkah masih panjang dan sempat menunggu tempoh suci.
Jadi untuk selamat, bagi jemaah wanita yang mengalami masalah di atas, sekiranya dia mandi hadas dalam tempuh bersih (Fatrah Niqa'), kemudian menyempurnakan tawaf dan sai'e, saharusnya janganlah dia bergunting rambut dahulu.
Tunggulah sehingga melebihi jangka masa 24 jam daripada mula bersih. Jika darah tidak keluar baharulah dia bergunting rambut. Sekiranya selepas itu, darah keluar semula maka umrahnya adalah sah.
Entri berikaitan:
1. Sila klik ---> Doa menghentikan haid sementara waktu
2. Sila klik ---> Lagi Masalah Haid Bagi Wanita Yang Sedang Berihram
2. Sila klik ---> Lagi Masalah Haid Bagi Wanita Yang Sedang Berihram
Assalamualaikum tuan saad..terima kasih atas maklumat ini dan jawapan kepada pertanyaan saya...semoga Allah merahmati tuan dan keluarga....
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt.
DeleteAlhamdulillah, semoga bermanfaat. Semoga Allah merahmati anonymous dan keluarga juga. Amin, Ya Rab al 'alamin.
assalamualaikum tuan. sya mohon budi baik tuan untuk pencerahan masalah saya.
ReplyDeletesya tinggal di arab saudi mengikut suami bekerja dsana.
kami bercadang melakukan umrah selama 3 hari sahaja kerana batasan kerja. tarikh yg kami berangkat saya dlam keadaan haid dan kebiasaan adalah 7 hari, ini bermakna sya tahu tarikh kepulangan umrah itu juga sya dlam keaddan haid.
1.boleh ke sya pergi kerana suami beriya mahu sya mengikutinya, bagaimana bniat umrah dlam keaddan ini
2. bagaimana @ sempurnakan umrah itu
3. ada dkenakan dam ke.
tetima kasih tuan ya.
Wa'alaikum salam wbt
DeleteMaaf kerana terlepas pandang atas soalan puan ini.
Sekiranya puan ingin ke Makkah menemani suami melakukan umrah sedangkan puan tahu puan akan berada dalam keadaan haid maka puan boleh lakukan salah satu daripada berikut:
1. Puan pergi ke Makkah tanpa niat ihram umrah. Maka puan tidak perlu membayar dam dan tidak mendapat pahala umrah.
2. Puan boleh berniat umrah bersyarat di miqat seperti berikut: "Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya. Sekiranya aku terhalang oleh halangan syarak, maka ketika itu aku bertahallul kerana Allah Ta'ala."
Dengan niat ihram bersyarat seperti di atas, seseorang yang terhalang bolehlah bertahalul dengan menggunting rambut tanpa perlu membayar dam.
Rujukan: Panduan Umrah dan Pedoman Berpuasa di Makkah oleh Ustaz Daud Che'Ngah, Andalusia Travel.
Assalamualaikum tuan...
ReplyDeletesaya akan mengerjakan umrah dalam masa yang terdekat ini. Masalah saya, saya sekarang sedang didatangi haid, saya bimbang haid saya masih berterusan sehingga saat saya bertolak ke Mekah nanti. Apa yang harus saya buat kerana jangka haid saya sllnya sehingga 15 hari. Boleh atau tidak jika saya mengambil ubat untuk berhentikan darah haid saya.
Saya sgt memerlukan penjelasan dari tuan utk membantu saya dlm hal ini.
Wa'alaikum salam wbt
DeleteYa, puan boleh mengambil pil untuk menahan haid di samping mengamalkan doa menahan haid seperti pada entri yang terdahulu. Sila search pada petak "Cari Maklumat Dalam Blog Ini" pada sisi kanan bahagian atas page ini. http://msaadhamid.blogspot.com/2010/04/panduan-umrah-23-amalan-memohon.html
Lagi satu, semasa hendak berniat ihram, niatlah ihram bersyarat.
Sekian, berdoalah banyak-banyak semoga Allah SWT memudahkan segala urusan puan di sana. Amin
Assalamualaikum.Saya akan ke umrah dn msih dlm fatrah haid. Saya akan ke Makkah dahulu mengikuti kumpulan.Ini bermakna,semasa di Miqat saya msih dlm keadaan tidak suci..perlukah saya mandi sunat ihram dan juga niat ihram smasa di Miqat dn seterusnya menjaga pantang larang sesampainya di Makkah? Atau saya tidak berniat dan mandi sunat ihram,akan tetapi sy tggu sehinggalah tiada haid dn bru berniat di hotel penginapan contohnya..,yang mana satu betul ustaz?
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt
DeleteSesiapa yang memasuki Makkah dengan melalui miqat tanpa berihram, maka dia dianggap tidak berakhlak kecuali penduduk Makkah.
Apatah lagi bagi mereka yang dari awal hendak menunaikan umrah atau haji tetapi sengaja melepasi miqat tanpa berniat ihram, maka dia berdosa dan diwajibkan dam walaupun dia seorang wanita yang uzur (haid).
Jadi kesimpulannya, puan perlu berniat ihram sebelum sampai miqat atau di miqat walau pun masih haid dan seterusnya menjaga pantang larang ihram sehinggalah puan suci, mandi hadas dan menyelesai tawaf, saie, dan gunting rambut. Dicadangkan puan niat ihram bersyarat.
Jika puan dari Malaysia dan masuk Makkah dahulu, bermakna miqat puan ialah di Qarnul Manazil. Pilot akan membuat pengumuman setengah jam sebelum melintasi miqat di udara. Ketika itu puan bolehlah pasang niat umrah. Oleh kerana puan di atas kapal terbang masa tu, jadi puan tidak bolehlah mandi sunat ihram.
Saya cadangkan puan mandi sunat ihram di rumah dan berniat ihram di KLIA bagi mengelakkan puan terlupa atau tertidur dalam kapal terbang semasa melintasi miqat.
Sekian, semoga puan mendapat umrah yang mabrur. Amin.