Monday, June 24, 2013

Setiap Tahun Dapat Hadiah Ni Dari Indonesia - Jerebu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

Gambar Hiasan
Langsung perkahwinan dalam suasan jerebu di Bukit Kangkar, Muar
Sumber: Berita Harian Ahad 23/6/2013 foto: Aizuddin Saad/BH

24/6/2013: Hari ini semua sekolah di Melaka ditutup. Sejak dua tiga hari kebelakangan ini ramai jemaah surau di Taman Dimensi, Lendu mengadu tekak mereka terasa perit dan kering. Malam tadi semasa solat Isya' imam terbatuk-batuk dan terpaksa memendekkan bacaan. Kesemuanya ini adalah disebabkan oleh jerebu yang sedang melanda akibat kebakaran yang berlaku di Sumatera, Indonesia.  Indek Pencemaran Udara (IPU) di Melaka pada hari ini telah melebihi 420, iaitu meningkat daripada semalam yang hanya sekitar 350. Berikut ialah beberapa foto yang sempat saya ambil sekitar jam 8:00  pagi tadi.

Jalan Dimensi 13, Taman Dimensi, Alor Gajah
Pekan MasjidTanah, Melaka
Di persimpangan Jalan Solok Duku dan
Jalan Hujan Panas, Masjid Tanah
Kawasan kolam tebatan banjir Kg Durian Daun, Masjid Tanah
berhampiran dengan Maahad Tahfiz Imtiaz
Fenomena cuaca berjerebu ini semacam sudah menjadi upacara tahunan pula gamaknya. Saban tahun, sekitar bulan Mei hingga September kita akan dilanda oleh jerebu yang dikaitkan dengan angin monsun barat daya yang membawa asap dari pembakaran hutan di Sumatera, Indonesia. 

Beberapa hari yang lepas,  pengarah Jabatan Perhutanan Riau, Sumatera, Zulkifli Yusuf, berkata jerebu melanda Malaysia sekarang adalah disebabkan oleh kebakaran ladang-ladang sawit milik syarikat daripada Malaysia  di wilayah tersebut.

Biar apapun punca jerebu tersebut, sukacita saya menarik perhatian pembaca kepada suatu amaran Allah SWT seperti yang terdapat pada ayat 10-11 surah ad-Dhukhan:
فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ
يَغْشَى النَّاسَ هَٰذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ
Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (ad-Dukhan: 10-11)

Juga kita perlu perhatikan hadis daripada Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

بَادِرُوا بِاْلأَعْمَالِ سِتًّا طُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا أَوِ الدُّخَانَ أَوِ الدَّجَّالَ أَوِ الدَّابَّةَ أَوْ خَاصَّةَ أَحَدِكُمْ أَوْ أَمْرَ الْعَامَّةِ

Bersegeralah kalian beramal sebelum datangnya enam perkara: terbitnya matahari dari arah barat, datangnya asap, munculnya Dajjal, keluarnya ad-Dabbah (binatang yang dapat berbicara), kematian atau datangnya hari kiamat yang merata. (HR. Muslim)

Oleh yang demikian, janganlah kita lalai mengambil iktibar / ibrah daripada peristiwa jerebu ini. Perbanyakkan istighfar dan bertaubat daripada dosa dan kesalahan semoga kita tersebut dalam golongan yang mendapat keampunan daripada Allah SWT.



6 comments:

  1. Assalamualaikum THMSH

    rasanya kali ini jerebu yg agak teruk
    tekak dah rasa gatal2

    harap2 keluarga Tn Hj didalam pemeliharaan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt THR

      Ya jerebu kali ini memang teruk. Pergi ke pantai, bukan saja tekak perit, kepala pun rasa pening. Jarak antara pantai Telok Gong, Melaka dengan Pulau Rupat, Indonesia ialah hanya 48 km sahaja. Angin sepoi-sepoi bahasa pun boleh tiup asap ke Melaka - inikan pula angin kencang monsun barat daya.

      Delete
  2. Assalamualaikum Tn Hj,

    Sememangnya rasa jerebu(hadiah drpd Indon) pada kali ini teruk dimana dlm perjalanan dari JB ke Uitm Shah Alam hantar anak di waktu pukul 3.00ptg lampu kereta dibuka semacam perjalanan di waktu malam......

    Hari ini di JB, Alhamdullilah nampaknya hujan mula turun walaupun renyai-renyai.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt pesona.

      Alhamdulillah hari ini dan semalam dikhabarkan hujan di beberapa tempat di pantai barat semenanjung Malaysia, jadi agak berkurang sedikit jerebu atau kabut asap tu. Tapi di tempat saya hujuan masih belum turun lagi. Tak cukup zikir kot :)

      Delete
  3. KARENA ITU ULAH ORANG MALAYSIA SENDIRI MENDIRIKAN INDUSTRI DIINDONESIA DITANAH INDONESIA DENGAN MEMBAKAR HUTAN.........................

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya itu adalah salah satu daripada sebabnya. Namun saya juga ada terbaca di situs Indonesia dan juga di YouTube yang mengatakan bahawawa warga Indonesia juga ada yang sengaja membakar hutan untuk membuka lahan untuk tujuan pertanian.

      Saya kira anda tidak perlu menjerit di sini dengan menulis menggunakan CAPITAL LETTERS sesuai dengan title situs milikmu "mencintai dengan sederhana." Ya, bersederhanalah dan mencintailah sesama makhluk Tuhan.

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.