Kalau Ada Jangan Harap, Kalau Hilang Janganlah Cemas
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sudah lama rasanya saya tidak mengemaskini blog ini dengan entri-entri yang terbaru. Bukannya tidak ada berita atau perkara yang ingin saya coretkan di sini. Malah terlalu banyak cerita dan perkara yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan yang lepas, namun Allah SWT tidak membuka hati saya untuk melakukan sebarang update di sini. Namun syukur alhamdulillah, pada pagi ini Allah SWT telah memberikan sedikit kelapangan kepada saya untuk menulis semula di sini.Pertama-tama, sukacita saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eid-ul-Fitri kepada semua muslimin dan muslimat para pembaca blog ini yang dikasihi sekelian. Semoga amalan soleh yang dilakukan sepanjang ramadhan yang lepas diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. تَقَبَّلَ اللّهُ منا ومِنْكُمْ. Mudah-mudahan, selepas menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan tersebut, kita diberi ganjaran sebagai orang yang bertaqwa, sebagaimana firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ "Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183).
Keduanya, sukacita saya berpesan kepada para pembaca sekelian agar menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (yang bukan mahram), hatta ipar duai dan sepupu sepapat sekalipun. Justeru sentiasalah menutup aurat dan jaganlah memakai t-shirt berlengan pendek dsb di hadapan mereka, apatah lagi bersalam-salaman antara satu dengan yang lain. Ingatlah, seseorang wanita yang menampakkan walau sehelai rambutnya kepada orang yang bukan mahramnya, maka dia akan menerima siksaan di hari kiamat kelak. Gambar di atas saya paparkan bukan dengan niat untuk mengata atau mengaibkan seseorang, tetapi hanyalah semata-mata untuk dijadikan sempadan supaya kita tidak turut melakukannya sedemikian. Bak kata pepatah: "Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan."
Anda juga mungkin berminat ke atas entri berikut:
1. Makna Taqwa
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.