Friday, October 22, 2010
Terlalu Banyak Pesakit Gangguan Jin Selepas Hari Raya - Kenapa?
Assalamu'alaikum wm wbr.
Sejak hari raya sehingga sekarang saya dapati terlalu ramai pesakit datang untuk mendapatkan rawatan dengan simpton gangguan jin. Apabila diruqyah maka sebahagiannya akan merasuk. Simptom gangguan jin ialah seperti berikut (dari forum terapialquran.com):
SIMPTOM GANGGUAN JIN
1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
Seperti selalu yang di alami oleh pesakit dan penderita gangguan kita boleh lihat perkara yang sama berulang ulang di dalam kehidupan mereka...seperti sakit kepala yang berpanjangan tetapi tidak di tahu punca fizikal kenapa sakit itu berlaku.
Yang menjadi tanda tanya ialah, "Kenapa selepas hari raya tiba-tiba kes gangguan jin meningkat dengan banyak?" Wallahuaklam.
Thursday, October 21, 2010
Pengalaman Umrah: Tidak Nampak Isteri Di Hadapan Masjid Nabawi
Ya Allah, ku mohon ampun kepadaMu di atas segala kesalahan dan dosaku. Sama ada yang aku sengajakan atau tidak aku sengajakan. Sama ada yang zahir mahupun yang batin. Sama ada pada perkataanku, tulisanku, atau perbuatanku. Sama ada semasa aku duduk diam atau semasa aku bergerak, atau semasa aku berkata-kata, atau kesalahan itu hanya terlintas dalam hatiku walau seketika. Sesungguhnya tidak ada daya upaya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan keupayaan dan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
Para pembaca yang budiman. Dalam entri saya yang terdahulu, saya memberikan beberapa panduan kepada jemaah yang julung kali sampai di Makkah agar tidak tersesat di Masjidil Haram. Antara tip yang saya kemukakan ialah supaya jangan ada perasaan takabbur walau sebesar zarah sekalipun di dalam hati dan sentiasa beristighfar kepada Allah SWT.
Dalam entri kali ini saya ingin menceritakan sedikit pengalaman yang saya lalui di hadapan Masjidil Nabawi semasa mengerjakan haji pada tahun 2007 semoga kita sama-sama mengambil pengajaran daripadanya.
Alhamdulillah, pada tahun 2007 saya dan isteri menunaikan ibadah haji dengan kumpulan terbang KT37 yang terbang terus ke Madinah. Di Madinah, kami di tempatkan di Hotel Movenpick yang sangat hampir dengan Masjid Nabawi. Di Masjid Nabawi, tidak seperti di Masjidil Haram, ruang solat wanita dan lelaki adalah berasingan. Oleh kerana kawasan masjid tersangat luas, dan para jemaah tersangat ramai, maka bagi memudahkan kami bertemu semula selepas keluar masjid, kami telah memilih suatu tempat berhampiran dengan bangunan tandas lelaki no.9 sebagai "meeting point."
Suatu hari, saya keluar agak lewat dari masjid selepas solat zohor. Saya dapati isteri saya telah lama menunggu di tempat yang telah dijanjikan dalam panas terik matahari. Kasihan melihat keadaannya, saya terus bertanya kenapa dia tidak menunggu di belakang tiang payung yang terletak 20 meter dari situ sebab dia boleh berteduh di bawah bayang-bayang tiang tersebut. Isteri saya memberitahu yang dia berpegang kepada janji dan khuatir saya tidak dapat mencarinya jika dia menunggu di belakang tiang tersebut. Lantas saya menjawab, "InsyaAllah, boleh cari." Selepas itu kami terus balik ke hotel untuk makan tengah hari.
Selepas berehat, kami pergi semula ke masjid untuk solat asar, dan kami berjanji untuk bertemu di tiang payung berhampiran dengan bangunan tandas lelaki no.9. Usai solat, saya bergegas keluar dari masjid sebab kami bercadang untuk mencari sedikit makanan. Saya menuju ke tempat yang telah dijanjikan tetapi isteri saya tidak kelihatan. Hanya ada beberapa orang jemaah dari Pakistan atau India di situ. Dalam fikiran saya, isteri mungkin lambat keluar sebab terhalang dalam masjid kerana jemaah terlalu ramai. Saya terus menunggu, tetapi isteri tidak muncul-muncul walaupun masa telah berlalu selama 20 minit. Hati mula berasa gusar. Timbul pula sangkaan yang isteri telah balik ke hotel bersendirian atas sebab-sebab tertentu untuk qada' hajat dan sebagainya. Lantas saya bergegas ke hotel mencari isteri di sana, namun isteri saya tidak ada di bilik.
Saya berpatah semula ke masjid dengan hati yang gelisah memikirkan keadaan tersebut. Di dalam lift, saya teringat semula kata-kata saya selepas zohor tadi yang mana saya mengatakan kepada isteri "InsyaAllah boleh cari." Mungkin kata-kata tersebut, walaupun bersandarkan dengan "InsyaAllah", menyebabkan Allah tidak redha ke atas saya. Mungkin Allah hendak tunjuk kepada saya bahawa saya sebagai makhluq tidak sepatutnya melafazkan kata-kata tersebut. Saya seolah-olah bersandarkan kepada keupayaan diri sendiri, tidak kepada Allah, ketika mengucapkan kata-kata tersebut. Lantas saya beristighfar sebanyak mungkin dan meminta ampun kepada Allah SWT dengan setulus hati agar Allah menemukan semula isteri saya. Alhamdulillah, semasa saya sampai semula di tempat yang dijanjikan, isteri saya terus datang mendapatkan saya dari arah tiang payung tadi. Isteri saya mengatakan bahawa dia memang menunggu saya di situ sejak keluar dari masjid, dan dia tidak pergi ke mana-mana. Dia sendiri puas mencari saya namun tidak berjumpa.

Di Sekitar Kawasan Inilah Peristiwa Di Atas Berlaku
Dialog saya dengan isteri:
Saya: "Kesiannya, kenapa tunggu di tengah panas. Kenapa tidak tunggu di balik tiang sana tu?"
Isteri: "Kita janji di sini tadi, saya takut abang tidak dapat cari saya kalau saya tunggu di situ."
Saya: "InsyaAllah, boleh cari."
Doa saya selepas menyedari bahawa kata-kata tersebut tidak diredhai oleh Allah SWT.
"Ya Allah, sesungguhnya aku tidak bermaksud untuk takabbur dan membesar diri semasa aku melepaskan kata-kata tadi. Ya Allah, sekiranya kata-kataku tadi menyebabkan Engkau murka dan tidak redha ke atasku, aku memohon ampun kepadaMu Ya Allah. Ampunilah aku dan ketemukanlah aku dengan isteriku Ya Allah."
Selepas itu saya terus beristighfar sehingga saya bertemu semula dengan isteri.
Perhatian: Jika di Malaysia, kita sering berkata-kata seperti di atas. Memang tidak ada sekelumit pun perasaan takabbur dan membesarkan diri semasa saya berkata sedemikian. Namun, jika diperhatikan secara lebih halus, kata-kata sedemikian sudah membelakangkan Allah SWT. Dengan berkata sedemikian, seolah-oleh saya mempunyai kuasa mencari isteri saya. Allah SWT telah mengajar saya secara tunai di Madinah.
Jika dengan hanya berkata "InsyaAllah boleh cari", Allah sudah tidak redha apatalah lagi kata-kata sebahagian daripada orang-orang Islam di Malaysia "Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di sini sebab kita hidup dalam masyarakat majmuk." Na'auzu billahi min zaa lik.
Tuesday, October 19, 2010
Panduan Umrah – 41 – Tip Supaya Tidak Tersesat Di Masjidil Haram
Kita sering mendengar kisah jemaah yang tersesat jalan, sama ada di Makkah mahupun di Madinah. Jamaah yang baru pertama kali ke tanah suci dan tidak sabar untuk ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf qudum (jika melakukan haji ifrad) atau tawaf umrah (jika melakukan haji tamattu') tidak dapat mencari jalan balik ke maktab atau ke hotel penginapan apabila terpisah daripada kumpulan. Bilangan jemaah yang terlalu ramai, bergerak dalam berbagai arah, di tambah dengan kawasan masjid yang terlalu luas dan bilangan pintu yang banyak menyebabkan jemaah hilang punca arah lokasi hotel.
Untuk mengelak perkara di atas berlaku, para jemaah perlulah:
1. Mengingat nama hotel, nombor bilik, nombor maktab, atau nombor KT (Kelompok Terbang) masing-masing supaya senang dihantar oleh petugas Tabung Haji atau jemaah lain (sekiranya bertemu) ke hotel penginapan. Pernah pada tahun 2007, apabila saya bertanya kepada seorang jemaah wanita yang tersesat, apakah nama hotel atau nombor maktab penginapannya di Makkah? Jawapannya ialah, "Tak tahulah makcik, tapi makcik tinggal di tingkat lima". Bayangkan ada berapa banyak hotel di Makkah mempunyai bilik-bilik penginapan di tingkat 5!
2. Sentiasa membawa kad nama yang dibekalkan oleh Tabung Haji. Pada kad tersebut tercatat nama dan alamat hotel dan nombor maktab.
3. Semasa masuk ke Masjidil Haram, ingatkan nama dan nombor pintu masuk, contoh: Pintu King Abdul Aziz (pintu nombor 1). Bab al-Marwah, Bab al-Umrah, Bab al-Fatah, pintu no. 86 dan sebagainya. Jadi semasa balik, carilah pintu-pintu tersebut dan buat temu janji dengan kawan-kawan, jika terpisah bertemu di depan pintu-pintu tersebut.
4. Di dalam Masjidil Haram, tentukan tempat "meeting point" - tempat bertemu/berjumpa yang mudah dicari. Sebagai contoh, di bawah lampu hijau isyarat garis permulaan tawaf.
5. Ingat bangunan-bangunan yang unik, masjid, shopping complex, dsb, terutama bangunan-bangunan di persimpangan jalan, untuk dijadikan "land mark". Contoh, ketika datang tadi saya melalui Masjid Kucing. Atau, ketika saya datang tadi melalui istana raja. Atau, ketika datang tadi saya melalui terowong, dsb.
6. Bawa telefon bimbit dan catatkan nombor telefon rakan sebilik, nombor telefon pegawai Tabung Haji, dsb. Jika tersesat, hubungi mereka untuk panduan jalan pulang ke hotel.
7. Elakkan perasaan takabbur walau sebesar zarah sekalipun di dalam hati dan sentiasa beristighfar mohon Allah swt memudahkan pekerjaan haji kita.
Sunday, October 17, 2010
Panduan Umrah – 40 – Tips Menjaga Kesihatan
Assalamu'alaikum wm wbr.
Musim haji tiba lagi.. Semasa musim Haji, bilangan jemaah di Makkah mencecah tiga juta orang yang datang dari seluruh pelosok dunia. Oleh itu risiko untuk mendapat penyakit bawaan jemaah dari negara lain memang tinggi. Bagi para jemaah bakal calun haji dinasihatkan menjaga kesihatan agar dapat melaksanakan pekerjaan haji dengan tenang dan sempurna. Jika kita sakit, sedikit sebanyak ibadat kita akan terjejas.
Sayugia diketahui, ibadah haji itu memerlukan kekuatan fizikal seperti tawaf, sa’ie dan melontar ketiga-tiga jamrah. Untuk melengkapkan tujuh (7) pusingan sa’ie jemaah terpaksa berjalan sejauh 2.8 kilometer (7 x 400meter). Untuk sampai ke jamrah dari perkhemahan di Muaiseim, jemaah perlu berjalan sejauh 3.5 km (pergi balik 7 km). Untuk ke Masjidil Haram dari maktab-maktab penginapan perlu berjalan sejauh 750 – 1500 meter (pergi balik sejauh 1.5 – 3.0 km). Di samping itu Jemaah perlu bermalam di Arafah dan Mina (masih ok lagi sebab ada khemah), dan mabit (bermalam) di Mudzalifah dengan berbumbungkan langit dan sepasang kain ihram yang tidak cukup hangat untuk menepis kedinginan malam yang menyucuk hingga ke tulang sum-sum. Pendek kata jemaah haji terpaksa berjalan kaki ke mana saja sama ada untuk menunaikan ibadah atau urusan peribadi ketika di tanah suci. Oleh yang demikian daya tahan tubuh badan boleh menurun dan mengundang sakit/penyakit.
Kita juga harus ingat perbezaan cuaca di tanah suci dan di Malaysia sangat drastik. Suhu di Makkah pada musim panas boleh mencecah sehingga 49°C pada waktu siang dan turun kepada 30°C pada waktu malam. Pada musim sejuk, suhu pada waktu siang ialah 25°C dan pada waktu malam turun kepada 15°C. Perubahan suhu yang ekstrem, di tambah dengan cuaca yang kering dan berdebu, mendedahkan bakal jemaah kepada jangkitan saluran pernafasan seperti batuk, selsema, dan asma sebab kehilangan air badan. Di samping itu, jemaah juga sering mengalami tumit kaki, dan bibir pecah dan berdarah sebab kehilangan kelembapan.
Untuk mengelakkan batuk, maka badan kita perlu mempunyai air yang cukup. Berikut ialah beberapa tip yang sempat saya catat semasa mengikuti ceramah kesihatan anjuran Tabung Haji Tampin pada tahun 2007 yang lalu.
1. 1. Para jemaah perlulah kerap minum air. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap agar badan tidak kekurangan air. Air yang terbaik ialah air zam-zam dan ia mengandungi banyak mineral.
2. 2. Di tanah suci kita tidak digalakkan mandi dengan kerap seperti di Malaysia. Mandi 1x dalam 2 hari.
3. Kurangkan guna sabun ketika mandi.
4. 4. Sekiranya batuk, jangan mandi dulu.
5. 5. Gunakan stokin untuk mengurangkan kehilangan air badan. Boleh guna kasut khuf semasa dalam masjid.
6. 6. Pastikan di bilik penginapan terdapat “air circulation” – perlu ada udara keluar masuk.
7. 7. Amalkan pemakanan seimbang dan kurangkan garam dan minyak.
8. Sapu tumit dengan krim pelembab untuk elak dari merekah.
9. Sapu bibir dengan nevea oil untuk elak bibir pecah dan berdarah.
Sekian semoga bermanfaat.
Khuf
Thursday, October 14, 2010
Panduan Umrah – 39 – Panduan Pakaian / Keperluan Untuk Dibawa Ke Tanah Suci
Assalamu'alaikum wm wbr.
Alhamdulillah, ramai pembaca dan rakan-rakan bertanya tentang berapa banyakkah pakaian yang perlu di bawa semasa mengerjakan umrah. Sebagai panduan umum, kita perlu membuat estimate atau jangkaan keperluan pakaian untuk dua minggu seperti berikut:
Tali pinggang - 1 utas
Baju Biasa - 2 helai
Baju Melayu - 1 pasang (sangat berguna jika ada pembesar Malaysia masuk kaabah, kita boleh tumpang sekaki)
Singlet berlengan - 4 helai
Seluar panjang - 2 pasang
Kain pelikat - 2 helai
Tuala mandi - 2 helai
Stokin - 2 pasang
Selipar Jepun - 1 pasang (guna dalam bilik air)
Seluar sukan, kasut jogging, dll - jika berhajat untuk mendaki Jabal Nur
T-Shirt - 2 helai
Kasut biasa - sepasang
Selipar semasa berihram (terbuka di bahagian jari kaki dan bahagian tumit)
Kasut khuf (ada dijual di Mydin bahagian kelengkapan umrah) -- boleh pakai dalam masjid sebab lantai masjid nabawi sangat sejuk.
Jubah - boleh dibeli di Madinah atau Makkah
Telekong solat - 2 pasang
Mini telekong - 2 pasang
Baju kurung - 3 pasang
Baju Maxi (jubah) - 2 pasang
Baju tidur dan seluar panjang - 2 pasang
Stokin - 3 pasang
Sarung tangan - 1 pasang (tapi jangan pakai semasa berihram)
Tuala mandi - 2 helai
Tuala kecil - 1 helai
Selipar Jepun - 1 pasang (guna dalam bilik air)
Kasut biasa - sepasang
Kasut khuf (ada dijual di Mydin bahagian kelengkapan umrah) -- boleh pakai dalam masjid sebab lantai masjid nabawi sangat sejuk.
Counter untuk zikir (jika perlu)
Bag pakaian berkunci
Gunting kecil
Lencana nama - disediakan oleh pengendali pakej
Bag bimbit sederhana - disediakan oleh pengendali pakej
bag galas - disediakan oleh pengendali pakej
Ubat gigi
Berus gigi
Sabun mandi
Uncang kasut (boleh guna bag plastik bungkus barang)
Telefon bimbit
Netbook - bagi sesiapa yang tidak boleh berpisah dengan komputer
Kamera compact - jika perlu
Ubat-ubatan
Cenderahati untuk rakan-rakan yang tinggal di Makkah. Mereka tu rindu dengan kicap cap kipas udang, sos cili dsb
Duit untuk sedekah kepada fakir miskin, pelajar-pelajar tahfiz dsb
Marker pen permanent, masking tape/binding tape - jika perlu untuk tulis nama pada bag tambahan sebab terbeli banyak barang-barang di sana.
Keropok, kicap, sos, ikan kering tamban kecil untuk dihadiahkan kepada pelajar-pelajar Malaysia di sana
Dan apa-apa yang difikirkan sesuai dan logik.
Alhamdulillah, ramai pembaca dan rakan-rakan bertanya tentang berapa banyakkah pakaian yang perlu di bawa semasa mengerjakan umrah. Sebagai panduan umum, kita perlu membuat estimate atau jangkaan keperluan pakaian untuk dua minggu seperti berikut:
Pakaian Lelaki:
Tuala ihram - 2 pasangTali pinggang - 1 utas
Baju Biasa - 2 helai
Baju Melayu - 1 pasang (sangat berguna jika ada pembesar Malaysia masuk kaabah, kita boleh tumpang sekaki)
Singlet berlengan - 4 helai
Seluar panjang - 2 pasang
Kain pelikat - 2 helai
Tuala mandi - 2 helai
Stokin - 2 pasang
Selipar Jepun - 1 pasang (guna dalam bilik air)
Seluar sukan, kasut jogging, dll - jika berhajat untuk mendaki Jabal Nur
T-Shirt - 2 helai
Kasut biasa - sepasang
Selipar semasa berihram (terbuka di bahagian jari kaki dan bahagian tumit)
Kasut khuf (ada dijual di Mydin bahagian kelengkapan umrah) -- boleh pakai dalam masjid sebab lantai masjid nabawi sangat sejuk.
Jubah - boleh dibeli di Madinah atau Makkah
Kasut Khuf |
Pakaian Wanita:
Telekong solat - 2 pasang
Mini telekong - 2 pasang
Baju kurung - 3 pasang
Baju Maxi (jubah) - 2 pasang
Baju tidur dan seluar panjang - 2 pasang
Stokin - 3 pasang
Sarung tangan - 1 pasang (tapi jangan pakai semasa berihram)
Tuala mandi - 2 helai
Tuala kecil - 1 helai
Selipar Jepun - 1 pasang (guna dalam bilik air)
Kasut biasa - sepasang
Kasut khuf (ada dijual di Mydin bahagian kelengkapan umrah) -- boleh pakai dalam masjid sebab lantai masjid nabawi sangat sejuk.
Kasut Khuf |
lain-Lain:
Buku doaCounter untuk zikir (jika perlu)
Bag pakaian berkunci
Gunting kecil
Lencana nama - disediakan oleh pengendali pakej
Bag bimbit sederhana - disediakan oleh pengendali pakej
bag galas - disediakan oleh pengendali pakej
Ubat gigi
Berus gigi
Sabun mandi
Uncang kasut (boleh guna bag plastik bungkus barang)
Telefon bimbit
Netbook - bagi sesiapa yang tidak boleh berpisah dengan komputer
Kamera compact - jika perlu
Ubat-ubatan
Cenderahati untuk rakan-rakan yang tinggal di Makkah. Mereka tu rindu dengan kicap cap kipas udang, sos cili dsb
Duit untuk sedekah kepada fakir miskin, pelajar-pelajar tahfiz dsb
Marker pen permanent, masking tape/binding tape - jika perlu untuk tulis nama pada bag tambahan sebab terbeli banyak barang-barang di sana.
Keropok, kicap, sos, ikan kering tamban kecil untuk dihadiahkan kepada pelajar-pelajar Malaysia di sana
Dan apa-apa yang difikirkan sesuai dan logik.
Bagaimana pula tips untuk melawat raudhah bagi lelaki? Klik SINI
Atau masa untuk melawat raudhah bagi perempuan? Klik SINI
Monday, October 11, 2010
Panduan Umrah – 38 – Tip Bag Pakaian
Assalamu'alaikum wm wbr,
Saya sering ditanya mengenai saiz bag yang sesuai untuk digunakan semasa mengerjakan umrah atau haji. Pernah saya diberitahu oleh bakal jemaah semasa mengikuti kursus umrah bahawa dia ingin menggunakan bag yang besar (saiz 4 kaki panjang) untuk mengisi pakaian dsb, katanya mudah untuk urus satu bag berbanding 2 atau 3 bag.
Jika difikirkan memanglah bagus menggunakan bag yang besar sebab kita boleh isi bermacam-macam barang. Tetapi semasa mengerjakan umrah atau haji, adalah lebih elok jika kita menggunakan bag yang sederhana besar sebab bag-bag tersebut ada kemungkinan diletakkan di bumbung bas. Bag-bag yang besar jika penuh muatannya, sudah tentulah berat dan ini menyukarkan pekerja menaikkan bag tersebut ke bumbung bas. Begitu juga semasa hendak menurunkan bag tersebut, jika bag terlalu berat mereka akan mencampakkan sahaja ke atas jalan raya yang mana ia mungkin merosakkan bag-bag tadi.
Untuk mengelakkan bag rosak semasa dikendalikan secara kasar oleh para petugas, disyorkan agar para jemaah mengikat kemas bag mereka dengan tali, agar bag tidak terbuka semasa diturunkan daripada bas dsb. Di samping itu, di lapangan terbang KLIA dan King Abdul Aziz Airport, Jeddah terdapat syarikat yang menawarkan perkhidmatan membalut (wrap) bag dengan plastik yang kukuh agar bag tidak rosak semasa dikendalikan oleh petugas kapalterbang dan syarikat pengangkutan yang lain dengan caj yang berpatutan.
Seandainya ketika hendak berangkat pulang ke tanah air, kita perlukan lebih dari sebuah bag untuk mengisi barang-barang yang dibeli di Makkkah atau Madinah, maka bolehlah kita membeli bag tambahan di sana sebab harganya agak murah. Jika anda seorang yang simple dan tidak mementingkan status, anda bolehlah mengisi barang-barang anda yang "terlebih beli" dengan menggunakan bag nylon seperti di bawah - mudah dan murah, cuma SR5 sahaja.
Panduan Umrah – 37 – Senarai Semak Ibadah Umrah
Assalamu'alaikum wm wbr,
Di bawah ini dinyatakan senarai semak untuk ibadah umrah. Tandakan X atau tick jika perkara tersebut telah dilakukan. Semoga memberi manfaat kepada para jemaah. Wasalam
Bil. Perkara Hukum Tandakan ( X )
1. Mandi sunat ihram Sunat
2. Memakai pakaian ihram Wajib
3. Sembahyang sunat ihram Sunat
4. Niat umrah Rukun
5. Berniat di miqat Wajib
6. Bertalbiah Sunat
7. Menjaga larangan ihram Wajib
8. Tawaf umrah Rukun
9. Sa'ie Rukun
10. Bercukur / bergunting Rukun
11. Tertib umrah Rukun
Alhamdulillah.
Tips untuk kelengkapan pakaian sila klik SINI
Tips untuk keperluan bag sila klik SINI
Bacaan atau Doa semasa tawaf sila klik SINI

Wednesday, October 6, 2010
Panduan Umrah – 36 – Tip Mengira Bilangan Tawaf Dengan Tepat
Alhamdulillah, hari ini Allah memberikan saya kekuatan dan sedikit kelapangan untuk update entri di sini. Sukacita saya mengambil kesempatan di sini untuk berkongsi pengalaman mengenai suatu kaedah yang mudah untuk mengira bilangan tawaf yang telah sempurna dilakukan.
Semasa mengikuti kursus umrah di Syarikat Andalusia Cawangan Melaka awal tahun 2010, salah seorang pencermah undangan ialah Ustaz Ridhuan yang merupakan mutawif Andalusia di hotel Royal Sultan, Ajyad Street, Makkah. Beliau memberitahu bahawa kebanyakan jemaah Indonesia dari daerah beliau (Sumatera Utara) menggunakan gelang getah (rubber band) untuk menentukan bilangan tawaf dengan tepat. Kaedah ini banyak digunakan oleh jemaah wanita yang sudah berumur. Almaklum, bagi jemaah yang sudah berumur seperti saya, dalam keadaan yang bersesak-sesak, dan keinginan untuk membaca doa atau zikir tertentu dengan khusyuk, maka memang mudah terlupa bilangan tawaf yang sudah disempurnakan. Caranya ialah seperti berikut:
1. Masukkan tujuh 7 helai gelang getah (rubber band) ke pergelangan tangan kanan pada permulaan tawaf (Ketika berada di garisan hajar aswad)
2. Lakukan tawaf dan apabila kita telah sampai semula di garisan hajar aswad, maka pindahkan satu helai rubber band ke pergelangan tangan kiri. Ini bermakna kita telah sempurna melakukan 1 pusingan tawaf.
3. Teruskan tawaf dan setiap kali selesai satu pusingan, pindahkan satu helai gelang getah (rubber band) dari tangan kanan ke tangan kiri.
4. Jika semua getah dari pergelangan tangan kanan telah berpindah ke pergelangan tangan kiri, bermakna kita telah melakukan tawaf sebanyak 7 kali pusingan.
Saya dapati kaedah ini sangat berkesan untuk mengingati bilangan tawaf. Mudah dan tanpa ragu-ragu. Jika anda berkesempatan melakukan tawaf di Masjidil Haram, dan jika anda secara kebetulan tawaf berhampiran dengan sekumpulan jamaah dari Indonesia , ada kemungkinan anda akan mendengan seseorang berteriak: Pindahkan gelaaang! Nanti fahamlah anda bahawa mereka menggunakan kaedah ini untuk menentukan bilangan tawaf.
Ya, sungguh kreatif saudara kita dari Indonesia. Bolehlah anda menggunakan kaedah ini jika pihak BANDERA tidak berdomenstrasi mengatakan kita menciplak kaedah mengira bilangan tawaf daripada Indonesia.
Selamat mencuba.