السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه
Assalamu'alaikum wbt
Baru-baru ni saya mendapat satu email daripada seorang jemaah yang bertanyakan tentang masalah haid semasa umrah. Saya rasa elok saya kongsikan masalah tersebut di sini sebagai panduan kepada bakal-bakal jemaah wanita yang akan melakukan umrah atau haji pada masa hadapan. Saya harap posting saya ini tidak disalah anggap untuk memalukan si pengirimnya.
Email tersebut (setelah diedit) adalah seperti berikut:
Bagi memudahkan kita memahami perkara di atas, saya perincikan turutan peristiwa sebagai berikut:
M1. Jemaah berniat ihram umrah (bukan ihram bersyarat) di miqat pada hari ke-8 haid dan masuk Makkah. Ini hari pertama di Makkah.
M2. Hari ke-3 berada di Makkah jemaah masih lagi uzur (haid masuk hari ke-10). Jemaah mandi wajib, tawaf, saie dan bergunting walaupun darah haid masih ada sebab menyangka bahawa darah tersebut ialah darah istihadah.
M3. Jemaah balik ke Malaysia. Apakah jemaah tersebut masih berihram atau tidak?
Jawapan saya:
J1: Menurut Imam Syafi'e, tempoh haid yang paling lama bagi seseorang wanita ialah selama 15 hari. Jika pada hari ke-16 dia masih lagi keluar darah, maka darah itu tidak dikira sebagai darah haid, sebaliknya sebagai darah istihadhah.
J2: Pada hari ke-3 berada di Makkah, jemaah tersebut haidnya baru masuk hari ke-10, dan darah tersebut bukanlah darah istihadah. Oleh yang demikian, tawaf jemaah tersebut tidak sah. Begitu juga dengan sai'e, serta bergunting untuk tahallulnya tidak sah. Ini bermakna jemaah tersebut masih lagi dalam berihram. Oleh kerana beliau telah bergunting rambut selepas saie tersebut, maka beliau dikenakan dam takhyir dan taqdir iaitu menyembelih seekor kambing, atau bersedekah kepada 6 orang fakir miskin setiap seorang 2 cupak, atau berpuasa selama 3 hari.
J3: Oleh kerana jemaah tersebut telah balik ke Malaysia, maka untuk keluar daripada ihram, jemaah tersebut perlu membayar dam ihsar iaitu:
1. Menyembelih seekor kambing dan kemudian bergunting rambut dengan niat tahallul. Daging sembelihan itu hendaklah diagihkan kepada penduduk tempatan.
2. Jika tidak mampu, hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan bergunting dengan niat tahallul, dan makanan itu dibahagikan kepada fakir miskintempatan.
3. Jika tidak mampu juga, hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengannilai seekor kambing (1 cupak=1 hari) danbergunting dengan niat Tahallul. Dengan berpuasa dan bergunting dengan niat Tahallul ihsar itu, maka terhasillah Tahallulnya sekalipun bilangan hari puasanya belum selesai.
J4: Setelah suci daripada haid dan mandi hadas, ia hendaklah kembali semula ke Makkah untuk menyempurnakan amalan umrahnya iaitu tawaf, saie dan tahallul.
Niat semasa menyembelih kambing: "Aku menyembelih kambing ini sebagai Dam Ihsar untuk Tahallul Nusuk bagi diriku."
Niat semasa bergunting: "Aku bergunting bagi Tahallul Nusuk bagi diriku."
Wallahu'aklam. Jika maklumat di atas tidak betul harap tolong betulkan.
Sekian, wasalam.
Entri-Entri Berkaitan Masalah Haid Semasa Umrah Dalam Blog Ini:
1. Satu Persoalan Mengenai Haid Semasa Sedang Berihram, Kemudi Suci Kemudian Haid Semula
3. Niat Ihram Bersyarat
2. Amalan Memberhentikan Haid Sementara Waktu
3. Masalah Tawaf Bagi Jemaah Wanita Yang Haid/Nifas
Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya kepada ustaz tentang permasalahan haid. Saya telah berniat ihram di miqat dan telah selesai mengerjakan tawaf, saie dan bertahalul. Selepas dari selesai itu, saya terus balik ke hotel dan mendapati saya didatangi haid. Cuma apa yg menjadi persoalan saya ialah saya tidak pasti samaada haid tersebut keluar sebelum atau selepas niat ihram sebab selepas berniat di miqat, sy terus je ke haram untuk mengerjakn tawaf, saie dan bertahlul.
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt
DeleteSaya rasa saya dah jawab melalui email.
Assalamualaikum, saya ingin kepastian. Pengagihan daging kambing kepada penduduk tempatan boleh kah dilakukan dengan menjamu penduduk iaitu dengan membuat kenduri?
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt
DeleteKena beri daging mentah.
Boleh tak diwakilkan pengagihan daging ini melalui mana pertubuhan?
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz...saya keliru dgn niat umrah bersyarat.ada yg lafaznya 'jika haidku datang maka halallah bagiku' ada yg lafaznya'jika haidku datang aku bertahlul'. Apa bezanya ustaz.mohon jg agar ustaz dapat menyertakan lafaz niat umrah bersyarat dengan lengkap utk saya insan yg terlalu cetek ilmu ini.terima kasih ustaz
ReplyDeleteSetelah saya niat umrah bersyarat..adakah saya terus bertahlul setelah haid datang atau saya perlu berada dlm ihram menunggu tempoh haid kering?
ReplyDeleteJika haid tlh datang dan saya berniat ihram bersyarat dan haid tdk kering sehingga tarikh pulang,bilakah saya perlu bertahlul?adakah hari terakhir atau jam terakhir sblm bertolak pulang.blhkah saya lakukan bertahlul fi hotel shj? Maaf ustaz saya masih krliru.terima kasih
Ustaz...ada pendapat mengatakan kita tdk prrlu bertahlul dan kita menjadi halal jika kita telah niat umrah bersyarat....maknanya kita blh keluar dr mekah begitu shj...saya keliru ustaz.saya akan menherjakan umrah pd 8 dec ini.tolong saya utk lbh faham ustaz.terima kasih.
ReplyDeleteSabar ye. Saya tengah dapatkan jawapan dari orang yg lebih arif.
DeleteBaik ustaz...terima kasih.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum ustaz.
ReplyDeleteSaya buat umrah 10 akhir ramadhan baru ni.
Seblm niat d miqat saya dapati haid saya dtg kembali setitis shj...tp blm cukup 15 hr lah. Baru hr ke 9.
Saya niat umrah bersyarat.
Apabila saya tiba di Makkah..d hotel...saya tanya mutawwif..nk buat mcm mana..beliau mengatakan bertahlullah (gunting)
Maknanya saya tak tunggu suci dan tidak tawaf n saie.
Mcm mana ustaz?
Selepas bersuci saya ke haram solat. Saya tidak terus mengerjakan umrah.
Pd hr ke brp x igt...baru saya buat umrah...miqat tanaim.
Saya susah hati ni...minggu dpn dah nk p haji pula.
Apa perlu saya buat?
Isteri yg punya email ni
Assalamu'alaikum ustaz.
ReplyDeleteSaya buat umrah 10 akhir ramadhan baru ni.
Seblm niat d miqat saya dapati haid saya dtg kembali setitis shj...tp blm cukup 15 hr lah. Baru hr ke 9.
Saya niat umrah bersyarat.
Apabila saya tiba di Makkah..d hotel...saya tanya mutawwif..nk buat mcm mana..beliau mengatakan bertahlullah (gunting)
Maknanya saya tak tunggu suci dan tidak tawaf n saie.
Mcm mana ustaz?
Selepas bersuci saya ke haram solat. Saya tidak terus mengerjakan umrah.
Pd hr ke brp x igt...baru saya buat umrah...miqat tanaim.
Saya susah hati ni...minggu dpn dah nk p haji pula.
Apa perlu saya buat?
Isteri yg punya email ni