السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه
27/6/2013: Alhamdulillah keadaan jerebu di Melaka sudah beransur pulih. Sekolah-sekolah telah dibuka semula.Walau bagaimanapun para nelayan masih tidak turun ke laut (sudah lebih seminggu mereka tidak ke laut) sebab jerebu (kabut asap) tersebut membatasi jarak pandangan mereka yang memungkinkan berlakunya kemalangan yang tidak diduga.
Berikut ialah beberapa gambar yang diambil sekitar pantai Pangkalan Balak dan Tanjung Bidara, Melaka iaitu kawasan peranginan yang terkenal di Melaka pada 26/6/2013 jam 12.30 tengahari.
Perahu nelayan tersadai di pantai. Kaki langit - perbatasan antara permukaan laut dan langit - tidak berasa jelas kelihatannya.
Pukat dibungkus kemas. Kaki langit tidak berapa jelas.
Pantai masih lagi berkabut nipis.
Nun di seberang sana, sejauh 48km daripada pantai ini,
ialah pantai Pulau Rupat, Indonesia
Sekiranya tidak ada jerebu - kabut asap, beginilah pemandangan di pantai
Pangkalan Balak, Melaka. Suatu pemandangan yang sungguh indah dengan
deruan ombak yang mengasyikkan ketika meghempas pantai.
Sekiranya tidak ada jerebu - kabut asap, kanak-kanak duduk santai
menikmati keindahan pantai di Pangkalan Balak -
tanpa perlu memakai topeng muka.
Jika tidak ada jerebu - kabut asap - beginilah suasana di jeti Telok Gong dengan
perahu bersusun rapi berlabuh sebelum bergerak ke tengah laut mencari rezeki.
Jika tidak ada jerebu - kabut asap - beginilah suasana di jeti Telok Gong sekitar jam 7.00 pagi. Suasana yang damai dan mengasyikkan.
Ya, sekiranya tidak ada jerebu - kabut asap - maka tidak perlulah saya menulis entri ini. Sebelum saya merapu eloklah saya berhenti di sini dahulu.
Sekian, jumpa lagi dalam entri yang seterusnya.
Wasalam.
tertarik dengan penulisan santai bersahaja tidak terlalu nak ajak pembaca yg dtg pening memikir...terima kasih sudi berkongsi nukilan saudara Mohd Saad.
ReplyDeleteTerima kasih :)
Delete