Monday, October 11, 2010

Panduan Umrah – 38 – Tip Bag Pakaian

Assalamu'alaikum wm wbr


Saya sering ditanya mengenai saiz bag yang sesuai untuk digunakan semasa mengerjakan umrah atau haji.  Pernah saya diberitahu oleh bakal jemaah semasa mengikuti kursus umrah bahawa dia ingin menggunakan bag yang besar (saiz 4 kaki panjang) untuk mengisi pakaian dsb, katanya mudah untuk urus satu bag berbanding 2 atau 3 bag.

Jika difikirkan memanglah bagus menggunakan bag yang besar sebab kita boleh isi bermacam-macam barang. Tetapi semasa mengerjakan umrah atau haji, adalah lebih elok jika kita menggunakan bag yang sederhana besar sebab bag-bag tersebut ada kemungkinan diletakkan di bumbung bas. Bag-bag yang besar jika penuh muatannya, sudah tentulah berat dan ini menyukarkan pekerja menaikkan bag tersebut ke bumbung bas. Begitu juga semasa hendak menurunkan bag tersebut, jika bag terlalu berat mereka akan mencampakkan sahaja ke atas jalan raya yang mana ia mungkin merosakkan bag-bag tadi.




Untuk mengelakkan bag rosak semasa dikendalikan secara kasar oleh para petugas, disyorkan agar para jemaah mengikat kemas bag mereka dengan tali, agar bag tidak terbuka semasa diturunkan daripada bas dsb. Di samping itu, di lapangan terbang KLIA dan King Abdul Aziz Airport, Jeddah terdapat syarikat yang menawarkan perkhidmatan membalut (wrap) bag dengan plastik yang kukuh agar bag tidak rosak semasa dikendalikan oleh petugas kapalterbang dan syarikat pengangkutan yang lain dengan caj yang berpatutan. 



Seandainya ketika hendak berangkat pulang ke tanah air, kita perlukan lebih dari sebuah bag untuk mengisi barang-barang yang dibeli di Makkkah atau Madinah, maka bolehlah kita membeli bag tambahan di sana sebab harganya agak murah.  Jika anda seorang yang simple dan tidak mementingkan status, anda bolehlah mengisi barang-barang anda yang "terlebih beli" dengan menggunakan bag nylon seperti di bawah - mudah dan murah, cuma SR5 sahaja.



No comments:

Post a Comment

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.